Lagi-lagi KJ dan Kalimullah
Lagi-lagi Khairy Jamaludin dan Kalimullah Hassan. Tun Dr Mahathir Mohamed nampaknya sungguh-sungguh melahirkan kekecewaan beliau terhadap dua orang kuat Abdullah Ahmad ini.
Kata beliau dalam tulisannya,
"Kemenangan Khairy Jamaluddin sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO menaikkan kebencian ramai. Jika veteran parti dengan rekod perkhidmatan yang lama yang menang tanpa bertanding tidak ada sesiapa yang akan membantah. Tetapi Khairy berada dalam UMNO kurang dari lima tahun dan tidak pun mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang di dalam UMNO. Bagaimana dia boleh menang tanpa bertanding?"Maksud Tun, budak berhingus dalam politik berada dikemuncak politik Malaysia tanpa rekod perkhidmatan yang lama. Lebih-lebih lagi tiada apa yang cemerlang tentang budak dalam kumpulan tingkat empat ini.
Tambah Tun lagi, "Kalimullah Masheerul Hassan dan ECM-Libra tiba-tiba menjadi begitu terkenal. Kalimullah mempunyai pengaruh yang kuat ke atas Kerajaan. Sebuah syarikat Kerajaan yang besar, Avenue Assets digabungkan dengan ECM-Libra yang rendah nilai sahamnya. Tetapi nilai saham Avenue Assets sengaja diturunkan supaya ECM-Libra dapat menguasai syarikat gabungan ini.
Kalimullah juga berpengaruh kerana dianya adalah timbalan pengerusi eksekutif New Straits Times Press dan mempunyai suara yang besar di dalam bilik berita New Straits Times. Oleh itu Dato Seri Abdullah sentiasa dipaparkan dalam keadaan yang amat baik. Cerita yang menonjolkan Abdullah akan mendapat kelulusan untuk disebar meluas".Lanjutan dari itu, seorang ahli politik veteran telah bertanya samada kelakuan atau tindakan di dalam gambar ini telah disah atau dinafikan oleh tuan punya tubuh.Gambar Dari Rocky's Bru
Seperti kata orang-orang tua dahulu, jika anak-anak dara berdiam diri ketika ditanya persetujuannya tentang bakal calon masa depannya, bermakna ia sudah setuju.Tetapi takkanlah halnya sama berpantul dari gambar ini ?
Abdullah Ahmad tentu ada jawapannya kerana seperti kata Tun Dr Mahathir, orang-orang ini mempunyai pengaruh yang kuat ke atas Kerajaan.
Bukankah pengaruh yang kuat bermula dari kenalan yang akrab. Tanpa kenalan dan pengaruh, mana mungkin Islam Hadhari mahu dikembangkan melalui media dan wartawan Hadhari.
Bertanya orang Kedah, "Ahli-ahli UMNO, apa hampa kata. Seronokkah atau malukah atau sudah hilang deria ?"
5 comments:
Rezeki masing masinglah. Kehendak Allah swt. Kita semua kena reda. Kalau kita asyik buruk sangka dan dengki dengan rezeki orang lain, sampai bila pun Orang Melayu akan berada di tampuk ini.
Allah swt Maha Pemberi rezeki dan dia beri kepada SESIAPA yang dia suka dan dia juga menarik rezeki, rezeki sesiapa yang dia suka. WaAllahuAlam.
Tuan,
Ini mahu jawab anonymous,
Alibaba bujang lapuk, penyamun boleh bawa berpakat, tak ada masalah, asalkan pandai. Boleh buat-buat macam kena rompak, lepas itu claim insurance. Penyamun zaman Ali Baba Bujang Lapuk pun ada persatuan. Samalah macam sekarang, ada macam-macam persatuan dan institusi yang menyamun duit rakyat. Ada macam-macam projek yang kononnya menjaga kepentingan rakyat, tapi sebenarnya nak diagih-agihkan peruntukan kerajaan itu sesama mereka.
"kalau awak berani mencari lain penyamun, seluruh persatuan penyamun akan mengambil tindakan"
Banyak yang tersirat dalam dialog filem itu sebenarnya.
P.Ramlee dah bagitahu penyakit-penyakit orang Melayu lama dulu. Sekali lagi, kita buat silap,tak pandai nak ambil iktibar yang disampaikan P.Ramlee 40 tahun dulu dan selama 40 tahun itu lah kita hanya pandai gelak bila lihat komedi sinis P.Ramlee di TV tapi tak pandai menilai.
P.Ramlee memang genius, belum ada lagi filem Melayu sekarang ini yang dapat mengetengahkan isu isu orang Melayu secara sinis dalam panggung wayang...atas layar perak. Sebagai orang seni, P.Ramlee cukup sensitif dengan masalah masyarakat Melayu masa itu. Kehebatan beliau terletak pada bagaimana beliau menceritakan kisah Melayu dengan analogi yang halus sekali. P.Ramlee menggunakan adab Melayu yang suka beralas bila bercakap, tapi menerusi medium filem. Filemnya sarat dengan mesej.
Jika P.Ramlee hidup, tentu dia perli lagi, "selepas samun kita kena ayak teh o dalam botol" Tuhan sudah beri rezeki.
Lepas tu kita pergi ke Mekah. Balik Mekah kita kena teh o lagi.
pj pld town
salam saudara
rezeki halal banyak berkatnya. rezeki tidak baik menjauhkan kita daripada Allah swt, sesama manusia dan juga daripada diri kita sendiri. tertekan di dalam rumah sendiri. takutkan isteri, selalu berkhayal, tidak suka tetamu datang ke rumah, menunjuk-nunjuk, berfoya-foya, kurang pendidikan agama dsb.
'teh o' dibenarkan dalam islam. saya kurang pasti teh o apa yang dimaksudkan. apakah rezeki Allah membolehkan kita mengamalkan 'teh o' yang satu lagi?
tanyalah iman.
Dear Al Kerohi,
pls look and read this;
Thursday, June 05, 2008
Tan Sri Kalimullah Hassan? (NOT!) So KJ How?
There's an important update at the end...
There is a rumour swirling about Putrajaya at the moment among the higher echelons of the Civil Service. The rumour surrounds a 4th Floor plan to turn Kalimullah Hassan into a Tan Sri!
Now, normally, the Civil Service would just go through the motions when instructed by the PM or, in recent years, by the 'children' and their 'new Dato' friends on the 4th floor. However, it seems that many Civil Servants are sufficiently appalled of the thought of calling Kalimullah Hassan "Tan Sri" that they are resisting the attempt to make him one!
The man on the street of course probably also don't see a reason why Uncle Kali should be made a Tan Sri. A Dato', of course... I mean anyone with a bit of a name gets a plain Dato' in this country, but a Tan Sri? One wonders which of these achievements merit Uncle Kali getting a Dato'-ship?
1.
Successfully getting Pak Lah, as well as a large number of other VVIPs, to believe that Kali was somehow 'responsible' for securing them higher office, when he was not?
2.
Successfully turning the New Straits Times into the least read of the mainstream dailies in Malaysia whilst transforming it into little better than a mere tabloid in the process?
3.
Getting appointed to numerous high ranking corporate positions because of 1?
4.
Getting a big slice of the ECM-Libra pie and then helping the facilitation of numerous financial rapes, the most celebrated being the rape of Avenue Capital by ECM?
5.
Successfully being exposed as a liar with his fake recollection of the event of Pak Lah's kow-towing to Tun Dr M in Tokyo a couple of years ago?
6.
Successfully, showcasing his skill as the most accomplished psycophant or 'maha-pangampu' of this or any other era of Malay history?
7.
And just to add some conspiracy spice; successfully being accussed of spying on high-level Malaysian affairs for Singapore?
8.
etc.
9.
etc.
10.
... ad nauseum...
Could these achievements be good reasons for him to get a Tan Sri-ship? Pity all the other Tan Sri's in Malaysia. If Kalimullah Hassan does get his Tan Sri-ship, Pak Lah and his boys would again be responsible for transforming yet another honoured tradition in Malaysia into a mockery... Well, at least Mat Taib will have company in the lower quality bracket of Tan Sri's...
But perhaps that is not the end game. Maybe what they wish to do is give Khairy Jamaluddin (KJ) a Tan Sri-ship? With many of KJ's mate's being Dato's already, how could KJ's title also be limited to a Dato'-ship! But of course, they need to test this first, so why not have this idea tested by giving the title to another K?
Tan Sri Khairy Jamaluddin... hmmm... has a certain ring to it... Wonder what the Civil Service would think about that?! So much for Pak Lah being the hero of the Civil Service...
Important update:
Alhamdulillah, sensible minds have prevailed it would seem... Kali merits only a Dato' from the Agong. Thanks Hard-T for the update...
Posted by A M Ubaidah S at 11:18 PM
Yusuf, Pandan, Kuala Lumpur
salam sdra yusuf'
tk diatas posting tersebut. pernah ada seorang manusia dari kalangan 'bintang-wan'. sepupunya sakit diserang barah mulut. menerima rawatan di ppum. keluarganya dari negeri utara semenanjung. ibu kepada sepupu memberitahu saya, puas dia merayu kepada 'b-wan' ini untuk memberikan tempat bermalam setakat beberapa hari kerana tiada saudara mara di kl. sehingga matinya sepupu itu, tiada juga diberikan belas ihsan. rumah 'b-wan' ini seperti istana. kehidupannya kaya hasil membelit wang negara . tetapi jika sdra lihat kelaku 'b-wan' ini dimedia, menderma sana, menghadiah sini - nak termuntah dibuatnya. hidup bertopeng.
tk.
Post a Comment