Friday, February 12, 2010

Buang bayi : Rosmah dan Shahrizat beza pandangan



Kes buang bayi atau anak nampaknya mendapat perhatian Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Bt Abd Jalil dan juga isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansur.

Namun mereka mempunyai dua pandangan yang berbeza.

Rosmah mahu tindakan undang-undang diambil terhadap mereka yang melakukan perbuatan terkutuk ini.

Manakala ramai pembaca mengatakan bahawa kenyataan Shahrizat kelihatan seolah-olah menggalakkan perbuatan seperti itu.

Baca dan nilai sendiri.

Thursday, February 11, 2010

Gigi palsu, doktor palsu dan MB palsu

Doktor palsu pasang gigi palsu. Gigi palsu perkara biasa. Tak biasanya ialah doktor palsu.

Bagaimana pula dengan kerajaan palsu yang diketuai oleh Menteri Besar palsu.

Bagi sesetengah orang, kedua-duanya tidak biasa bagi menusia biasa.
Kepalsuan itu berlawanan dengan kebenaran.

Kebenaran tidak selalu menang tetapi ia sentiasa benar. Maksudnya mudah. Orang benar tidak selalu menang tetapi ia sentiasa dilihat benar.

Dalam pada itu ramai juga yang ditemui cinta dan agungkan kepalsuan.

Apapun, semua orang, semua agama dan semua tamadun bangsa yang gagah dan berjaya berdiri di atas kebenaran.

Kepalsuan kerajaan dan ketuanya menandakan kecuakan.

Jangan-jangan cuak atau takut pada mayat, terpeluk pula bangkai. Jangan-jangan takut pada MB rakyat, terpeluk pula gajah rompong belalai.

Wednesday, February 10, 2010

CUEPACS : Ketua Jabatan eksploitasi kerja lebih masa

Bayangkan anda penjawat awam. Ketua anda yang berkelulusan tinggi dan bergred turus dan jusa entah apa-apa, samada menipu anda atau samada tidak tahu prosedur kerja. Bermacam-macam kerenah ditimbulkan oleh mereka. Adakalanya nak tergelak juga, cakap bukan main hebat - tapi kerja ?

Di bawah ini ada satu kerenah yang didedahkan oleh CUEPACS - alkerohi.

CUEPACS Tuntut Kerja Lebih Masa Dibayar Tunai

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menuntut agar kakitangan awam diberi bayaran tunai untuk kerja lebih masa berbanding diberi cuti rehat, kata Setiausaha Agungnya Ahmad Shah Mohd Zin.

Katanya hampir 50,000 kakitangan sokongan dari pelbagai jabatan kerajaan dan badan-badan berkanun diberi cuti rehat untuk kerja lebih masa sejak Disember tahun lepas.

"Untuk setiap lapan jam kerja lebih masa mereka akan diberi satu hari cuti," katanya kepada Bernama.

"Kami menganggap ia satu ekspoitasi, dan mahu kerajaan membuat tindakan segera untuk menghentikan amalan ini kerana ia akan melunturkan semangat pekerja dan menjejaskan produktiviti mereka," katanya.

CUEPACS, katanya, akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam untuk menyelesaikan isu itu.

Bernama difahamkan langkah sedemikian dilaksanakan untuk 'mengurangkan kos' dan juga untuk 'meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan' jabatan-jabatan berkenaan.

"Sasaran kerja kini adalah lebih tinggi dan kami memerlukan kerjasama dari kakitangan kita untuk bekerja lebih masa," kata seorang ketua jabatan.

"Bagaimanapun, peruntukan untuk kerja lebih masa adalah tidak mencukupi, jadi kami memperkenalkan sistem ini dengan menawarkan cuti," jelasnya.

"Kecuali untuk beberapa orang pekerja, kebanyakan daripada mereka bersetuju dengan peraturan itu kerana mahu mencapai sasaran kerja yang ditetapkan dan meningkatkan sistem penyampaian sejajar dengan dasar kerajaan sekarang," tambah beliau.

-- BERNAMA

Naset, depa buat lagu mana kat Altantunya

Nasir Safar pula dapat dicam oleh Bala sebagai orang yang berada dengan Altantunya ketika polis menahan wanita Mongolia itu sebelum ia ditemui mati dibunuh.

Nasir Safar ialah pegawai khas Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia
sekarang.

Jika betoi la kata Bala, hang buat apa kat tempat tu Nasir ? Penting lagi, lagu mana yang depa buat kat Altantunya sampai dia hancoq.[Nasir di tengah]

Kacau
Naset. Semua ceghita hampa dok pi kat arah Najib ja...

Set ! cuba hang habaq mai. Najib kenai dak dengan Altantunya tu. Rosmah kenai dak dengan budak Mongolia tu Set ?
(Foto:Malaysiakini)

Nizar masih MB Perak - Tengku Razaleigh

Nizar masih Menteri Besar Perak ?

Nizar Jamaluddin masih berada pada status lamanya sebagai Menteri Besar Perak. Tengku Razaleigh Hamzah Ahli Parlimen Gua Musang berpendapat sedemikian sehinggalah Nizar meletakkan jawaran atas kerelaannya sendiri, atau disingkirkan melalui usul undi tidak percaya pada persidangan Dewan Undangan Negeri.

Nik Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan pula berkata, "“Itu keputusan mahkamah seperti mengakui rampasan kuasa yang berlaku di Perak dan bukannya melalui pilihan raya”.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, PR tidak berputus asa dan akan bekerja keras untuk menawan Perak pada pilihan raya umum yang akan datang.

Dalam pada itu, Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini akan mengakibatkan situasi kemungkinan berlakunya monarki mutlak di Malaysia, dakwa Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Apakah dengan keputusan ini bermakna Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Besar boleh dinyahkan oleh Agong dan Sultan-sultan pada masa akan datang ?

Penasihat PKR Anwar Ibrahim pula berkata beliau sudah menjangka keputusan mahkamah dan mahu agar rakyat diberikan peluang menjadi hakim dalam pilihanraya di Perak.

Lim Kit Siang pula berkata, ini adalah saat yang memalukan demokrasi di Malaysia.


UMNO dan Zambry tidak perlu berselindung disebalik mereka yang dapat manafaat dan projek-projek dari kerajaan.

Untuk menentukan samada rakyat benar-benar menyebelahi UMNO atau PR, adakan pilihanraya dengan kembalikan hak kehakiman kepada rakyat Perak

Tuesday, February 9, 2010

Kes Perak : Taliban di Kedah ?

Sukarkah untuk menerima kekalahan Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak ?

Untuk menyedapkan hati masing-masing, ada yang berkata Zambry Kadir adalah Menteri Besar Mahkamah.

Apapun, keputusan tersirat mahkamah hanya boleh diagak-agak sahaja. Namun keputusan tersurat Mahkamah Persekutuan sudah dibacakan dan diketahui umum.

Samada institusi-institusi 'tertentu' membaling batu dan menyorok tangan, tindakan ini tidak kelihatan tetapi bagi sesetengah pihak ianya dapat dirasakan.

Pada hemat saya, ini adalah satu dugaan.

Namun bagi Menteri Besar Kedah, Azizan Abd Razak, ianya tidak apa-apa bukan sahaja dalam isu ini, malah dalam isu Biro Tata Negara dan banyak isu lain yang melibatkan persekutuan.

Baginya PAS dan UMNO di negerinya macam adik beradik.

Saya kasihan pada ahli-ahli dan penyokong PAS di Kedah. Mendapat seorang Menteri Besar yang boleh masuk 'line semua' kata wartawan kanan media perdana kepada saya dalam satu perjumpaan santai dengan mereka tempohari.

Azizan tidak seperti Nik Abdul Aziz kata mereka.

Untuk makluman Azizan, sesudah Perak, negeri yang terdedah kepada bahaya politik 'takpala' ialah Kedah dan sesudah itu politik metropolitan Selangor.

Bagi PAS dan Pakatan Rakyat di Kedah - jika Azizan kekal dengan sikap 'takpalah' seperti sekarang, saya kasihan sekali lagi kepada pejuang dan penyokong parti itu dan Pakatan Rakyat, bahawa dalam pilihanraya umum ke 13 nanti, carilah kotak dan berbungkuslah.

Nampaknya politik Darul Ridzuan dan Darul Iman tidak mencermin dan memantulkan apa-apa kepada Azizan.

Jangan jadi Taliban bandar selepas pilihanraya ketigabelas nanti, sudahlah.

Tentu kenyataan ini pedih tetapi itulah hakikatnya iklim politik di Kedah.


Mahdzir : Tidak mustahil Kedah jadi macam Perak


Monday, February 8, 2010

Sunday, February 7, 2010

Tahniah, pesta kenaikan harga barang



Dari alkerohi

Kementerian Kesihatan cukup banyak masalah


Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai cukup banyak masalah. Lalu ia menimbulkan cukup banyak masalah itu kepada masyarakat pula.

Ketua Pengarahnya sudah berusia lebih 60 tahun. Seperti tidak ada orang lain yang lebih layak menerajui kementerian itu. Sambungkan lagi kontraknya...

Menterinya belum 'sudah' dengan kemelut dalaman parti MCA.

Hospital Sultanah Bahiyah kurang ubat

Ketua Pengarah Kesihatan, Letak Jawatan la..

Ambulan Hospital Alor Setar tertelan duit pesakit ?

Hospital Sg Petani patahkan tangan bayi ?

Hospital cuai : Rakyat bayar RM7 juta

Doktor Amerika lari, doktor Malaysia tunggu

Hj Mahfuz : Malaysia tempat ke 9 di dunia kes H1N1

Bicarakan Hospital Serdang

Hospital Alor Star mengaku buang jari kanak-kanak

Saturday, February 6, 2010

Hidup harmoni di bawah Guan Eng dan PR


Diubahsuai dari Utusan Malaysia. Kartunnya sama, maksud tulisan berlainan. Untuk difikirkan.