Majoriti Pemuda Kedah sokong Mukhriz
Suasana di kediaman persendirian mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed di Titi Gajah, Kedah malam kelmarin seperti ada jamuan raya. Agak ramai dan kenderaan pun banyak tersusun di tepi jalanraya ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Kepala Batas.
Difahamkan sembilan Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Kedah telah melahirkan sokongan padu kepada Mukhriz Mahathir untuk menggantikan Hashamudin Tun Hussin sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Belum lagi yang menyokong secara diam-diam.
Diantaranya yang kelihatan begitu bersemangat ialah Ketua Pemuda UMNO Merbok dan Jerlun serta beberapa Ketua Pemuda yang lain.
Manakala Ketua Pemuda UMNO Kubang Pasu tidak kelihatan di majlis tersebut. Ketua Bahagian Kubang Pasu Johari Baharom sudah tentu membayangi bahagiannya agar tidak menyatakan sokongan kepada Mukhriz.
Johari disifatkan oleh kaum kerabat Barisan Nasional Kubang Pasu sebagai 'manusia yang tidak mengenang budi'.
Apa yang menarik ialah, Ketua Pemuda UMNO Perak Zainal Fadzi telah mencabar Mukhriz dan kumpulannya agar keluar dari parti UMNO. Hampir sama seperti apa yang disuarakan oleh Menteri yang menjaga 'harga barang naik', Shahrir Samad.
Shahrir memberitahu media, Tun Dr Mahathir sudah tidak layak bercakap bagi pihak UMNO. Pada pandangan Shahrir, menteri yang gagal mengawal harga barang-barang, Tun tidak layak dan mungkin bagi Shahrir yang 'gila' menjadi menteri itu, adalah 'hina' bagi Tun menyuarakan hasrat hatinya demi untuk UMNO yang lebih baik.
Kenyataan Zainal ditempelak oleh Pemangku Ketua Pemuda Ipoh Barat, Ahmad Faizal Azumu. Katanya, "itu pandangan peribadi Fadzi. Fadzi sepatutnya meletakkan jawatan Ketua Pemuda Perak. Dia bukannya mewakili suara akar umbi".
Sementara itu, maklumat yang diterima di Kedah mengatakan ramai ahli UMNO sudah mula meninggalkan parti UMNO untuk sementara waktu mengikuti jejak langkah Tun Mahathir.
Diantara kawasan yang terlibat ialah Merbok, Kubang Pasu, Pokok Sena, Jerlun, Padang Terap , Baling dan beberapa kawasan lain.
"Tidak pernah terjadi dalam sejarah Kedah. Semuanya kelihatan tungging terbalik. Biar apapun, kita tunggu dan lihat beberapa hari lagi. Apa nak jadi belum tahu" kesal seorang veteran UMNO dari Kubang Pasu.
Mungkinkah ini satu kelebihan untuk PAS dan Keadilan di Kedah ? Itupun jika sudah bangun dari lena pilihanraya.
2 comments:
Masyallah,
Tak pernah terjadi UMNO di Kedah tungging terbalik dibuatnya oleh TDM dan anak jagohannya DMukriz.
Kecoh, karut, loklak semuanya ada. Apa yang susah sangat. Berhenti je lah semuanya. Tak payah kecoh-kecoh lagi dan tubuh je Parti Anak Melayu Utara.(PAMU)
Jika depa yang dok atas ni semua berhenti, ahli UMNO yang lain-lain atau lebih cantiknya dalam senarai menunggu untuk ke atas, berpeluang cerah memegang jawatan setidak-tidaknya Naib Ketua Bahagian.
Tapi kalu yang berhenti atau keluaq dari UMNO tapi takdak jawatan, habisle harapan hampehh!!!
Ikut depa buat apa?
http://kulatlapok.blogspot.com
salam sdra kulatlapok
50 tahun memerintah bukan satu masa yang singkat. akibat lena, buat tidak tahu, sibuk buat harta, sombong dan degil - mereka lupa bahawa pengundi adalah tuanpunya negara. itu sebab baru 2 bulan 20 hari, segala ahli dan pemimpin kerabat BN gelabah, rasa bersalah, tuduh menuduh sesama sendiri, tidak faham dan kecoh.
namun peranan media perdana masih ditakok lama. mungkin ketua-ketua media perlu di'nyah'kan dari kedudukan sekarang. baru sahaja malaysia akan stabil.
Post a Comment