Saturday, May 3, 2008

Nazri Aziz pembawa celaka politik BN

Saya sangat gembira apabila orang seperti Mohamed Nazri Aziz bersuara. Setiap kali dia bercakap, kata-katanya akan menjadi bebanan kepada UMNO dan Barisan Nasional. Rakyat sudah mula percaya, baik kata-kata Nazri, KJ dan tulisan Kalimullah Hassan membawa kepada bencana.

Krisis Menteri Besar Perlis yang melibatkan istana, krisis Menteri Besar Terengganu yang melibatkan istana dan beberapa isu yang sama seperti itu, telah menghilangkan Nazri buat sementara dari bumi Malaysia. Tiada apa-apa kenyataan yang dibuatnya melibatkan perkara itu.

Apa kata Nazri tentang kes bekas menteri meraba wanita. Boleh mengikut Islam Hadhari ?

Tiba-tiba apabila ianya melibatkan Menteri Besar Perak yang baru tidak sampai enam puluh hari, Nazri wujud semula dengan suara sumbangnya.

Memanglah Mohammad Nizar seorang yang sangat mentah berbanding Shahidan Kassim, Idris Jusoh dan Abdullah Ahmad. Tetapi Shahidan, Idris dan Abdullah termasuk Nazri yang 'bangang politik' itu hampir mahu berperang dengan istana kerana mereka 'terlebih' faham tentang perlembagaan.

Bab pertukaran kakitangan awam hasil dendam politik sudah lama dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional. Ianya merupakan satu daripada agenda dan aktiviti mengisi kemerdekaan oleh mereka terhadap musuh-musuh politik termasuk kakitangan perkhidmatan awam.

Setiap kali Nazri bersuara, ia menjadi malapetaka kepada UMNO dan BN. Setiap kali kenyataannya, parti komponen BN menjadi resah lebih-lebih lagi MCA, Gerakan dan MIC. Sama gelisahnya mereka apabila Hishamuddin menelanjangkan kerisnya. Sama bimbangnya orang Cina ketika mereka diminta keluar dari Malaysia.

Selain Abdullah Ahmad, KJ, Ketua Media Hadhari dan konco-konconya, Nazri disifatkan oleh masyarakat Cina Gerakan dan MCA serta masyarakat India sebagai pembawa celaka dalam politik Barisan Nasional.

Kata mereka, Nazri Aziz bikin tak serupa cakap. Tidak malukah pengundi-pengundi di kawasannya.

2 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

salam..

cakap orang tak ada guna... semua orang PAS berguna tapi berguna pada DAP...

Apa kagum sangat dengan kepimpinan ulama? semua cari makan di negeri lain bila sudah habis belajar...

saya pun kelantan juga...tapi kena ingat, Cina perlu jentik PAS berbanding UMNO Cina kena lawan sebab UMNO ada keris..PAS apa ada?

Saya dengar DSAI yang raba buntut orang kat hotel...betul ke?

Azizah jadi ketua pembangkang, tapi yang jadi anjing ialah big monkey dan lim kit siang, apa guna...

Mana hudud? dah jadi Hodoh Ke? Big monkey kata langkah mayat saya, PAS diam aje...Nik Aziz sorang yang cakap, itupun suruh pergi Kelantan...

Politik PAS dan PKR sama bagi saya POLITIK GAY-dulu orang kata POLITIK PAK PANDIR... konsep sama, yang berbeza di depan dan di belakang aje...
(siar ke tak kata-kata saya? mesti tak siar...saya tahu, orang PAS memang macam nie, dulu Mak Yong, dikir barat..haram..kini mat rempit dihalalkan..)

jumpa saya di website
http://malaysialoni.blogspot.com

kulatlapok said...

hallo barader!! abe Mie,

mana-mana je aku intai dalam blog nie, ko mesti ade. asal aku mimpi je ko datang. syok juga dapat tengok tulisan ko ni.

Tapi setiap blogger ko yang tersiar ni aku tengok ko memang benar -benar seorang KAKI PENGAMPU.
Aku ingat ko ni masih lagi tidur diulit mimpi lah. Tidurlah dengan mimpi wahai putera abe Mie ku, sok sedar-sedar bukan 5 negeri yang dag ditawan tapi....

Ko ni betul-betul buta situasi. Negeri ko sendiri parti ko tak mampu nak tawan. Ape adeke orang kelantan tu semuanya tak boleh berfikir sehingga ditarik hidungnya supaya ikut Pok Nik tu.

Heh comeonlah barader, berpijaklah dibumi yang nyata. Cuba ko fikir berbagai perancangan dah UMNO Kelantan buat.Bukan itu saja dibantu lak oleh UMNO dari lain-lain negeri. Macamne nak tawan negeri sendiri kalau tak ada kemampuan.

Cuba ko lihat sendiri kenyataan ini. Sebelum PRU12 pemimpin ko dah istiharkan Datuk Awang Adek sebagai MB Kelantan. Dah pasang angan2 tapi kerja masih lom laksanakan lagi. Pastu siap offer rakyat kelantan balik mengundi percuma dengan bas yang disediakan.

Yang balik semua pemuda dan para pelajar. Dah le balik percuma tapi mengundi lain lak jadinya. Ape mereka ni dah kena ubat guna-guna ke. Ko fikirlah sendiri ko cakap tu mcam ko bodohkan sendiri rakyat negeri ko sendiri.

Dalam komen, Ko nie asyik nak menghentam pas dan PR je. Cuba ko nyatakan dimana kekuatan BnN atau UMNO Kelantan sehingga tak mampu nak tawan negeri sendiri. Malah lagi teruk diganyangnya sehingga majoriti semakin bertambah.

Ko asyik tengok PAS dan PKR di yang ko rasa membuat huru hara di negeri ko sehingga UMNO gagal tapi ko lupa kepada Datuk Ibrahim Ali yang tak mempunyai partipun rakyat negeri ko boleh memilihnya.

Apakah ko masih lagi tidur dilamun mimpi? Cubalah berpijak dibumi yang nyata. Itulah pasal ko punya Blogs 'Malaysialoni' aku dah tengok tak ade satu orangpun yang komen. Mungkin malas atau tak ada mendatangkan hasil.

ps* Aku suka dengar lagu P.Ramle "Tidurlah Wahai Permaisuriku".