Thursday, February 26, 2009

UMNO Perak tunggu matahari ber 'salji'

Abdullah Ahmad dengan tiba-tiba sahaja meminta Dato' Dr Zambry Abd Kadir Menteri Besar Perak lantikan 'sendiri-sendiri' untuk membuat laporan polis terhadap Speaker DUN.

Saranan Abdullah sangat memalukan rakyat Perak. Itu sebabnya Zambry yang terasa malu dan diperbodohkan Abdullah dikatakan terpaksa meminta bantuan kepakaran perlembagaan dari peguam-peguam di England.

Mohamed Hanipa Maidin seorang peguam menulis, " berdasarkan Enakmen Dewan Undangan Negeri ( Hak Istimewa ) 1959 [ Legislative Assembly (Privileges) Enactment 1959 ] dan Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan jelas kedua-dua undang-undang tersebut memberikan kekebalan secara mutlak kepada speaker dari sebarang prosiding jenayah dan sivil "

Speaker Perak S Sivakumar telah menulis kepada Sultan Perak untuk mengadakan sidang khas DUN Perak. Apa akan terjadi jika Sultan tidak mempersetujuinya ?

Profesor Dr Abdul Aziz Bari seorang pensyarah dari universiti tempatan berpandangan bahawa, "Pada hakikatnya kuasa ini adalah kuasa formal dan adalah tidak munasabah untuk Sultan, dalam kes di Perak untuk menolak atau menghalang permohonan speaker itu"

Apapun, tindakan Sultan Selangor dalam kes Elizabeth Wong dan 46 ekor lembu korban setakat ini dipuji kerana telah menyerahkan masalah pentadbiran politik diselesaikan dengan kebijaksanaan Menteri Besarnya.

Perlu diingatkan, pujian saya kepada Sultan Selangor bukan kerana telah mengarahkan SPRM membatalkan kes atau tidak menyiasat MB Selangor.

Berlainan pula dengan di Perak. Semuanya bergantung dan seolah-olah melukut ditepi gantang. Tiba-tiba datang pula suara keramat yang mahukan bulan jatuh keriba.

Aduh UMNO Perak ! Kita tunggu matahari mensaljikan Perak.

1 comment:

Anonymous said...

Salam
Sampai bila nak main politik sepuloh sen. Orang lain dah menjana ekonomi.