Wednesday, April 9, 2008

Iraq yang dungu dan Abdullah OIC yang bermasalah

Salah satu matlamat utama OIC ialah menentang sistem kolonial dalam semua bentuk kegiatan dan menyokong umat Islam dalam mempertahankan maruah, kebebasan dan hak bernegara.

Malangnya OIC kerana menerima Abdullah Ahmad menjadi Pengerusinya pada tahun 2003. OIC yang mempunyai 57 buah negara wujud pada 1969 iaitu hampir 39 tahun yang lalu.

Tempoh memegang jawatan tersebut sebenarnya telah habis.

Penduduk Iraq saban hari mati lebih senang daripada matinya katak. Belum lagi penduduk di Darfur, Kashmir, Lubnan, Palestin dan pejuang-pejuang MORO, PULO dan tekanan kepada negara-negara Islam seperti yang dikenakan terhadap Iran.

Abdullah, dalam tempoh memegang jawatan Pengerusi OIC menghadapi seribu satu masalah dalaman terutamanya kemelut dari parti yang dikepalainya, UMNO dan BN. Disamping itu Abdullah juga memiliki tabiat semulajadi yang kuat 'tidur'.

Bangsa Arab yang sangat dungu di Iraq pernah melambai-lambai memanggil tentera Amerika ke bumi mereka, kini menangis tidak berlagu. Saya sangat-sangat bersetuju dengan tulisan Sasterawan Negara Shahnon Ahmad satu ketika dahulu berkaitan kedunguan bangsa Arab ini.

Kata Shahnon, "seandainya ditakdirkan Kaabah diangkat dari bumi Arab, nescaya tidak ada lagi manusia yang akan memijak kaki ke sana".

"Mereka ini kaya kerana hasil bumi. Lihat segala kedai dan gedung di sekitar Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. Kebanyakkannya adalah kepunyaan mereka. Setiap hujung bulan mereka akan sampai tepat pada masanya untuk mengutip sewa. Bangsa ini akalnya dilutut. Tidak dapat berfikir jauh" kata Saiyad seorang peniaga dari Afghanistan kepada saya menceritakan sikap orang Arab.

Apapun, setiap orang ada kelemahannya. Begitu juga dengan OIC yang mendapat Abdullah sebagai seorang pemimpin yang cukup banyak bermasalah.

Bukan sahaja tidak dapat menyelesaikan persengketaan di kalangan negara-negara Islam, Abdullah juga pernah kelihatan di Perth Australia merasmikan Restoran Nasi Kandar Puteri kepunyaan adiknya Ibrahim Ahmad ketika negara dilanda malapetaka banjir pada tahun 2006 di mana tujuh belas rakyatnya terkorban.

Abdullah dikatakan gagal menyenarai dan menjalankan tugas mengikut keutamaannya.

Kedunguan Arab Iraq yang melambai-lambai tentera Amerika menjadi lebih malang apabila mendapat Pengerusi OIC yang dikira sempat mencatatkan sejarah perkahwinannya dengan Jeanne Abdullah pada 9 Jun 2007. Satu-satunya kenangan manis Abdullah ketika menjadi ketua OIC.

Abdullah ibarat 'kemenyan sebesar lutut yang tidak pernah dibenarkan untuk dibakar bagi mendapatkan baunya' oleh mana-mana pihak lebih-lebih lagi oleh budak-budak di tingkat empat, KJ dan ketua media Hadhari.

Perlukah kemenyan itu dibakar semula atau dibuangkan sahaja ?

No comments: