Sunday, February 28, 2010

Exco Penerangan Kedah : Kita akan jumpa blogger


Sejak beberapa hari kebelakangan ini nampaknya isu pengamal media terutama sekali blogger di negeri Kedah yang tidak mendapat perhatian dan kerjasama yang sepatutnya dari kerajaan negeri dibangkitkan oleh para blogger.

Pada 8 Mac 2010 ini genaplah dua tahun kerajaan PAS memerintah Kedah. Rata-rata blogger yang memberikan liputan tentang berita di Kedah diabaikan oleh kerajaan negeri di bawah kepimpinan Azizan Abdul Razak.

AFRAR YUNUS dari blog alkerohi menghubungi YB Dr Hj Hamdan B Mohamed Khalib Exco Penerangan Kedah merangkap ADUN Tanjung Dawai untuk mendapatkan komen beliau tentang perkara ini.

Adakah YB sedar akan perkara yang dibangkitkan dalam blog-blog terutama sekali blogger Kedah sepanjang beberapa hari ini tentang kerjasama dan peranan media dan blogger di Kedah.

Ya sebenarnya saya menyedari perkara ini. Kita dalam sektor kerajaan terpaksa melalui beberapa prosedur yang telah ditetapkan. Untuk makluman, kami telah lama berikhtiar untuk menjadikan ianya sebagai kenyataan iaitu dengan mewujudkan sebuah urusetia penerangan yang kukuh pada peringkat negeri.

Ada apa-apa masalahkah YB

Ialah, kita terpaksa melalui banyak halangan-halangan. Saya memang berhajat hendak berjumpa dengan media dan blogger di seluruh negeri Kedah. Lagipun jawatan ini baru saya pegang dan ini pula kedengaran ada rombakan dalam barisan exco. Tapi percayalah samada saya kekal atau tidak, InsyaAllah perkara ini saya akan lakukan sendiri atau sampaikan kepada pengganti baru nanti.

Urusetia macamana yang YB maksudkan

Satu urusetia sebagai pengganti kepada peranan yang dimainkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia dan RTM yang mana buat masa ini kita tidak ada. Supaya ia boleh menyampaikan segala perancangan dan aktiviti kerajaan negeri kepada rakyat.

Apa harapan YB kepada bloggers sebagai penyampai media baru

Kami berharap sangat kerjasama para blogger dan pengamal media memberikan idea kepada kerajaan negeri. Bloggers memang penting dan saya tidak menafikan ini. Saya berharap agar kita dapat mengolah satu hubungan kerjasama yang lebih erat.

YB mungkin ada maklumat bahawa bloggers Perak telah mengadakan mesyuarat pada 19 haribulan yang lalu di bawah seliaan ADUN Titi Serong YB Idham Lim ?

Ya saya mendapat tahu tentang perkara itu dan saya berharap kita akan mengadakan seumpamanya di Kedah.

Terima kasih YB.

Terimakasih.

Apa hal CUEPACS cari nahas


Ramai yang tidak setuju CUEPACS terlibat sama dalam pakatan 76 NGO seperti di atas.

Senarai penuh NGO berkenaan juga tidak disiarkan.

Apa hal CUEPACS cari nahas ?

Ada orang kata dimana ada Ibrahim Ali di situ ada was-was, dan dimana ada was-was di situ pasti ada Ibrahim Ali. Betulkah ?

Ada juga orang kata, dimana UMNO dipijak dan kelihatan hilang kuasa, langsung tidak sama dengan ungkapan "Melayu dan Islam dipijak dan kelihatan hilang kuasa".

Saturday, February 27, 2010

Syabas UMNO, PAS Kedah dok tidoq lagi


Sebelum susah payah mendapat kerajaan, terlalu banyak idea PAS.

Pulau Pinang sudah lama adakan wi-fi dikebanyakkan tempat di negeri itu. Guan Eng dibanding dengan Azizan Razak, jauh bezanya.

Ada orang kata jika Hadi Awang di Terengganu dulu, 'seroma' Abdullah Badawi, maka Azizan Razak adalah seroma tetapi di Kedah.

Jika ada tingkat empat di Putra Jaya, ada pula tingkat dua di Wisma Darul Aman. Bezanya, budak-budak tingkat empat tu hyperactive, budak-budak tingkat dua ni 'mengeser'.

Patutlah ada yang habaq, nak jumpa Azizan pun, terketak-ketak macam nak tercabut kepala lutut.

Ni bukan zaman Hitler la..

Maka tak heranlah apabila Shahanim mahu Puteri terjaui blog dan Bashah sudah adakan wi-fi di Bahagian Alor Setar.

MB, Exco dan budak-budak tingkat dua dok ...


Terima Kasih Pakatan Rakyat-Penang dah mula dpt WiFi free!
Blogger Kedah bila nak berjumpa
Shahanim mahu Puteri menerajui blog
Sampai Bila Pimpinan PAS Nak Memusuhi Blogger?

Mahathir dikata tahu pembunuh Altantunya

Isu Altantunya Shaaribu bukan sahaja mengekori kemana sahaja Najib Tun Razak dan Rosmah Mansur berada, malah polis dan badan kehakiman satu Malaysia pun sudah menjadi bahan ketawa masyarakat dunia kerananya.

Rata-rata rakyat Malaysia termasuk di kampung-kampung dan di bandar-bandar sudah tidak meletakkan harapan kepada Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk apa-apa tindakan dalam kes ini.

Beberapa orang penduduk di Jerlun dan Kubang Pasu yang ditemui berkata, mereka yakin sudah tentu mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed tahu siapa sebenarnya yang terlibat dalam pembunuhan wanita Mongolia itu.

Ini berdasarkan (pengetahuannya) tentang kes dalam kelambu Anwar Ibrahim pun Mahathir tahu cerita, takkanlah samada Najib terlibat atau tidak, beliau tak tahu tanya orang kuat Johari Baharom di Megat Dewa.

Kata mereka, rakyat Malaysia akan berterima kasih banyak-banyak kepada Tun jika beliau boleh mendedahkan samada penglibatan pemimpin tertinggi negara seperti yang dihebohkan satu dunia ini, betul atau sebaliknya.

Ramai yang berpendapat, jika tahu, sudah sampai masanya Tun Dr Mahathir Mohamed meluahkan apa yang terpendam demi kebaikan agama, bangsa dan negara.

"Malu kita dan UMNO dibuat isu ini. Di mana-mana pun orang bercakap mengenai integriti dan ketelusan" kata penyokong kuat Mukhriz Mahathir.

Jika terjadi apa-apa kepada Najib, bukankah Muhyiddin sedang menanti untuk menerajui UMNO, Barisan Nasional dan sebagai Perdana Menteri.

"Patah tumbuh, hilang berganti. Tangkap Najib, Muhyiddin sedia ganti".

Friday, February 26, 2010

Terima kasih TNB Alor Setar

Ibubapa yang merayu baru-baru ini agar TNB mempertimbangkan cadangan mereka - merakamkan ucapan terima kasih kepada TNB Alor Setar kerana sudah ada perubahan pada lampu jalan.

Zamri Mahathir menelefon memberitahu mereka berasa lega dengan tindakan TNB itu.

Thursday, February 25, 2010

Ekonomi pulih, CUEPACS kena tipu ?


Ekonomi sudah pulih. Bukan saya yang cakap. Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia yang keenam meuar-uarkan begitu.

Samada dia bercakap benar atau samada CUEPACS kena tipu.


Seorang ketua UMNO dapat satu projek beratus juta. Untung berjuta-juta.

Mereka makan isi, masyarakat biasa dan penjawat awam menjilat tulang.

  • Baca jika rajin : CUEPACS mengamuk kah apa di bawah ni?

CUEPACS saran jangan buat OT, baik buat kerja sendiri jika tidak dibayar

Jika Lutfi pun boleh dibiarkan keseorangan


Apabila orang macam Ahmad Lutfi Othman pun terabai dari segi pengurusan kesihatannya, apatah lagi jaminan ahli-ahli PAS atau Pakatan Rakyat yang 'cokea' di kampung-kampung.

Dalam menerajui Harakah sebagai Ketua Pengarangnya, peranannya bukanlah kecil anak.

Melibatkan dasar parti dan negara, memperjuangkan kehendak dan inspirasi ahli-ahli parti politik yang meletakkan harapan dan tanggungjawab ke bahunya demi merealisasikan cita-cita itu.

Terdedah pula pada pelbagai risiko dan ancaman akta-akta dracula di Malaysia.

Engiogram yang dilakukan memerlukan pemasangan stent di saluran darah jantung Lutfi yang memakan perbelanjaan yang agak tinggi.

Saya hairan apa jadi dengan peruntukan tabung negara bagi penyakit kronik. Difahamkan, jika adapun pembiayaan, dipaksa menjalani prosedur di hospital-hospital kerajaan yang memakan masa terlalu panjang dan tidak salah dinyatakan, pesakit akhirnya menjadi mangsa hospital-hospital itu. Meninggal dunia dan kuranglah satu kes dalam senarai menunggu.

Bagi kerajaan Pakatan Rakyat, berapakah sumbangan yang telah dibuat untuk kos rawatan ini. Kerajaan Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah - mungkin kah mereka menderma dalam senyap?

Apa yang pasti, Husam Musa Exco Kelantan ada menghulurkan peruntukan dari tabung Kijangnya.

Malang, seorang ketua pengarang akhbar seperti Lutfi, yang memainkan peranan yang sangat besar bukan sahaja untuk PAS tetapi juga untuk Pakatan Rakyat, dibiarkan tergedik-gedik menguruskan cubaan yang menimpanya.

Usaha kerajaan-kerajaan ini menghayati soal kebajikan satu negeri dipuji tetapi didapati masih tidak meluas jika dilihat apa terjadi dalam kes seperti ini ?

Wednesday, February 24, 2010

Exco Kedah mungkin baru, MBnya macamana ?

Depa dok tanya exco saja muka barukah. Takdak ka ura-ura dapat MB baru ?

Azizan Razak belum sedia meletakkan jawatan. Banyak yang perlu dilakukan. Kata Shafie Apdal, Azizan buat masa ini mewarisi apa yang ditinggalkan oleh Barisan Nasional.

Agaknya, tidak seperti Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Guan Eng anak jantan. Boleh buktikan serta-merta dengan faktanya sekali apa yang telah kerajaannya lakukan.

Di Kedah, hubungan adik beradik diantara PAS dan UMNO menyukarkan Azizan meluahkan perasaan terpendamnya. 'Diluah mati mak bapa, ditelanpun mati tok nenek'.

Sebelum pilihanraya kedua belas, pelbagai isu dibangkitkan tentang kelemahan Barisan Nasional, UMNO dan Mahadzir Khalid.

Kini semua itu telah diserap biarpun dahulu ianya 'racun paling bahaya'.

Exco Kedah Mungkin Dibarisi Muka Baru

ALOR SETAR, 24 Feb (Bernama) -- Beberapa anggota Exco Kerajaan Negeri Kedah, mungkin digugurkan setelah dua tahun memegang jawatan berkenaan bagi memberi peluang kepada muka baru untuk menggalas tugas terbabit.

"Saya akan tengok kesesuaian untuk mencari yang terbaik, nak bagi orang lain pula cuba kemahiran masing-masing, tapi saya akan maklumkan kepada Tuanku Sultan terlebih dahulu," katanya Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak kepada pemberita di sini Rabu.

Beliau berkata istiadat mengangkat sumpah memegang jawatan dijangka diadakan minggu depan dan akan turut melibatkan beberapa perubahan daripada segi portfolio setiap anggota exco.

Mengenai kuota pelantikan exco, Azizan berkata ia mungkin dikekalkan iaitu tujuh daripada Pas dan selebihnya daripada Parti Keadilan Rakyat.- BERNAMA

Tuesday, February 23, 2010

Blogger Kedah bila nak berjumpa

Blogger Perak berjaya mengadakan perjumpaan di Parit Buntar Perak pada 19 Februari 2010 yang lalu.

Bagaimana pula dengan blogger di Kedah.

Kelmarin saya sempat bercakap dengan Setiauasaha Akhbar YAB Menteri Besar Kedah, saudara Helmi Khaled berkaitan hal ini dan mencadangkan agar beliau dapat mengusahakan pertemuan ini jika tidak keberatan.

Exco Penerangan Kedah, YB Dr Hj Hamdan Mohamed Khalib mungkin boleh menjadi pengerusi dan mengaturkan agenda majlis.

Pada hemat saya, Dato' Hj Mahfuz Omar, orang lama dalam penerangan peringkat kebangsaan boleh menjadi penasihat.

Selepas pertemuan pertama dan pelantikan jawatankuasa yang sepatutnya, jemputan boleh dibuat kepada wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat yang menjadi blogger di Kedah dan saudara kita di Perlis.

Mungkin juga selepas itu Saudara Lutfi Othman dan Zulkifli Sulong boleh diminta pandangan atau untuk membentangkan input.

Selagi banyak bahan-bahan tempatan di Kedah boleh digunakan, komuniti blogger tidak seharusnya berdiam diri.

Kerajaan negeri perlu memainkan peranan kerana selama inipun kelihatan blogger bergerak tanpa bantuan apatah lagi pengiktirafan Kerajaan Negeri.

Jangan apabila sudah terantuk baru tergadah.

Monday, February 22, 2010

Hello Ezam, Raja Petra buhong la..


[Mai dari Utagha]
Hello Ezam ! Hello Annuar Shaari !

Hello, hello, hello !!!

Mana pi depa dua ni. Bukan apa, nak confirm sat berita Raja Petra tuleh tu. RPK kata, di atas nama kempen bebaskan Anwar Ibrahim, hampa 'sapu' duit berjuta-juta dari Soros. Soros yang mula-mula Mahathir gelar dia sebagai penyangak mata wang tu..

Ezam...macam tak caya ja

Bukan, tak pecaya kat hang Ezam. Tak percaya kat RPK.

Hang memang hebat Zam. Satu Malaysia kata lagu tu.. Lebih-lebih lagi parti baru hang UMNO tu. Depa pecaya hang ataih bawah. Kalau bulih, nak bagi hang jawatan Naib Presiden UMNO. Ganti Zahid Hamidi.

Mau ka ?

Sunday, February 21, 2010

Apa kata Sultan Kelantan ?

Kata putus Sultan Kelantan dalam hal ini

Hina mahkamah: Isteri kedua Sultan Kelantan saman Sultanah

KOTA BARU, Feb 21 — Elia Suhana Ahmad, isteri kedua Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra memfailkan saman menghina mahkamah ke atas Sultanah Kelantan kerana ingkar mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Syariah membenarkan beliau menziarahi baginda di hospital di Singapura.

Sultan Kelantan telah berkahwin dengan Elia Suhana pada 31 Dis 2007.

Pada akhir Disember lalu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan juga telah mengesahkan Sultan Kelantan telah berkahwin dengan Elia Suhana.

Elia Suhana pernah dilaporkan telah mengunjungi baginda beberapa kali tahun lalu. Baginda menjalani rawatan di Singapura sejak pertengahan tahun 2009.

Saturday, February 20, 2010

UMNO kata rosak anak Penang kerana menantu

Isu Melayu Pulau Pinang tiba-tiba membuatkan ketua-ketua UMNO baik lelaki atau wanitanya menjadi ghairah untuk membangkitkannya.


Masing-masing cuba menobatkan diri sebagai juara tetapi dari luar gelanggang.

Gerakan, MCA, MIC dan parti komponen lain dalam Barisan Nasional kelihatan tidak berminat pun dengan agenda ini.

Pada hemat saya, Lim Guan Eng betul-betul jantan baik dihadapan atau dibelakang Koh Tsu Koon, Azhar atau UMNO dan BN sendiri.

Siap dengan statistik beliau buktikan jumlah wang dan penerima tender projek di 'Penang' sejak kerajaan Pakatan Rakyat memerintah. Lebih 40 kontraktor Melayu yang mendapat tender dan bakinya bukan Melayu. Keseluruhan projek berjumlah melebihi RM60 juta.

Bukan itu sahaja, belanjawan berkaitan aktiviti Islam ditambah dari RM12 juta semasa BN kepada RM21.5 juta sekarang.

Dasar Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang dilaksanakan Guan Eng bukan sahaja mendapat kepujian Ketua Audit Negara, malah disokong rakyat pelbagai kaum.

Kerajaannya berjaya membawa 151 projek pelaburan dengan jumlah RM10.156 bilion, 22,215 pekerjaan dapat diwujudkan, sektor infrastruktur dan kemudahan awam dipertingkatkan, projek pembesaran Empangan Mengkuang, menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, program kualiti alam sekitar diutamakan, pertemuan dengan rakyat dan cuba menyelesaikan masalah mereka.

Apa yang lebih utama ialah beliau tidak sombong seperti sombongnya Azhar, Helmi, Mahdzir Khalid dan juak-juak mereka.

Idola pentadbirannya ialah Khalifah Umar Abdul Aziz. Nah, apa lagi?

UMNO - pentadbiran Islam tidak, demokrasi pun haus.

Setakat ini, perangkaan menunjukkan roboh kedai dan roboh gerai di zaman Barisan Nasional di 'Penang' terlalu banyak berbanding di bawah pentadbiran Guang Eng.

Dalam ceramah-seramahnya, Mohamad Sabu sudah lama menyanyikan lagu boria Pulau Pinang yang membawa intipati pembangunan tetapi malangnya kata Mat Sabu, Melayu Pulau Pinang sudah lama dihanyutkan ke Sungai Petani, Kulim, Karangan, Baling, Lunas, Keroh dan sebagainya.


UMNO seperti tidak mahu percaya bahawa ia punahkan kepercayaan dan harapan bangsanya di Pulau Pinang ketika amanah disandarkan kepada mereka. Ketika mereka masih berada dalam gelanggang politik. Ketika mereka melamun mabuk kuasa. Ketika mereka berlumba-lumba memenuhkan kantong dan tembolok kaum kerabat.

Dr Mahathir Mohamed sendiri pernah membangkitkan perkara ini ketika lawatannya ke Pulau Pinang.


Kini UMNO berkata, rosak anaknya di Penang kerana menantu. Tak mahu mengaku juga bahawa mereka salah didik.

Tidak mengapa, biar merangkak jangan menjalar ! Biar rosak sedikit dari jahanam semua.

Friday, February 19, 2010

SPRM dituduh minta rasuah RM250,000.00

Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang beribupejabat di Tingkat 14 Plaza Masalam Shah Alam didakwa di mahkamah hari ini di atas tuduhan meminta suapan.

"Berantu" ka apa plaza ni ?

Di plaza ni lah Teoh Beng Hock masuk ikut pintu tapi keluar kot mana, tak tau lagi setakat ni.

Cuba bawa pula Nor Mohamed Yakcop dan Setiausaha Politiknya yang ada duit tunai RM2 juta tu bagi tujuan siasatan ke plaza ni.

Takpa. Pulau Pinang sewa sat plaza ni dari Selangor.

Hampa buleh tengokla, Nor Mohamed berak kapok ka atau berak RM30juta yang Ezam lapor, berak ECM Libra atau berak pertukaran mata wang asing.

Depa kata berantu. Cengkam sampai ke usus.

Oh Ibu...

Sudah 17 tahun ibu meninggalkan kami ...

Thursday, February 18, 2010

Kalimullah Perlu Memberi Penjelasan Mengenai Malaysian Insider - JMM

Siapa di belakang tabir The Malaysian Insider

Dari : Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendesak Ahli Perniagaan, Datuk Seri Kalimullah Hassan tampil menjawab tuduhan yang dibuat dalam sebuah blog terhadapnya.

Yang Dipertua JMM, Azwandin Hamzah berkata, pihaknya melihat terdapat satu artikel blog yang ditulis dalam Gerakan Anti Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertajuk ‘Kalimullah Pembohong Harus Disiasat’.

Menurutnya, dalam artikel berkenaan penulis mendakwa Kalimullah menjadikan portal berita Malaysian Insider sebagai platform dan alat serangan bertubi-tubi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Islam serta bangsa Melayu.

Beliau berkata, penulis blog itu juga mendakwa Kalimullah pernah mendapat kontrak kerajaan bernilai RM900 juta melalui syarikat proksinya.

“JMM memandang serius dakwaan ini kerana melibatkan keselamatan dan perpaduan dalam negara serta memohon dakwaan ini disiasat terperinci.

“Beliau (Kalimullah) dikatakan menjadi penaja kepada Malaysian Insider dan sehingga sekarang kita lihat beliau mendiamkan diri serta tidak memberikan sebarang respons kepada tuduhan-tuduhan ini.

“Beliau wajib menjawab tuduhan yang dikemukakan oleh penulis blog itu, sekiranya semua dakwaan ini tidak benar, beliau harus menyaman: penulis blog terbabit,” katanya kepada pemberita pada sidang media yang diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat di Bukit Antarabangsa, di sini, semalam.

Azwandin berkata, JMM menghantar surat kepada Kalimullah bagi mendapatkan penjelasan mengenai dakwaan-dakwaan terbabit tetapi tiada maklum balas diterima.

“Saya tidak menuduh, tetapi sepatutnya beliau perlu bertindak jika perkara ini tidak betul, kalau perlu jawab, beliau jawab, kenapa tidak jawab,” katanya.
(Foto Malaysia Instinct)

Wednesday, February 17, 2010

Jalan utama di Alor Setar gelap pada waktu pagi

Ibubapa merayu pada TNB Alor Setar

Masyarakat terutama sekali ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah di sepanjang Jalan Sultanah dan Jalan Tun Razak di Alor Setar merayu kepada Tenaga Nasional Berhad agar mematikan lampu jalan pada waktu pagi sekitar jam 7.30.

"Bukan untuk selamanya. La cuaca pagi agak lambat cerah. Jam 7.00 pagi masih kelam (gelap). Budak-budak dok lintas jalan. Bahaya" kata Sharif Abdul.

"Kalau boleh minta TNB matikan lampu jam 7.30 pagi. Bila cuaca dah macam dulu, depa bolehlah balik semula ke jam 7.00 pagi" katanya lagi.

Beberapa sekolah terletak disepanjang dua jalan ini iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Omar, Sekolah Sultanah Bahiyah, Sekolah Kebangsaan Taman Rakyat dan Sekolah Taman Uda.

"Pemandu agak laju mengejar waktu kerja. Adakalanya dalam gelap macam tu tak nampak orang melintas" kata Zamri Mahathir bapa seorang pelajar.

"Diharap sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku, agensi-agensi berkenaan dapat mengambil tindakan awal membantu anak-anak kita" tegas Zamri.

Depa kaya sungguh, hampa lagu mana


Depa kaya sungguh.

Hampa lagu mana ?

Depa ada yang kaya masa dok dalam perut mak depa. Ada yang keluaq-keluaq dah kaya. Ada yang bila besaq, baru jadi jutawan. Tapi, yang tak buleh lari ialah bila mak bapa depa jadi ahli politik UMNO, MIC, Gerakan, MCA dan parti komponen Barisan Nasional, ramai dari depa dan kroni depa pun jadi kaya raya.

Hampa di kampung yang dok pangkah depa ada apa ?

Rokok sekotak, gula sekilo, batik sehelai, lawatan Cik Kiah ke Medan, tidur di hotel satu bilik dua belaih oghang, dan pi tengok Putrajaya.

Satu lagi, hampa mengaji tak cerdik. Bagi pink-form pun hampa tak kenai. Bukan salah ibu mengandung.

Kesian. Elektrik masih takdak, ayaq takdak, jalan berlubang sana-sini, harga barang naik, elektrik naik, tambang pengangkutan awam naik, yuran sekolah dok kena kelentong dengan menteri, nak kebumi mayat pun harga naik, tol lebuhraya kena kapak dan macam-macam cukai lagi yang hampa kena bayaq.

Hampa pi tanya Rosmah sat. Berapa harga sekilo bawang, harga susu, beras, cabai, tambang bas sekolah dan sebagainya ?

Mampuih tak buleh jawab.

Aci buat kuiz di TV. Pangge bini-bini menteri jadi ahli. Tanya soalan secara langsung harga barang-barang.

Hampa menang. Sahih punya !

Aku takpa. Aku takmau campok titik peluh menteri. Tagha duit tunai RM2 juta aku pun ada. Dulu aku isi red-form.

Cuma kesian kat hampa saja. Nak buka jalan motivasi.

Jadi, hampa dok kalut tertanya-tanya nak kena buat lagu mana.

Lagu ni lah. Pakat-pakat pi pangkah depa lagi. Kalau bulih tiap-tiap hari sekali - lagi bagoih. Bukanka ?

Tuesday, February 16, 2010

Bro Anwar, pilihlah saya kali ini

Anwar akui salah pilih calon.

Parti Anwar Ibrahim cukup banyak masalah.

Apa kata ?

"Brother Anwar, pilihlah saya kali ini. Saya yang terbaik. Ana boleh diterima. Ana banyak fulus. Ana tak mahu wang, ana mahu sikit projek saja" - semua mahu dicalonkan.

Pemilihan calon dalam pilihanraya ketiga belas nanti diharap jangan ditangkap muat atau memilih calon bidan terjun lagi.

Rakyat sudah diperbodohkan oleh beberapa kerat wakil PKR dalam tempoh singkat ini.

Jika tidak, tunggulah penghakiman mereka (rakyat).

Monday, February 15, 2010

Raja Petra : Disebalik kisah menjadi mufti

Cerita mufti yang ditulis oleh RPK.

Raja Petra Kamarudin

A friend of mine, the son of a renowned Mufti of Perak of some time back, told me this story.

There was this man who had four sons. The first son became a doctor, the second one a lawyer, and the third one an engineer. The fourth son, however, was not that clever. So the father sent him to do religious studies. And this son who took up religious studies later became a Mufti. And that is why we do not get the best brains as Muftis, summed up my friend.

Well, that is what my friend, Jad, a staunch Umno man and opposition hater, son of a renowned Perak Mufti, told me. It is his joke, not mine. I am merely repeating what he told me.

But not all who go on to become Muftis are school dropouts and failures. Some, like the ex-Perlis Mufti, has a doctorate to his name. And he, as you may already know, is amongst the most progressive and liberal Muftis Malaysia has ever known. Even the non-Muslims feel comfortable with his views. And he is probably the only Mufti that I know who runs his own Blog (http://drmaza.com/) and writes in both English and Bahasa Malaysia. He would probably write in Arabic as well if there are enough Arabic proficient readers in Malaysia.

Dakwa dan penjarakan Nor Mohamed Yakcop

Menteri-menteri di Malaysia kaya raya. Baik menteri kiri atau menteri kanannya dikatakan ada banyak duit.

Setiausaha Politik menteri kanan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah di Butterworth. Bersamanya ada wang tunai RM2 juta.

Nor Mohamed Yakcop apa khabar ? Ezam Md Noor beria-ia melaporkan tentang rasuah yang melibatkan menteri ini satu ketika dahulu tetapi tiada apa-apa tindakan pun yang kedengaran diambil.

Bukankah pernah ada dakwaan bahawa syarikat kecil ECM Libra milik kawan Nor Mohamed ini - Kalimullah Hassan, menelan syarikat kerajaan yang lebih besar ?

Itupun tidak ada apa-apa siasatan yang dijalankan.

Parlimen Tasek Gelugor di Pulau Pinang mempunyai wakil rakyat yang hebat. Sehebat Dr Mahathir yang melantiknya sebagai Penasihat Kewangan satu ketika dahulu.

Kita bimbang trend pegawai bawahan sahaja yang kerap ditangkap. Menterinya bagaimana ?

Bicarakan saja dia dan kawan-kawannya dan jika didapati bersalah, humban mereka ke penjara.

Makhluk jenis ini bukan sesuai menjadi wakil manusia. Satu demi satu watak kapista mereka terserlah.

Hilang bini boleh dicari, hilang budi badan celaka.

SUP Nor Mohamed Yakcop letak jawatan - Kemaskini 7.50pm 15 Feb 2010

Sunday, February 14, 2010

Muhyiddin tidak percaya individu pemimpin PAS

Bercakap, bercakap dan bercakap, lantaran itu UMNO dan BN sudah kurang dipercayai oleh rakyat kerana banyak yang dicakapkan tidak dilaksanakan.

PAS dan parti pembangkang lain pun mengambil kesempatan menghebohkan ketidakpercayaan mereka kepada parti 'anak kecil main api' itu.

Kini giliran Muhyiddin pula tak percaya pada indiividu dalam kepimpinan PAS yang mahu membincangkan isu berkaitan dengan Islam kecuali jika cadangan seperti itu datang dari Majlis Syura.

Abd Hadi Awang, Nik Aziz Nik Mat, Nasha, Cik Gu Pa dan lain-lain sekejap mahu, sekejap tak mahu, sekejap perpaduang sekejap celaka dan lama-lama masyarakat Malaysia akan berkata, depa sama sahaja seperti kelihatan samanya corak pentadbiran dan adik beradiknya UMNO dan PAS di bawah kepimpinan Azizan Abd Razak di Kedah.

Saturday, February 13, 2010

Gong Xi Fa Cai

[Ihsan Laman web SPA]

Perlukah pembuang bayi dilindungi ?

Masalah pembuangan bayi samada di kalangan remaja atau orang dewasa bukanlah sesuatu yang perlu disimpatikan.

Sesetengan Menteri, Kementerian dan NGO berpandangan bahawa golongan yang membuang atau memusnahkan bayi adalah mereka yang memerlukan perhatian.

“Perhatian” ini diandai dan disinonimkan pula oleh mereka sebagai ‘masih ada yang menyanyang”.

Bagi saya ianya satu andaian atau kiasan yang tidak masuk akal kerana beberapa faktor berikut:

1. Termengandungnya pembuang bayi adalah kerana hasil kerja samada sukarela atau dipaksa. Kajian menunjukkan majoritinya di atas dasar suka sama suka.

2. Pasangan lelaki yang melakukan kerja terkutuk ini sering terlepas kerana pendakwaan tidak dapat dilakukan di atas pelbagai alasan.

3. Jika adapun pengakuan dari pihak wanita atau gadis, Polis dan Jabatan Agama Islam tidak memainkan peranan mendakwa berlakunya persetubuhan secara haram.

4. Olehkerana pembuang bayi ibarat kera dihutan disusukan dengan diberikan bantuan kewangan, perlindungan, geran perniagaan, kaunseling dsb, mereka menganggap pekerjaan ‘termengandung’ itu sebagai satu kemuliaan.

5. Mufti dan ulama yang berlesen membisu dalam kejadian seperti ini. Adakah membantu kes suka sama suka ini tanpa hukuman setimpal dikira sebagai membantu atau tindakan subhah ?

6. Saya tidak nafikan sebagai manusia kita perlu membantu. Tetapi selepas membantu menyelamatkan kes dan bayi, kenapa kes tidak dirujuk kepada agensi berkenaan untuk diambil tindakan mengikut undang-undang yang ada – bersetubuh secara haram, merogol dan sebagainya ?

7. Hasilnya banyak kes yang berulang. Mereka percaya semua agensi yang ada hanya membantu melindungi pekerjaan mereka tanpa sebarang hukuman dikenakan.

8. Pada hemat saya, pelaku persetubuhan samada yang lelaki atau yang perempuan bukanlah mangsa kecuali dilakukan secara paksa. Kes paksaan dikategorikan sebagai kes rogol. Mangsa rogol wajib diselamatkan, diberi perlindungan dan dikaunselingkan.

9. Jika kes suka sama suka seperti yang sedang berlaku sekarang dibiarkan dan disokong, maka tunggu dan lihatlah, beribu lagi kes baru akan muncul sambil tersenyum.

10. Statistik secara rambang :

“ .. Pada tahun 2004 hingga 2006 mencatatkan 145 bayi iaitu 56 bayi lelaki dan 89 bayi perempuan diserahkan kepada JKM dalam keadaan yang masih hidup dan sihat. Tetapi jumlah itu berbeza dengan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mencatatkan 176 kes bayi terbuang dalam tempoh sama, kerana jumlah bayi dicatatkan polis termasuk bayi dijumpai mati”

11. Ini tidak termasuk yang diserahkan melalui pintu belakang termasuk oleh kakitangan hospital atau pelegar awam yang sering menjadi orang tengah seperti yang berlaku di beberapa hospital baru-baru ini.

12. Bacalah apa yang diceritakan oleh seorang gadis yang pernah mengandung (tanpa nikah):

“Kawan lelaki saya membawa saya menaiki motosikal ke rumahnya. Ibu dan bapa dia ada di rumah ketika itu. Saya berjumpa dengan mereka. Saya bermalam disalah sebuah bilik di rumah teman saya itu. Empat kali dia lakukan. Pada mulanya sakit. Dia tak pakai kondom. Tetapi saya tak kisah selepas itu. Esok pagi dia hantar saya balik. Lepas itu kami melakukan lagi beberapa kali termasuk di rumah kawan. Sekarang saya mengandung tujuh bulan. Dia tak mahu saya. Sudah ada perempuan lain”.

Mangsakah gadis ini ? Melakukan persetubuhan secara gembira dan sukarela dengan pengetahuan bakal ibu dan bapa mertuanya ?

13. Biasanya yang diselamatkan adalah mangsa. Bukan yang secara sukarela. Sisukarelawan yang bersetubuh tanpa ikatan yang sah adalah pencacai agama dan peruntuh moral bangsanya. Mereka perlu dihukum.

14. Seperti yang pernah saya tuliskan sebelum ini, agensi kerajaan atau badan NGO wajib membantu menyelesaikan kemelut ini. Gadis dan wanita hendaklah diberi perlindungan sehingga lahirnya bayi. Jika susah, bapa bayi perlu dicari melalui kaedah DNA. Selepas itu dakwa mereka berdua di atas kesalahan yang dilakukan. Sesiapa sahaja yang memberikan ruang tempat berlakunya perkara keji itu tidak sepatutnya terlepas dari hukuman.

15. Barat dan timur mempunyai nilai kemanusiaan yang berbeza. Seorang kawan yang pernah belajar di Amerika memberitahu bagaimana ia melihat adegan persetubuhan dilakukan di bawah tangga bilik kuliahnya. Mampukah kita menerima slot seperti itu di sini dengan alasan “masih ada yang sayang”.

16.Cadangan memberikan insentif oleh Menteri atau Kementerian tertentu kepada kes seperti ini bukan sahaja penggalak kepada seks luar nikah dan mewujudkan kilang melahirkan manusia, malah nun di hujung sana sudah menampakkan keruntuhan nilai-nilai peradaban dan tamadun bangsa.

Apa kata para mufti dan ulama berlesen ?