Depa kaya sungguh, hampa lagu mana
Depa kaya sungguh.
Hampa lagu mana ?
Depa ada yang kaya masa dok dalam perut mak depa. Ada yang keluaq-keluaq dah kaya. Ada yang bila besaq, baru jadi jutawan. Tapi, yang tak buleh lari ialah bila mak bapa depa jadi ahli politik UMNO, MIC, Gerakan, MCA dan parti komponen Barisan Nasional, ramai dari depa dan kroni depa pun jadi kaya raya.
Hampa di kampung yang dok pangkah depa ada apa ?
Rokok sekotak, gula sekilo, batik sehelai, lawatan Cik Kiah ke Medan, tidur di hotel satu bilik dua belaih oghang, dan pi tengok Putrajaya.
Satu lagi, hampa mengaji tak cerdik. Bagi pink-form pun hampa tak kenai. Bukan salah ibu mengandung.
Kesian. Elektrik masih takdak, ayaq takdak, jalan berlubang sana-sini, harga barang naik, elektrik naik, tambang pengangkutan awam naik, yuran sekolah dok kena kelentong dengan menteri, nak kebumi mayat pun harga naik, tol lebuhraya kena kapak dan macam-macam cukai lagi yang hampa kena bayaq.
Hampa pi tanya Rosmah sat. Berapa harga sekilo bawang, harga susu, beras, cabai, tambang bas sekolah dan sebagainya ?
Mampuih tak buleh jawab.
Aci buat kuiz di TV. Pangge bini-bini menteri jadi ahli. Tanya soalan secara langsung harga barang-barang.
Hampa menang. Sahih punya !
Aku takpa. Aku takmau campok titik peluh menteri. Tagha duit tunai RM2 juta aku pun ada. Dulu aku isi red-form.
Cuma kesian kat hampa saja. Nak buka jalan motivasi.
Jadi, hampa dok kalut tertanya-tanya nak kena buat lagu mana.
Lagu ni lah. Pakat-pakat pi pangkah depa lagi. Kalau bulih tiap-tiap hari sekali - lagi bagoih. Bukanka ?
3 comments:
Hebat memang hebat. Malaysia Boleh katakan! Tengok sapa kata Malaysia lekeh berapa banyak jutawan yang ada di Malaysia? Tapi tengok pula sapa pulak depa tu? Lu fikirlah sendiri kata Nabil Raja Lawak. Yang depa ni dok pangkah selama ni jadi apa? Jangan mimpi nak jadi jutawan nak kayapun jauh sekali. Yang banyak di kalangan golongan marhaen ni yang jadi tak ketahuan bukan jutawan dan yang kayap bukan kaya.Paling hebatpun tak kaya boleh makan kaya dengan roti benggali. Tu pun jangan boleh dapat kain pelekat atau batik sehelai, boleh menteri atau wakil rakyat mai tepuk bahu dan tumpang mengilai dah terhutang budi. Sampai bila lagi nak cerdik? Betuila kata kawan saya "Siakap senohong gelama ikan duri, cakap bohong lama-lama jadi menteri"
salam sdra manza,
dulu saya baik dengan ramai exco dan timb menteri termasuk menteri. bukan apa, seronok depa jadi pemimpin yang kita sandarkan harapan.
mereka di BTN berkobar dengan semangat melayu. orang ini juga bersekongkol dengan taukeh-taukeh untukk mendapatkan tanah-tanah kerajaan bukan sahaja untuk dirinya tetapi untuk taukeh. sanggup minta MB beli tanah taukeh dengan dia dapat komisyen.
saya dengar dengan telinga saya ketika di pejabat pejuang-pejuang bangsa ini. bukan sekali, banyak kali. sampai saya hilang hormat pd mereka.
saya tidak bantah, orang kita naik dan jadi kaya. tapi, apa jadi di pulau pinang, apa jadi di kelantan dulu, kedah, sabah, sarawak, pahang dll negeri yang diperintah oleh pejuang umno yg haprak ini.
tembolok sendiri diutamakan. mereka mahu jadi yahudi yg bunuh bangsa lain. mereka lebih teruk membunuh bangsa sendiri.
tak sampai satu penggal jadi menteri, rumah, kereta, ladang, tanah, saham, bini dsb bertambah berganda-ganda. bukan balas wang rakyat dan khazanah negarakah ?
kurang ajar mereka ini!
maaflah sdra - jika ada butang yang boleh kakukan mereka, saat ini saya tekan dan gantikan mereka dengan pemimpin berjiwa rakyat dan tahu erti amanah.
tk sdra.
Post a Comment