KJ dan UMNO liabiliti kepada negara
KJ telah dimaklumkan bahawa beliau adalah liabiliti kepada partinya sendiri. Itu kata Mukhriz, Ahli Parlimen Jerlun kepada orang nombor dua pemuda UMNO.
Persepsi orang ramai tentang Naib Ketua Pemuda UMNO itu telah dimaklumkan sendiri oleh Mukhriz kepada KJ.
Apa boleh buat ? UMNO adalah satu parti yang telah mula hilang kewibawaannya. Dikatakan hanya mereka yang berkepentingan, kecewa, berhutang dan bermasalah masih menjadi ahlinya.
Ramai orang kampung sendiri ketika ditanya tidak tahu tentang keahlian mereka.
Sebenarnya, UMNO sendiri adalah liabiliti kepada masyarakat dan negara. Lima puluh tahun merdeka dan memerintah, semua lapisan masyarakat berada di dalam dilema.
Pemimpin-pemimpin UMNO bercakap berkaitan Melayu Glokal, minda angkasa, koridor di sana-sini dan sebagainya, manakala rakyat bersuara mengenai kebebasan, hak asasi, parit depan rumah yang tersumbat, bekalan elektrik dan air tiada, harga barang makanan naik mendadak, yuran di pusat pengajian tinggi yang membebankan, rasuah dan pelbagai isu yang mencekik mereka.
Mereka yang masih menjadi ahli UMNO adalah ibarat kera dihutan yang disusukan. Apa hal dengan rakyat biasanya ?
No comments:
Post a Comment