Thursday, January 21, 2010

Kenapa Rumah Orang Tua ?

Apa sudah jadi ?

Ibu dan bapa sanggup membela, mendidik dan memainkan peranan sebagai penjaga kepada berbelas anak dalam satu jangkamasa.

Namun sayang dan sedih anak yang ramai atau zuriat yang dilahirkan hasil perkongsian hidup manusia yang bernama ibu dan ayah sudah mula keberatan dan putus asa memainkan peranan sebagai anak.

Pelbagai alasan diberikan.
  • Orang tua tidak mahu ikut ke bandar
  • Orang tua tidak mahu meninggalkan pondok usang, rumah atau kampung halaman
  • Ibu bapa tidak mahu meninggalkan ayam itik dan tanaman di dusunnya
  • Rumah batu di bandar tidak bersesuaian dengan kehendak ibu bapa
  • Kami (anak-anak) bekerja dan sibuk. Keluar pagi dan balik malam.
  • Kekurangan pendapatan
  • Ibu bapa bermasalah tinggal dengan menantu dan cucu
  • Suasana taman tidak mesra jiran
  • Sikap perongos dan degil orang tua
  • Perbandaran memerlukan keagresifan dalam semua hal
  • Orang tua tidak berkeupayaan menghambat kelajuan aktiviti bandar
  • Orang tua sesuai tinggal di kampung dan desa yang serba kekura-kuraan; dan
  • Orang tua atau ibu bapa perlu dan sepatutnya diinstitusikan atau di'rumah orang tuakan'.
Pupuskah hubungan kekeluargaan ? Ke manakah hilangnya kasih sayang ? Dimana institusi keluarga yang lebih luas - extended family ? Apa peranan dan tanggungjawab anak ? Ke mana perginya tuntutan agama ?

Mudah sangatkah Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Badan Sukarela Kebajikan (NGO) menerima mereka yang mahu di'rumah orang tua'kan.

Sesuatu yang perlu digarapkan.

Surah Al Isra ayat 23 bermaksud, "dan tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dan dalam jagaan dan pemeliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia".

Perang dunia kedua menyaksikan bukan sahaja keluarga kehilangan ahlinya akibat peperangan, malah di Malaya mereka terbunuh dalam pembinaan jalan keretapi maut ke Burma (Myanmar).

Begitu juga ramai golongan muda meniti zaman menuju penuaan.

Ramai orang India dan Cina yang dibawa masuk pada ketika itu meninggalkan negara asal mereka mencari rezeki di Malaya akhirnya menjadi sebatang kara. Tidak berkahwin dan tidak mempunyai anak yang 'sah'.

Akhirnya golongan ini memerlukan tempat perlindungan.

Pada hemat saya, inilah diantara objektif awal pembinaan dan kewujudan Rumah Orang Tua atau Rumah Perlindungan di Malaya. Banyak NGO yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan demi membantu insan-insan yang kurang bernasib baik ini.

[Bersambung...]

No comments: