Friday, May 9, 2008

Isu Karpal : Nasib baik pemimpin GPMS bukan keturunan raja


Menguruskan pandangan manusia adalah sesuatu yang sangat sabjektif. Lebih-lebih lagi manusia yang berpayung di bawah parti politik.

Bukan sahaja di Malaysia, pergelutan kuasa sesama parti politik untuk menjuarai hati rakyat sudah lama berakar umbi diseluruh negara-negara di dunia. Lebih-lebih lagi parti politik seperti UMNO yang sudah lama berkuasa di Malaysia dan tiba-tiba menerima tamparan dari rakyat pelbagai kaum yang mengakibatkan lima negeri di Malaysia kini luruh dan jatuh ketangan pembangkang.

Maka UMNO tidak dapat menerima kekalahan seperti itu. Pelbagai isu dibangkitkan untuk menarik kembali sokongan rakyat, menutup malu dan menidakkan kelemahan mereka.

Diantara yang menarik dalam sehari dua ini adalah kenyataan Karpal Singh Ahli Parlimen Bukit Gelugor tentang pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak, Jamry Sury.

Al Mawardi pernah menyoalkan tentang tanggungjawab seorang pemimpin dalam menjaga kepentingan agama, dalam melaksana keadilan dan dalam menghormati kepentingan rakyat.

Jika dilihat kenyataan Karpal, beliau tidaklah mempertikaikan kuasa Sultan Perak. Cuma dalam hal ini, beliau memberikan tafsiran atau pandangan keduanya tentang keadilan perlembagaan.

Namun, masih ada yang melihat dan mengaitkan keceluparan Karpal memberikan gelaran dan berdebat dengan beberapa wakil rakyat di dalam Parlimen dengan isu kedaulatan raja-raja. Dua hal ini merupakan sesuatu yang sangat kontra.

Apabila pandangan yang berbeza dibahas, dinilai dan ditimbang menggunakan Akta Hasutan, Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Rahsia Rasmi dan pelbagai Akta Dracula yang lain, maka sudah semestinya mereka yang berkuasa akan mencapai kemenangan sementara.

Perlukah rakyat membiarkan Malaysia mengikut demokrasi ala-UMNO yang berfikiran cara 'jungle law'.

Apakah krisis Menteri Besar Terengganu dan Menteri Besar Perlis dengan pihak istana tidak boleh diketagorikan sebagai menghasut dan menghina raja-raja ?

Sedangkan itulah isu yang sepatutnya dibawa kepada Abdullah kaki lena itu untuk diangkat kepada Peguam Negara. Bukannya soal pandangan Karpal.

Ini soal negara. Soal perlembagaan. Soal yang melibatkan rakyat, kerajaan dan raja-raja. Bukan soal Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Reezal Merican berhempas pulas memenangi GPMS. Pelbagai taktik kotor, kata-mengata, carut mencarut digunakan dalam pemilihan GPMS. Malah pengaruh Perdana Menteri juga diguna pakai. Itu baru GPMS.

Berbanding isu perlembagaan negara, GPMS ibarat tikus dihadapan gajah.

Jika Reezal Merican berketurunan raja-raja, nescaya jahanamlah Malaysia dan hilanglah ciri-ciri demokrasi yang mungkin 'berbaki' lagi.

3 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

join abe MIE..politikus

http://pkrpasdap.blogspot.com

kulatlapok said...

salam sejahtera!

harap pihak kerajaan atau peguam negara perlu juga mengambil tindakan ke atas kebiadapan pemimpim-pemimpim UMNO Terengganu yang terang-terangan menghina YDPertuan Agong. Apatah lagi mereka ini mengelarkan pihak Istana sebagai BINATANG (NATANG.

Berbeza dengan Karpal ianya hanya menegur campurtangan Istana atas sistem pentadbiran kerajaan negeri. Tapi tak nampak pulak kat mana Karpal menghina Sultan.

Cuba kita bandingkan kelantangan dan keceluparan pemimpin UMNO Teerengganu. Dengan perasaan bongkak membuat kenyataan di media.

Mana pemimpin UMNO atau pihak-pihak NGO yang membela Institusi Istana membuat laporan polis?

HABOK PUN TARAK..!! IBARAT KATA PAK PANDIR "HANGUS JE ACAK IDAK"
(NAMPAK MACAM DAH HANGUS TAPI TAK MASAK)

AFRAR YUNUS said...

salam sdra,
jelas kerajaan persekutuan yg ada cuba memperlekehkan orang melayu sendiri. apabila mereka menghina raja (sungguhpun raja bukanlah maksum), adalah dibolehkan. tetapi bila kalangan yang bukan sehaluan cuba pula memberikan pandangan, iaianya dikira satu penghinaan. sepatutnya komen-komen abdullah ahmad dalam krisis mb terengganu dengan istana adalah satu penghinaan juga. kemana pejuang pejuang yg membela raja kini menghilangkan diri ketika itu?