Thursday, February 4, 2010

Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar kurang ubat

Ramai pesakit dan keluarga mereka yang berurusan dengan Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar sejak seminggu ini merungut bahawa banyak jenis ubat-ubatan tidak dapat dibekalkan oleh bahagian farmasi kepada mereka.

Mereka disuruh datang semula selepas menelefon hospital dalam beberapa minggu lagi.

"Ada kakitangan memberitahu kami peruntukan belum sampai malah ada yang mengatakan kerajaan kekurangan wang" kata Nadeson a/l Rajan seorang pesakit yang ditemui berurusan dengan hospital itu pagi tadi.

Pesakit mahu tahu apa sebenarnya sedang berlaku di hospital berkenaan.

Cubaan untuk menghubungi Pengarah HSB, Dr Juita Ghazalie gagal.
(Foto:Flickr)

3 comments:

Anonymous said...

KKM pada tahun 2008 telah membelanjakan RM 8 bilion untuk ubat-ubatan manakala jumlah caj rawatan yg dibayar oleh pesakit adalah sangat sedikit. contoh mudah jika KKM belanja RM1.00 caj rawatan yg dibayar adalah RM 0.01Telah sampai waktunya rakyat membayar sekurang-kurangnya 25-50% daripada rawatan yg diterima atau pun semua rakyat mempunyai insuran kesihatan seperti di negara-negara lain. Rawatan bagi seorang pesakit yang mempunyai kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tinggi adalah lebih kurang RM150/sebulan(2 jenis ubat kencing manis, sejenis ubat darah tinggi dan sejenis ubat anti koleaterol).Jika beliau memerlukan suntikan insulin, 3 jenis ubat darah tinggi dan ubat anti kolesterol yang lebih kuat, rawatan akan mencecah ke RM 500-800/bulan. Jika beliau mendapat kegagalan buah pinggang dan memerlukan dialisis, rawatan akan meningkat ke RM3000/sebulan. Jika beliau menghidap sakit jantung pula kos rawatan 'angiogram dan stenting' adalah lebih kurang RM5-30,000(bergantung kepada banyak mana stent yg digukana). Pembedahan pintasan jantung pula adalah lebih kurang RM20,000.
sampai bila kos2 ini akan diserap oleh KKM?
pakar HSB, alor star

Pakar Bedah Rakyat said...

Tuan
Ini ada cerita lama:

Pengundi Melayu makan duit, tak makan isu PDF Print
Sunday, 23 December 2007 13:11

Oleh Zulkifli Yahaya

Seorang lelaki yang umurnya melewati 60-an begitu mengkagumi Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star sewaktu berkunjung buat pertama kalinya ke situ untuk melawat kenalannya yang sakit. Di hadapan pintu wad agak ramai pelawat dari pelbagai latarbelakang sedang berbual kosong menunggu pintu wad dibuka. Lelaki tadi terus rancak memperihalkan kehebatan dan kecanggihan Hospital Sultanah Bahiyah sekalipun segalanya telah tersergam di depan mata.

“Bukan sikit duit yang kerajaan belanja ni untuk bagi kemudahan kepada rakyat,” tiba-tiba terlontar perkataan dari mulutnya yang dapat mengesahkan sikap politiknya. "Itupun kerajaan dok tak betoi situlah (sentiasa tidak betul),” kata-kata itu memantapkan lagi identiti politiknya.

Seorang lelaki yang kelihatan agak muda dan kemas lantas menyahut: “Yang tak betul tu perkara lain pak cik, isu rasuah, salahguna kuasa, kurung orang tapi tak bicara, tindas sekolah agama... (panjang lagi senarai disebutnya). Soal bina hospital siapa memerintah pun dia kena buat, itu tanggungjawab. Duit buat hospital ni duit kita, duit cukai macam-macam yang kerajaan kutip dari kita, bukan duit poket Pak Lah. Dan kebajikan untuk rakyat yang kerajaan buat tak boleh tutup perkara silap lain yang depa buat.”

Macam ceramah libasannya. Ramai yang tersenyum sambil mengiyakan kata-kata lelaki itu. Seorang lelaki lain cuba mengalih suasana: “Sudah, sudah, bincang politik sampai bila tak habis.” Kebetulan pintu wad dibuka, kerancakan berbual terhenti di situ.

Sketsa pendek di atas bukanlah plot baru cerita politik di Kedah, mahupun di negara ini. Dailognya sentiasa berulang-ulang sejak sekian lama. Mungkin sejak sebahagian rakyat kenal apa itu demokrasi, sementara sebahagian lagi buta pemahaman terhadap demokrasi.

Anonymous said...

Bila ubat sudah mahal, tutup sahaja hospital-hospital. Pakar-pakar tak perlu dibayar gaji lagi. He..he..he..