Friday, January 29, 2010

Hasan vs Khalid :Keputusan JK Disiplin PAS hebat

Jika Tuan Ibrahim Tuan Man betul-betul bertindak sebagai hakim atau ketua hakim negara bagi "sebuah negara", sudah tentu pengkritik-pengkritik keputusannya akan dituduh menghina 'mahkamah langit'.

Kini, PAS baru pegang dua buah negeri iaitu Kelantan dan Kedah.

Tindakan dan keputusan-keputusan mereka sangat-sangat mencelarukan ahli-ahli parti apatah lagi penyokong-penyokongnya.

Belum lagi memerintah satu negara. Hebat !


Kelantan tidak berhak dpt royalti minyak


Difahamkan puluhan ribu rakyat Kelantan berada di Stadium Kelantan bersama Tengku Razaleigh Hamzah malam tadi untuk mendengar sendiri tentang hak royalti minyak seperti yang termaktub sebagai falsafah sebenar undang-undang petroleum negara.


Bagi saya, rakyat Kelantan ditegah dan tidak berhak mendapat royalti minyak selagi Mustapa Mohamed dan Awang Adek masih memainkan peranan duri dalam daging dengan mewakili kerajaan persekutuan dan hanya mementingkan tembolok sendiri.

Salah satu dari usaha rakyat Kelantan untuk mendapat hak-hak mereka ialah dengan cara 'menendang' keluar mereka berdua dari peta politik Kelantan.

Apa lagi ?
(Foto:Malaysia Wave)

Baca jika rajin :
Kelantan makan Kelantan
Awang Adek dan UMNO Kelantan bak penyengat

Wednesday, January 27, 2010

Isu Aduka : Lidah Rais Yatim ada dua macam

Dalam dua hari dua macam Rais bercakap soal blogger Aduka Taruna.


Kelmarin Rais berkata, blogger berkenaan yang sudah memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan menarik balik 'posting'nya yang menjadi isu sekarang ini tidak akan didakwa.

Hari ini Rais bercakap macam lain pula - Aduka perlu memohon maaf dihadapan Hakim dan boleh memohon maaf secara formal kepada keluarga Diraja Johor.

Bukankah Rais ini juga pernah membakar jambatan ketika melompat dan berada dalam Parti Semangat 46 dan berjanji tidak akan berpatah balik.

Entah cara apa yang dia gunakan untuk menyeberang kembali ke dalam UMNO.

Masa itupun lidahnya sudah bercakap dua macam.

Orang yang kenal Rais berkata, "biasalah. Itulah Rais ! "

Tuesday, January 26, 2010

Gambar kedai capati bapa Kalimullah

Gambar kedai capati bapa Kalimullah.

Bukan semua bangunan kembar ini.

Cuma yang berwarna kuning, sebelah bawah dan ruang hadapan sahaja.

Bermakna 1/8 dari bangunan yang kelihatan.

Dahulu berwarna lain. Sekarang inilah rupanya. Tetapi orang lain yang berniaga dan bukan lagi capati.


Monday, January 25, 2010

Zulkifli Noordin di luar kawalan Anwar Ibrahim ?

Dari blog Pak Bakaq aka Penarik Beca :

Dalam berita bertajuk "Zulkifli buat aduan polis terhadap Khalid Samad", Utusan Malaysia hari ini melaporkan:

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin hari ini membuat laporan polis mendakwa Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad terus mengeluarkan kenyataan memperlekeh dan menghina agama Islam.
Akhbar itu juga melaporkan:
Zulkifli menyifatkan kenyataan Khalid dalam artikel itu sebagai berunsur hasutan dan menghina Sultan Selangor dan Dewan Undangan Negeri itu serta menghina umat Islam secara umumnya.
Saya sendiri tidak bersetuju apabila Haji Khalid Abdul Samad macam hyperactive sangat memberikan endorsement kepada puak-puak yang tebiang sangat nak guna kalimah Allah tu. Tetapi bagi saya, celaka sungguh kalau ada mana-mana Mamat kurang ajaq yang mendakwa Khalid "mengeluarkan kenyataan memperlekeh dan menghina agama Islam".

Celaka juga mana-mana Mamat yang mendakwa Khalid "menghina umat Islam". Ah, setakat celaka pun tak padan (teringat pula kecaman seorang pemimpin PAS malam tadi terhadap Pemuda PAS Selangor khususnya yang buat perangai lembu kenyang bila setan-setan memijak-mijak gambar Khalid, salah seorang Ahli Jawatankuasa Politik PAS serta Yang Dipertua PAS Shah Alam).

Di Kedah, depa kata Zul berada di luar kawalan (beyond control) Anwar Ibrahim. Namun ada yang berpendapat, biarkan dia dengan hak demokrasinya.

Walaupun melanggar peraturan jamaah ?

Sunday, January 24, 2010

Kedai capati bapa Kalimullah Hassan


Saya tidak pasti kenapa sejak beberapa hari yang lalu beberapa orang pembaca alkerohi termasuk beberapa orang blogger e-mel bertanyakan saya tentang Kalimullah Hassan.

Mereka mahukan maklumat tertentu termasuk latarbelakang orang kuat media zaman Abdullah Ahmad ini.

Saya agak ekoran isu Raja Petra tinggal di rumah isterinya di London. Mungkin ?

Saya nak katakan begini - saya sebenarnya kurang maklumat tentang orang yang pernah menerima kritikan pedas Tun Dr Mahathir Mohamed satu ketika dahulu.

Cuma, untuk tidak menghampakan permintaan mereka, saya akan cuba mendapat dan menyiarkan gambar bekas kedai capati bapanya satu masa lalu sekitar awal 80-an.

InsyaAllah jika tiada halangan, dalam seminggu ini.

Selepas itu, saudara-saudari yang bertanya bolehlah membuat kesimpulan tentang empayar perniagaannya yang dikatakan bertaraf global sejak awal lagi.

Saturday, January 23, 2010

Levi pembantu rumah untuk keluarga pesakit

Pada tahun 2008 sahaja jumlah levi yang dikutip kerajaan daripada pekerja asing yang dianggarkan 2.1 juta orang di Malaysia menjangkau RM2.1 bilion. Jumlah levi sebesar itu merupkan hasil untuk kerajaan melalui Jabatan Imigresen.

Pekerja asing ini dibenarkan bekerja dalam sektor-sektor pembuatan, perladangan, pembinaan dan perkhidmatan pembantu rumah.

Menurut sumber Kementerian Dalam Negeri jumlah pembantu rumah sahaja di Malaysia pada dua tahun yang lalu adalah 310, 661 orang dimana dianggarkan 280,000 adalah dari Indonesia.

Apa yang menjadi rungutan beratus majikan yang mengambil pembantu rumah - khas untuk menjaga mereka yang sakit adalah berkaitan levi yang dikenakan berjumlah RM445.00 setahun sama dengan mereka yang memohon di atas sebab bukan kesihatan.

Di banyak negara termasuk seperti di Singapura, levi untuk keluarga yang memohon pembantu rumah di atas alasan untuk menjaga pesakit dikurangkan oleh kerajaan mereka.

Nampaknya Malaysia tidak berminat meniru sistem negara lain yang membawa faedah kepada rakyatnya.

Apa yang dapat dilihat ialah kerajaan Malaysia sedang untung hebat berniaga dengan rakyatnya sendiri tanpa memikir dan menjalankan tugas dan tanggungjawab sosial.

Takkanlah nasib keluarga pesakit yang terpaksa menghabiskan wang dan masa yang banyak, tidak dijenguk oleh pelbagai kementerian di Malaysia.

Sepatutnya rungutan ini diberikan perhatian oleh kementerian berkenaan dan oleh kerajaan demi kesejahteraan rakyatnya.

Kasihan rakyat Malaysia. Kerapkali mereka ditimpa tangga bukan sahaja di saat mereka jatuh.

Friday, January 22, 2010

Kenapa Rumah Orang Tua ? (2)

[Sambungan dari: Kenapa Rumah Orang Tua?]

Di awal penubuhan, kita dapat melihat bagaimana keprihatinan badan-badan kebajikan dan persatuan-persatuan akhlak Cina dan India mengembangkan idea 'kebajikan' sehingga adanya terlalu banyak rumah orang tua.


Pada masa yang sama kerajaan mengambil kira nilai-nilai penyanyang dan bertimbang rasa serta bersikap bertanggungjawab mengendalikan salah satu dari masalah sosial ini dengan pembinaan Rumah Seri Kenangan (rumah perlindungan orang tua).

Mengikut takrifan yang dibuat oleh World Assembly On Ageing pada tahun 1982 di Vienna, wargatua di Malaysia ditakrifkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas.

Namun pada hari ini dapatan kajian menunjukkan majoriti penduduk Malaysia pada tahun 1990 adalah muda. Cuma 6.2% adalah yang menjangkau usia 60-an.

Adalah dijangkakan penduduk berusia 60 tahun ke atas akan mencapai jumlah sekali ganda pada tahun 2020.

Dasar Warga Tua Kebangsaan menggariskan beberapa rukun bagi memastikan keharmonian dan hak warga tua mendapat tempat yang sewajarnya.

Diantara lainnya ialah ;
  • kehormatan dan martabat diri
  • keupayaan berdikari
  • penyertaan, penjagaan dan perlindungan
  • penyelidikan dan pembangunan
  • pekerjaan dan penyertaan dalam masyarakat
  • riadah, pengangkutan, media, perumahan, sistem kesihatan dan keselamatan
Ayat 14 Surah Luqman bermaksud, "kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya".

Jika diawal adanya rumah orang tua, kebanyakkan penghuninya adalah kaum Cina dan India tetapi sejak kebelakangan ini, banyak permohonan daripada orang Melayu dan Islam mula mencurah-curah.

Sesuatu perlu dilakukan oleh Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat dalam menangani isu ini. Adalah dirasakan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan NGO sepatutnya balik semula kepada objektif asal penubuhan rumah perlindungan untuk orang tua.

Banyak faktor asal sudah diabaikan, diantaranya ;
  • Sudah ada penghuni di bawah usia 60 tahun diterima masuk ke rumah orang tua
  • Penghuni yang ada anak ramai dan berkeluarga, juga sudah mudah masuk ke rumah orang tua
  • Mereka yang ada pendapatan dan boleh hidup selesa di luar juga diterima masuk
Pada hemat saya, masalah kesihatan sahaja boleh dipertimbangkan sebagai kelonggaran syarat samada kesihatan penjaga atau orang yang dijaga. Itupun difahamkan sudah ada Rumah Pesakit Melarat bagi golongan pesakit seperti itu.

Sudah sampai masanya, kerajaan perlu fikir semasak-masaknya dan membuat keputusan samada mahu mewujudkan negara kebajikan atau mahu rakyatnya berdikari dalam hal hak kasih sayang dan tanggungjawab terhadap keluarga.

Di Singapura, anak-anak yang menempatkan ibubapa di rumah orang tua diminta membuat bayaran kepada institusi perlindungan berkenaan.

Bagi saya, ini adalah kaedah terbaik yang ada buat masa ini untuk menangani gejala yang semakin menjadi-jadi. Tidak kira samada bayaran dibuat melalui cara sukarela atau paksaan (peraturan atau perintah mahkamah).

Generasi sekarang bukanlah generasi pendatang seperti dahulu. Mana ada orang tua di Malaysia lebih-lebih lagi kaum pribumi yang tidak mempunyai keluarga kecualilah generasi awal orang Cina dan India yang tinggal beberapa kerat sahaja.

Dirasakan faktor tekanan dan persaingan politik telah membuatkan syarat kemasukan ke rumah orang tua sudah "dilonggar-longgarkan".

Jika fenomena ini dibiarkan berterusan, tidak mustahil satu hari nanti, semua warga Malaysia 50 tahun ke atas boleh menjadi ahli Rumah Orang Tua di Malaysia.

CUEPACS : Ketua Jabatan memandai letak syarat

CUEPACS : Ketua Jabatan sengaja wujudkan syarat tambahan

Beberapa jabatan dan agensi kerajaan di peringkat negeri dikesan mengenakan syarat tambahan yang tidak termaktub dalam pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung kenaikan pangkat pegawai sokongan yang berkhidmat lebih 15 tahun sehingga menyebabkan kira-kira 70 peratus daripadanya ketika ini dinafikan hak untuk menikmati kemudahan itu.

Presiden Cuepacs, Omar Osman berkata, syarat tambahan yang dikenakan itu menyebabkan kakitangan perlu melalui pelbagai birokrasi termasuk melalui temuduga serta mengisi terlalu banyak borang bagi membolehkan mereka menikmati skim baru yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 14 Mei dan berkuat kuasa 1 Julai lalu.

Beliau berkata, langkah itu ternyata melanggar syarat ditetapkan JPA menerusi surat pekeliling perkhidmatan yang hanya menetapkan kakitangan berkaitan
-perlu berkhidmat lebih 15 tahun dan
-mencapai sekurang-kurangnya 80 peratus dalam laporan prestasi bagi tempoh tiga tahun lalu.

"Selain itu, kakitangan berkenaan juga dikehendaki lulus tahap tiga Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan tidak disabitkan dengan kesalahan tata tertib iaitu dengan mendapat pelepasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mengisytiharkan harta, memberikan bukti mereka tidak pernah dikenakan tindakan disiplin dan dicadangkan ketua jabatan masing-masing.

"Tindakan ini jelas tidak bertanggung jawab dan menyekat peluang pegawai sokongan menikmati kenaikan pangkat Khas Untuk Penyandang (KUP) berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan JPA," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Perwakilan Pekerja-Pekerja Kerajaan Negeri Kedah kali ke 34 di sini.

Skim KUP yang diumumkan Najib pada Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam Mei lalu itu, bakal memberi manfaat kepada 176,066 pegawai kumpulan sokongan dalam perkhidmatan Persekutuan yang berkhidmat lebih 15 tahun dengan membabitkan kos sebanyak RM170.4 juta.

Sehubungan itu Perdana Menteri dilaporkan berkata, beliau mahu kakitangan awam menumpukan usaha meningkatkan produktiviti berasaskan inovasi dan pengetahuan. Omar berkata, Cuepacs akan menghantar surat rasmi kepada semua Setiausaha Kerajaan Negeri mulai hari ini selain turut memaklumkannya kepada Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan.

"Setakat ini, saya tidak mahu sebut secara terperinci mengenai jabatan atau agensi kerajaan di negeri yang terbabit kerana wujud kebimbangan di kalangan ahli kita berikutan peluang mereka mungkin terjejas jika hal ini dilaporkan media.

"Namun, perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana ia jelas melanggar ketetapan JPA dan menafikan hak kakitangan," katanya.

Thursday, January 21, 2010

Kenapa Rumah Orang Tua ?

Apa sudah jadi ?

Ibu dan bapa sanggup membela, mendidik dan memainkan peranan sebagai penjaga kepada berbelas anak dalam satu jangkamasa.

Namun sayang dan sedih anak yang ramai atau zuriat yang dilahirkan hasil perkongsian hidup manusia yang bernama ibu dan ayah sudah mula keberatan dan putus asa memainkan peranan sebagai anak.

Pelbagai alasan diberikan.
  • Orang tua tidak mahu ikut ke bandar
  • Orang tua tidak mahu meninggalkan pondok usang, rumah atau kampung halaman
  • Ibu bapa tidak mahu meninggalkan ayam itik dan tanaman di dusunnya
  • Rumah batu di bandar tidak bersesuaian dengan kehendak ibu bapa
  • Kami (anak-anak) bekerja dan sibuk. Keluar pagi dan balik malam.
  • Kekurangan pendapatan
  • Ibu bapa bermasalah tinggal dengan menantu dan cucu
  • Suasana taman tidak mesra jiran
  • Sikap perongos dan degil orang tua
  • Perbandaran memerlukan keagresifan dalam semua hal
  • Orang tua tidak berkeupayaan menghambat kelajuan aktiviti bandar
  • Orang tua sesuai tinggal di kampung dan desa yang serba kekura-kuraan; dan
  • Orang tua atau ibu bapa perlu dan sepatutnya diinstitusikan atau di'rumah orang tuakan'.
Pupuskah hubungan kekeluargaan ? Ke manakah hilangnya kasih sayang ? Dimana institusi keluarga yang lebih luas - extended family ? Apa peranan dan tanggungjawab anak ? Ke mana perginya tuntutan agama ?

Mudah sangatkah Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Badan Sukarela Kebajikan (NGO) menerima mereka yang mahu di'rumah orang tua'kan.

Sesuatu yang perlu digarapkan.

Surah Al Isra ayat 23 bermaksud, "dan tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dan dalam jagaan dan pemeliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia".

Perang dunia kedua menyaksikan bukan sahaja keluarga kehilangan ahlinya akibat peperangan, malah di Malaya mereka terbunuh dalam pembinaan jalan keretapi maut ke Burma (Myanmar).

Begitu juga ramai golongan muda meniti zaman menuju penuaan.

Ramai orang India dan Cina yang dibawa masuk pada ketika itu meninggalkan negara asal mereka mencari rezeki di Malaya akhirnya menjadi sebatang kara. Tidak berkahwin dan tidak mempunyai anak yang 'sah'.

Akhirnya golongan ini memerlukan tempat perlindungan.

Pada hemat saya, inilah diantara objektif awal pembinaan dan kewujudan Rumah Orang Tua atau Rumah Perlindungan di Malaya. Banyak NGO yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan demi membantu insan-insan yang kurang bernasib baik ini.

[Bersambung...]