Bicarakan Hospital Serdang
Dua badan satu jiwa seperti kisah percintaan Laila Majnun. Satu yang lumrah dan biasa didengar untuk kisah-kisah dan falsafah percintaan.
Biasakah terjadi fizikal satu badan menceritakan pelbagai hasil laporan perubatan? Itu belum lagi masalah dalaman.
Bukan sahaja kes Kugan. Beberapa hari yang lalu, akhbar Sinar Harian memaparkan kisah bagaimana seorang mak cik tidak puas hati dengan sejarah kematian anaknya.
Di hospital mana ? Serdang juga !
Apa hal dengan pentadbiran Hospital Serdang ini. Professionalkah mereka?
Wajib bagi Menteri Kesihatan, Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Pengarah Kesihatan dan Pengarah Hospital Serdang mencadangkan kepada kerajaan agar menubuhkan satu suruhanjaya bebas untuk melakukan penyiasatan tentang apakah yang sedang berlaku di hospital itu.
Jika tidak, bicarakan mereka di mahkamah terbuka. Pakar Patologi yang melakukan bedah siasat keatas mayat Kugan di Hospital Serdang mempunyai kelayakkan yang mencukupikah untuk bekerja di situ ?
Bagai nak termuntah dengan alasan 'bangang' yang diberikan oleh Pengarah Hospital Serdang, Dr Mohd Norzi Ghazali.
Katanya, mayat Kugan telah diganggu sehingga menyukarkan bedah siasat lanjut dibuat oleh pakarnya.
Berapa kalikah bedah siasat dibuat. Satu hari sekali. Satu hari dua puloh empat kali. Atau simpan berbulan untuk melakukan setiap satu bedah siasat sehari selama beberapa bulan ?
Kita mahu jawatankuasa bebas dan bicarakan kesemua mereka termasuk polis yang berurusan dengan hospital dalam kes ini.
Selagi tiada Jawatankuasa bebas dari kalangan orang awam yang mengendalikan aduan awam hospital-hospital di setiap daerah, tidak salah masyarakat mengandaikan pegawai perubatan menggunakan kedudukan mereka untuk 'mematikan orang'.
Jika tidak, kenapa tidak telus ?
Apabila ia berlaku di negara lain dan ketelusan penyiasatan tidak ada, rakyat akan bangun dan meminta Menteri, KSU, KP, Pengarah dan mereka yang terlibat, meletakkan jawatan.
Di Malaysia - kakitangan hospitalnya ada kekebalan ?
No comments:
Post a Comment