Wednesday, April 16, 2008

Media Hadhari penyebab rakyat marah

Ketua-ketua akhbar kumpulan NST telah mula keluar entah dari lubang mana setelah lebih satu bulan mengabdikan diri kepada nilai-nilai pemberitaan pelacuran setelah kekalahan parti UMNO dan BN yang diketuai Abdullah Ahmad pemimpin yang serba lengkap pada pandangan mereka.

NST yang sudah berkurangan pembacanya sebaik sahaja Kalimullah Hassan seorang pemberita biasa yang dilantik secara politik memegang jawatan editorialnya.

Kebanyakkan kawan-kawan lama yang pernah dan masih berkhidmat dalam bidang penulisan ketika ditemui mengesahkan perkara ini.

Sesudah menghentam Barisan Rakyat begitu teruk sekali sebelum pilihanraya, rakyat bertindak berani menterjemahkan pandangan dan mengenepikan etika kewartawanan busuk dan nilai berita karut media pengampu.

Sekali lagi media jelmaan penulis sekolah menengah ini meminta agar Abdullah Ahmad Perdana Menteri dibantu dalam menunaikan janjinya kepada rakyat. Ahli UMNO dirayu supaya tidak menyalahkan Abdullah seorang sahaja.

Wah, selepas sebulan membisu, Abdullah membuka mulutnya sekali lagi beberapa hari lalu mungkin setelah diajar untuk membuat pengakuan bahawa, “saya juga bertanggungjawab” akibat kekalahan UMNO dan BN dalam pilihanraya yang lalu.

Ini adalah pengakuan ‘muka kebajikan’ Abdullah. PM ini cuba memancing semula sokongan orang UMNO yang sangat marah dan meluat bukan sahaja dengannya, malah dengan menantu, keluarga, kroni dan ketua-ketua media pemutar belit. Maka media NST cuba sekali menggunakan jala untuk memerangkap ahli UMNO supaya terus memuja Abdullah Hadhari yang sudah tidak boleh diharapkan lagi.

Jelas - tulisan berkenaan cuba menuding jari kepada Hishamuddin Ketua Pemuda UMNO. Hishamuddin dikatakan telah mengguriskan hati pengundi Cina apabila kerisnya setiap kali ditelanjangkan di khalayak ramai.

Dalam masa yang sama Khir Toyo yang dilihat sebagai penyokong kuat Tun Mahathir dan salah seorang yang mendesak Abdullah meletakkan jawatan cuba dipertanggungjawabkan sebagai orang yang mengalihkan pengundi kaum India kepada Parti Rakyat.

Khir dikatakan pemusnah kuil Hindu di Selangor.

Khir juga dikatakan menimbulkan kemarahan kakitangan awam dengan anugerah penyapunya.

Begitu jua, sabotaj dikalangan pemimpin UMNO dituliskan media ini sebagai penyebab kekalahan UMNO dan BN.

Ketua Bahagian yang tidak mengagihkan peruntukan kempen pilihanraya juga merupakan punca kemarahan ahli UMNO yang tidak mengundi parti Abdullah.

Saya bersetuju dengan semua alasan tersebut kerana tanpa penggunaan wang UMNO akan lebih cepat ‘meninggal dunia’. Nafas UMNO adalah nafas wang.

Tetapi media pengampu tersebut sengaja tidak memasukkan fakta paling penting penyebab kekalahan parti yang bakal dimuziumkan ini.

Seperti kata Ahmad Sabery Cheek Menteri Penerangan baru yang meminta akhbar arus perdana membina reputasi dan kredibiliti supaya masyarakat yakin dengan maklumat yang disogokkan.

Diantaranya, gelagat dan peranan media cetak dan elektronik yang lebih sudu dari kuahnya. Peranan bekas Menteri Penerangan Zainuddin Maidin, peranan Khairy Jamaluddin menantu Abdullah yang sudah tidak dapat diterima lebih-lebih lagi oleh orang UMNO sendiri, perlantikan dan penulisan Kalimullah sebagai ketua media yang paling tidak dapat diterima serta dikatakan sebagai pakar pemutar belit dan, kenaikkan harga barang-barang yang mencekik rakyat Malaysia tidak dijadikan isu oleh penerima habuan beratus juta dari kalangan pengamal media.

Azalina Othman Said dengan nada yang lebih lembut berkata, “tidak perlu kasar untuk meminta pucuk pimpinan UMNO yang juga PM meletak jawatan”. Mungkin Azalina bermaksud, “Pak Lah. Turunlah”. Bukan “Hoi Pak Lah! Turunlah!”.

Sebelum pilihanraya, UMNO dan MIC (bukan MCA dan Gerakan) beranggapan rakyat yang memperolehi maklumat dari blog adalah dari kalangan orang bodoh. Jika tidak percaya tanyalah kepada Menteri di JPM Nazri Aziz .

Berikan Parti Rakyat lesen media bercetak dan media elektronik. Kemudian saksikan keputusan pilihanraya ketigabelas nanti.

No comments: