Monday, April 7, 2008

Karpal, DAP dan contoh Islam Hadhari

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menawarkan penginapan percuma di Kelantan kepada Karpal Singh dari DAP untuk meninjau dan mendapatkan sendiri pandangan dan rintihan jika ada dari penduduk bukan Islam di Kelantan.

Karpal amat bimbang jika kemelut politik di Malaysia sekarang boleh membuatkan PAS menerajui parti rakyat.

Di India, penduduknya 1.12 billion. 174 juta daripada mereka adalah penduduk Islam yang dikira sebagai penduduk minoriti. Manakala penduduk Sikhnya berjumlah hampir 20 juta.

Dengan berpuloh parti politiknya di sana, kemanan dan keharmonian penduduk pelbagai kaumnya sering tergugat. Sehinggakan Masjid Babri di Ayodhya India turut dimusnahkan pada tahun 1992 di atas nama agama tertentu.

Karpal sepatutnya pergi ke Tumpat Kelantan melihat bagaimana patung Buddha yang terbesar tersergam dengan gahnya di situ. Karpal sepatutnya pergi bertanyakan kaum Tamil, Tionghua dan Siam di Kelantan, berapa ramai yang telah dibunuh atau terbunuh sejak kerajaan Islam PAS memerintah.

Karpal dan Lim Kit Siang masih berfikiran politik secara kuno agaknya. Berlainan dengan anak mereka Jagdeep dan Lim Guan Eng yang dikira agak moden dan tahu kebudayaan masyarakat Malaysia.

Hendak salahkan Karpal dan Kit Siang seratus peratus juga tidak patut. Itu yang agaknya mereka pelajari dari Islam Hadhari.

Karpal dan Kit Siang sepatutnya belajar dari Tuan Guru Nik Aziz tentang Islam. Bukannya dari kepimpinan UMNO yang mempelopori Islam Hadhari.

Bukankah pemimpin Islam Hadhari sedang melondehkan diri mereka masing-masing sekarang ini ?

Contoh apa yang boleh diambil dari mereka ?

No comments: