Friday, February 20, 2009

Gagalnya TNB dan penswastaan

Apa perlu dihairankan jika peniaga-peniaga di Malaysia enggan menurunkan harga barang-barang keperluan pengguna walaupun alasan ketika kenaikkannya ialah harga minyak di pasaran dunia melonjak ?

Hatta syarikat besar projek penswastaan negara seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) pun dilihat cukup liat menurunkan kadar tarif elektriknya.

Sewaktu pesta kenaikkan harga barang-barang bermula, harga minyak dipasaran berada pada paras USD140.00 dan kini sudah turun pada kadar USD34.00. Ketika itu, TNB memberikan alasan yang sama seperti peniaga-peniaga di jalanan.

Dato’ Hj Mahfuz Omar Ketua Penerangan PAS Pusat menulis di dalam blognya bahawa, “penurunan kadar tarif elektrik baru-baru ini dianggap memperbodohkan rakyat berbanding dengan kenaikan mendadak sebanyak 26 peratus pada Julai tahun lalu”

Kata Mahfuz lagi, “ rakyat terus dipaksa membayar tarif elektrik yang tinggi kerana TNB terpaksa membayar sehingga RM12 bilion sebulan kepada IPP tidak kira sama ada tenaga yang dijanakan itu digunakan atau tidak,"

“Pengguna termasuk rakyat miskin yang terpaksa membayar tarif elektrik yang sengaja tidak dikurangkan pada kadar yang sewajarnya semata-mata untuk menanggung biawak hidup".

Penswastaan kepada syarikat elektrik, air, pos, jalanraya dan sebagainya oleh kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Dr Mahathir Mohamed merupakan kegagalan kerajaan menjalankan tanggungjawab sosialnya kepada rakyat.


Ia juga merupakan proses mengkayakan kaum kerabat dengan menganugerahkan projek-projek tersebut kepada ‘yang dekat di hati”.


Saya berasa hairan banyak kemudahan yang diberikan kerajaan kepada syarikat-syarikat ini tetapi ianya dikatakan masih tidak menguntungkan.


Tiada kerenah birokrasi, pemberian pinjaman tanpa faedah, diberikan pampasan sana-sini di atas apa yang disifatkan sebagai pencabulan terhadap perjanjian, penganugerahan tanah dengan premium yang rendah, tiada syarikat pesaing dan bermacam-macam lagi.


Sepatutnya pensawstaan meringankan bebanan pengguna. Di Malaysia ia berlaku di sebaliknya. Segala kos dan malapetaka politik ditanggung oleh masyarakat.


Pencabulan TNB dan syarikat-syarikat sepertinya terhadap hak pengguna jelas merealisasikan penswastaan di Malaysia hanya menuntungkan segelintir orang.


Rakyat apa dapat ?


Ada kekayaan, tetapi tidak bahagia hidupnya. Untung ada tuah tiada.


Taukeh-taukeh syarikat - di atas kertas dia untung, di bawah kertas pun dia boleh kelentong.


No comments: