Monday, May 12, 2008

KJ menantu kepada Pengerusi Babi Negara (BN)

Difahamkan berlaku penciptaan nama singkat yang menarik bagi parti-parti politik di Malaysia ketika perbahasan di Parlimen Malaysia.

Menantu kepada Perdana Menteri negara Malaysia, Khairy Jamaludin menggelarkan Parti Keadilan rakyat sebagai, "Parti Khinzir Raksasa"(PKR). KJ memang terkenal dengan ciptaan atau gelaran-gelaran negatif yang dipelajarinya dari 'entah siapa'. Dia adalah innovator dalam hal seperti ini.

Sebelum ini dia memperkenalkan 'beruk' dan 'beruk jalanan'. Sindiran dengan gelaran barunya itu membuatkan Ahli Parlimen Pokok Sena, Tuan Haji Mahfuz Omar kembalikan nama singkat BN sebagai "Babi Negara" kepada KJ.

Bermakna, dengan gelaran baru ciptaan KJ, Abdullah Ahmad juga adalah Pengerusi kepada satu gabungan parti yang bernama Babi Negara (BN). KJ pula adalah menantu kepada Pengerusi Babi Negara.

Bukan begitu KJ ?

7 comments:

Semut Api said...

Salam...
jgn sampai ketuanan melayu hilang disebabkan ketuanan menantu!

abe MIE 'TERJAH' said...

salam....

Apa ada pada orang Melayu?
BN -Babi Negara
PKR- Parti Khinzir Rakyat...

Orang mekayu dah jadi bangsa babi dan khinzir. apa yang berlaku kini dah jelaskan. Cina aja yang betul. Dah lah kerja disyarikat swasta orang melayu dah jadi BABI.

nak dengar apa pandangan orang Sarawak tentang melayu-Islam? atau kita orang Melayu suka makan tahi kat kedai mamak, jumpa saya

http://malaysialoni.blogspot.com

alkerohi said...

salam
itu antara yang dibimbangkan. sungguhpun ada kerajaan, tiada kawalan dapat dibuat. rakyat tertekan dengan kenaikkan harga barangan. anak menantu kelihatan bermaharajalela. mereka cuba mengawal hak asasi manusia pula.

AFRAR YUNUS said...

salam abe
semangat sungguh abe ni. takpe. yang kata mengata adalah orang melayu sesama orang melayu. orang melayu seperti dikatakan Tun M, mereka mudah lupa. betulkah? mungkinkah mereka melawak di parlimen dan lepas beberapa hari nanti, mereka akan lupakan isu khnzir raksasa dan babi negara. (PKR dan BN). dimalam cahaya terang, adakah harapam umtuk penyatuan, abe?

kulatlapok said...

eh apadah diaorang ni, bincang kisah b*bi tak habis-habis. Macam makanan dalam negara dah tak cukup. Bangsa yang makan b*bi tak pulak bising yang Melayu bincang bagai nak rak.

Kat Melaka b*bi dah diternak sejak berpuluh tahun. Dari aku lahir pun dah ada sehingalah umur aku sekarang ni dah nak masuk 42. Hah cuba korang bayangkan berapa lama tu dan berapa banyak bangsa tu dah kaut keuntugan?

Hari ni mereka masih lagi membincang pasal tu. Masing-masing nak mengaut keuntungan POLITIK. Siapa yang pandai bersandirwara, orang tu nanti mengaut keuntungan untuk kepentingan POLITIK masing-masing.

Kat Melaka yang aku difahamkan tempat yang diternak b*bi tu atas tanah kerajaan. Dah habis pun tempoh pajaknya tapi pemimpin kerajaan negeri zaman TSRT telah menyambung semula tempoh pajakan tersebut. Wallahhualam.

Lah ni bila dah kecoh-kecoh baru nak amik tindakan. Camana nak amik tindakan. Dulu (orang kg cakap le) bila setiap kali pilihanraya tempat b*bi ni majorotinya pengundinya tak pernah kalah. Malah ada pengusaha b*bi ni memberi sumbangan untuk gerak kerja pilihanraya parti BN.

Melaka dulu terkenal dengan pusat ternakan b*bi yang terbesar di Asia. Bila dah terkenal agak sukar untuk menghapuskannya. Tapi kini kerajaan negeri suruh kurangkan sikit (suruh maintance lah tu agar tidak hilang gelaran terbesarnya tu).

Walaupun kerajaan negeri berlembut sedikit dengan penternak ni atas desakan rakyat, namun masa PRU12 tu ari, peti undi kawasan tersebut kalah teruk. Mereka telah memilih parti alternatif untuk membela nasib mereka.

Tak tahu le nasib empat tahun lagi penternak ni akan berubah nasib mereka bila parti lain dapat memerintah negara ini. Mungkin pasal b*bi ni tak akan dibincangkan lagi, Mungkin juga lebih besar lagi saiz kandang yang akan dibinanya.

Wallahhualam, tak tahu bila sebenarnya mereka-mereka ini berdamai untuk duduk semeja menyelesaikan masalah negara kita ini khususnya rakyat yang memerlukan pembelaan.

ps* b*bi adalah makhluk dan ciptaan Tuhan tapi diharamkan olehNya untuk dimakan.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra,
banyak tamadun manusia jatuh hanya kerana sandiwara pemimpin mereka. lebih mengutamakan tembolok kaum keluarga sehinggakan rakyat menderita. betapa hinanya kerajaan seperti itu yang menghabiskan masa yang begitu panjang untuk kesenangan kroni. khinzir juga merupakan sesuatu yang dibawah pentadbiran. ia boleh diuruskan dengan cara sepertimana urusan negara yang lain diuruskan. hak orang islam dan bukan islam di dalam negara yang ditadbir secara hukum syarie, telah ada ketetapannya. kemenangan dalam pilihanraya dengan menggunakan wang yg ada kesangsian jelas sesuatu yang tidak dibolehkan. wallahualam.

Anonymous said...

Masalah orang Melayu Malaysia... Kita harapkan orang lain untuk selesaikan masalah kita.

Minyak naik...salah kerajaan.
Harga makanan naik...salah kerajaan.
Harga rumah dan kereta tinggi...salah kerajaan.
Gaji tak naik...salah kerajaan.
Jenayah naik...salah kerajaan.
Masjid tak ramai orang n terbiar...salah kerajaan.
Anak-anak Melayu merempit kat jalan...salah kerajaan.
Anak-anak Melayu jadi kaki disco n bohsia...salah kerajaan.
Tak dapat masuk U...salah kerajaan.
Tak pandai business dan susah nak dapat loan bank....salah kerajaan.
Anak masuk U, tapi malas belajar...salah kerajaan.

Kita perlukan perubahan cara berpikir, jangan terlalu berharap kerajaan untuk ubah nasib n hala tuju masa-depan generasi kita. Tukar kerajaan 10 kali pun, kalau mentaliti ini tak berubah, nasib Melayu tak sampai jauh mana pun.

Nak tanya...
Berapa ramai yang ada simpanan khas tabung pendidikan anak kat bank?
Berapa banyak yang beli insuran pendidikan anak?
Pernah tanya anak2 dia orang boleh beza fardhu ain n fardhu kifayah?
Selalu buat lawatan ker pejabat sekolah bertanya prestasi anak2 belajar?
Dan soalan keramat...berapa ramai yang membayar zakat...selain fitrah dihari raya?

Bersediakah kita, satu hari nanti status kaum Melayu sama seperti kaum2 lain di Malaysia? Jika belum, apa persediaan yang kita nak buat dan bila tu nak start?