Wednesday, March 5, 2008

Wartawan media perdana : Rezeki yang bagaimana?

Hebatnya wartawan media arus perdana. Sepanjang musim pilihanraya, banyak kerja yang perlu mereka lakukan.

Diantaranya menulis dan memapar berita yang semuanya menyokong Barisan Nasional. Dalam pada rakyat mengetahui pelbagai skandal dan rasuah kepimpinan BN, wartawan media arus perdana menerima gaji dari kerja pembohongan me'malaikat'kan BN. Cuba membersihkan kejijikan yang ada pada ketua-ketua mereka.

Gaji yang dibawa balik sudah tentu dijadikan sebahagian dari rezeki untuk ibu, bapa, isteri, anak-anak dan keluarga.

Jika ketua media hadhari menerima ganjaran beratus juta untuk melancarkan propaganda pilihanraya atau isu-isu sebelumnya, berapakah habuan yang diterima oleh wartawan dan pemberita sambilan yang malang ini ?

Adakah wartawan media arus perdana pernah dipaparkan terbabit dalam kes jenayah, merogol, tidak membayar hutang, mabuk dan terlentang di kaki lima bangunan akhbar, menghumban ibubapa mereka ke rumah orang tua, membeli ijazah dan sebagainya ?

Apakah mereka mengibaratkan diri sebagai telaga yang bersih dan sentiasa mengalirkan air yang jernih ?

Esok, di hari mereka di'tendang' keluar dari syarikat yang mereka ampu, akan kedengaran dan kelihatanlah, segala kejelekan yang akan dikatakan sebagai tidak disukai selama ini terhadap syarikat berkenaan.

Adalah lebih baik, sebelum di'halau' keluar, berhentikanlah mencari rezeki yang caranya tidak disukai oleh ahli keluarga lebih-lebih lagi yang dilarang oleh agama dan moral.

4 comments:

Semut Api said...

Salam tuan,

'aku menulis kerana pilihanraya' selamat mengundi..tunaikan tanggungjawab kpd raja & negara..

AFRAR YUNUS said...

salam saudara,
bagus, alhamdulillah. bekerjalah dalam bidang apapun asalkan ianya diredhai. apa pendapat sdra tentang bahang PRU ke 8 ini. masih seperti 2004 atau ada perubahan menaik atau menurun.

AFRAR YUNUS said...

sorry .. bahang PRU 8hb ini...

Semut Api said...

peratusan menurun sikit dr 2004..
depa cukup takut dgn DSAI...langsung tak publish pun muka DSAi kat media... media elek. jadi syok sendiri nak jadi jaguh!