Friday, April 25, 2008

Wartawan Hadhari kaki minum dan pemabuk ?

Beberapa orang kawan dan pembaca blog ini menyedarkan saya tentang sekeping gambar seorang wartawan yang disiarkan di blog Rocky's Bru. Wartawan ini merupakan kawan baik Abdullah Ahmad Perdana Menteri Malaysia yang sentiasa meneriakkan Islam Hadhari. Gambar :Dari Rocky's Bru

Kata mereka wartawan ini biasa membuat kenyataan akhbar bahawa dia berasal dari Keroh Perak. Kenyataannya itu dibuat semasa dilantik menjadi Setiausaha Akhbar Tun Ghaffar Baba yang ketika itu memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Difahamkan jawatan Setiausaha Akhbar itu sempat dipegangnya dua atau tiga bulan sahaja dan selepas itu dipecat kerana tidak melepasi tapisan keselamatan Kementerian Dalam Negeri.

Apapun, kawan dan pembaca blog yang menghubungi saya itu ingin kepastian betulkah dia seorang kaki minum atau pengamal arak yang kronik. Kenapa saya ? Kata mereka, kerana saya berasal dari Keroh dan sudah tentu mengetahui latarbelakangnya.

Kenapalah tidak bertanyakan kepada Abdullah Ahmad, KJ dan budak-budak di tingkat empat ?

Buat masa ini saya merasakan adalah memadai anda membaca komen yang ditinggalkan oleh pembaca di blog Ahirudin Attan. Buatlah penilaian sendiri.

4 comments:

Dr. Abdul Wahab Arbain said...

As-Salamu 'Alaikum!
Mampukah Islam Hadhari menyelamatkan UMNO-BN?
Salam.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra
Islam deen yang syumul. hadharah islam suatu yg sepatutnya berkembang dari Islam. tamadun itu lahir dari nilai-nilai keagamaan dan bagi kita islam itu sudah lengkap. namun bagi mereka yg memperjuangkan nilai-nilai adat dan lojika, akal mengatasi agama. bermakna agama berada di bawah kebudayaan. budaya sesuatu yg rapuh. tidak dapat berdiri dengan sendiri. seperti jua Islam Hadhari. bukan sahaja tidak dapat membantu mana-mana parti politik, apatah lagi umat manusia.
tk.

Unknown said...

a'kum saudara alkerohi..
gambar tidak menipu
maybe org akan kata super impose
tapi gambar menceritakan segalanya
aku ashraf berasal dari taiping
skang stay di putrajaya
sudilah ziarah blog aku
ashrafkhidzar.blogspot.om

AFRAR YUNUS said...

salam sdra ashraf
super impose dunia baru. itulah alasan yg selalu digunakan. zaman dahulu, apabila anakdara berdiam diri tentang pasangan yg disyorkan kepadanya, maka itu adalah tanda ia setuju. hari ini jika orang itu pernah dilihat jatuh terlentang akibat mabukpun, dikatakan orang yg melihat itu imaginasinya ada kaitan dengan super impose. kecualilah yg jatuh akibat mabuk itu adalah penentang kerajaan yg ada. hinalah dia.
tk sdra. selamat berblog.