Monday, April 21, 2008

Betulkah BPR akan dibebaskan

Betulkah PM Abdullah Ahmad akan memberikan kuasa penuh kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) ?

Bermakna selama ini apa yang diperkatakan oleh parti pembangkang tentang BPR yang tidak bebas adalah benar.

IPCMC telah diangkasakan. Belum kembali lagi. SUHAKAM juga diangkasakan tetapi kembali dengan separuh badan. Apa pula akan terjadi dengan BPR.

Keputusan pilihanraya kedua belas sesungguhnya bakal mengubah peta politik Malaysia. Inilah yang dikatakan kuasa rakyat.

Kuasa yang cukup banyak ditangan UMNO dan BN telah membuatkan mereka sombong, bongkak, tidak sedar diri, kaya-raya dan tidak bekerja untuk rakyat.

Kini, sepatutnya mereka tahu dimana kelemahan dan apa yang perlu diperbaiki. Kata Barry Goldwater, ' a government that is big enough to give you all you want is big enough to take it all away'.

Ada kebenarannya jika kerajaan itu berjalan di atas landasan pemikiran manusia semata-mata.

Seorang sahabat dari BPR yang pernah terlibat dalam kes siasatan politik di Sabah pernah meluahkan kekecewaannya. Katanya, siasatan yang melibatkan tuntutan perjalanan, hotel, makan dan sebagainya yang dituntut pelbagai agensi dengan jumlah yang tinggi akhirnya tidak kemana-mana dan merugikan wang rakyat apabila kes diarahkan ditutup.

Sahabat itu sudah melambaikan tangan dan mengucapkan sayonara kepada BPR lantaran prinsipnya itu sambil berpesan, 'janganlah bagi sanak saudara kerja dengan BPR'.

Saya faham, dia tidaklah marah dengan BPR tetapi sangat marah dengan kuasa ghaib yang sering mengganggu kerja-kerja mereka agaknya.

No comments: