Monday, March 10, 2008

Menteri Besar Kedah yang kesepuloh

Ustaz Azizan Abdul Razak dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang kesepuloh oleh Sultan Kedah petang Ahad semalam.

Azizan, 64 tahun yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah memenangi kawasan N20 Sg Limau di bawah Parlimen Jerai mengalahkan Basorri Abu Hassan (BN) dengan majoriti 3212 undi. Azizan memperolehi 12028 undi manakala Basorri 8816 undi. Peratusan yang keluar mengundi ialah 83.68%.

Istiadat menerima watikah berlangsung di Wisma Darul Aman, Alor Star Kedah.

Rakyat Kedah mengharapkan satu pentadbiran yang telus dan beretika.

Selamat menjalankan tugas.

4 comments:

Anonymous said...

boleh bagi biodata ustaz ni... apa kelulusan beliau? srp/spm? adakah mampu beliau menjawat jawatan yg memerlukan tahap intelektual yg tinggi? adakah beliau mampu menjadi seperti MB sebelumnya?

AFRAR YUNUS said...

sejahtera sdra
ustaz ni berasal dari kampung. ada ijazah dari mesir. ada master dari amerika. pernah menjadi pensyarah di universiti kerajaan di kl.
mungkin sdra tahu mb sebelum ni ada kelulusan lebih tinggi dr ustaz kampung ni?
ustaz kampung ni tak kebas duit rakyat. pakai kereta lama. rumah dia bukan macam rumah mb dulu yg sdg dibina dgn harga 4-5 juta. dia tak kaya. boleh duduk dan sembang dengan orang ramai. rakyat datang, dia tak lari macam mb dulu.
satu lagi sdra, mb kelantan diistiharkan mb paling bersih di malaysia.
tk sdra.

Anonymous said...

yang penting banyak bini pun dia reti jaga

AFRAR YUNUS said...

sejahtera
asas rumahtangga yg kukuh akan membawa keharmonian keluarga, masyarakat dan negara. apa guna jadi pemimpin jika anak rampas harta rakyat, menantu 'gabuih' harta negara, sendiri tidur tak terjaga, dan rakyat dibiarkan menderita.
jika isteri lebih dari satu sudah boleh dijaga, itulah tanda berlakunya keadilan. apa kata sdra ?