Tuesday, December 22, 2009

Malaysia kaya rakyatnya susah

52 tahun Malaysia merdeka. BTN UMNO dan Barisan Nasional tentu gembira.

Produkmu merogol pribumi sendiri. Enjin pesawat F5E bernilai RM50 juta hilang ? Istana berharga RM12 juta menggunakan wang rakyat milik siapa ? C4 mana diguna untuk meletupkan wanita Mongolia ?

Kadar tol menghisap darah warga Malaysia. BTN menangis menghirup air mata darah rakyatkah ?

Penjawat awam Malaysia kurang bermoral ?

Malaysia kaya dengan hasil buminya. Wang petroleum hilang di antara laut dan darat. Pemimpin UMNO dan BN serta kroni mereka hidup mewah.

Rakyat juga yang menderita. Harga barang makanan naik setiap bulan secara senyap. Sekolah dan universiti menjadi tempat perniagaan.

Penduduk Keroh, Gua Musang, Cerok Tok Kun, Bukit Wang dan Sabah serta Sarawak apa khabar?

Perak masih menangis kerana demokrasinya dirogol bergilir-gilir oleh institusi yang dikatakan menjadi pagar rakyat.

Inilah undang-undang dan keadilan cara kerajaan sedia ada.

PDRM, SPRM, SPR dan mahkamah diikat tangan lalu ditunjukkan dua jalan. Satu untuk pemimpin dan satu untuk rakyat.

Melayu BTN sudah gagah di Nusantara ? Malaysiaku perkasa di seluruh dunia ?

Namun rakyatnya tidak mengecapi kemakmuran itu. Kenapa ?

Minda dan fizikalnya ditambat ditiang autokrasi !

3 comments:

Rhino Rin said...

Jalan pintas yang dipilih. Tak semestinya berakhir dengan kesenangan. Paling kurang sudah bersenang-senang dahulu.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra
bersenag-senang dahulu - tidaklah ramai nisbahnya dengan penduduk malaysia. wang petronas sepatutnya memakmurkan warga malaysia, inikan tidak. yang dapat manafaat adalah beberapa orang.
semoga kita lebih prihatin.
tk

Rhino Rin said...

Wah!

Bersultan di mata, beraja di hati.

Ikut hati mati, ikut rasa binasa.

Orang Melayu, adat cakap berlapik; adat sembah bertatah.