Terlalu banyak diperkatakan tentang kecuaian pegawai perubatan di Malaysia. Baik di hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia, Hospital Universiti dan hospital swasta.
Dalam kes Michael Jackson, doktor yang merawatnya telah melarikan diri kerana ketakutan selepas sesi soal jawab.
Sumber berita dari Amerika menyatakan bahawa dua doktor MJ akan didakwa di mahkamah negara tersebut.
Di Malaysia :
Doktor dan kakitangan hospital sentiasa terlepas
Doktor sama doktor enggan melawan kes di mahkamah. Masing-masing tahu kelemahan sendiri.
Persatuan-persatuan Pengguna dan NGO di Malaysia masih ketinggalan dalam hal bantuan/ pembelaan ini
Forensik di Malaysia masih ketinggalan
Peguam-peguam di Malaysia belum cukup mahir menentang doktor di mahkamah
Pesakit dan keluarga lebih-lebih lagi dari kalangan orang Melayu lebih mudah serahkan kepada takdir (qada dan qadar)
Kita tunggu dan lihat, siapakah yang akan menjadikan kesnya sebagai pemula perubahan secara besar-besaran dalam industri kesihatan di Malaysia.
Saat-saat akhir Teoh Beng Hock Akhbar milik UMNO dibakar tanda protes masyarakat Cina dan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia erhadap parti yang merestui tindakan SPRM.
Bersatunya masyarakat Cina. Ong Tee Keat dari MCA juga hadir di majlis pengkebumian Beng Hock.
Tidak seperti UMNO. Jika boleh mahu dipijak lagi perasaan sesama Melayu.
Di Kedah, Bashah ADUN Bakar Bata mahu kepastian - "awak Melayu UMNOkah atau Melayu bukan UMNO" . Hanya untuk anugerahkan projek Kelas F.
Tahniah Bashah ! Kerja 'taik kucing' hang padan dengan undi 300 tu... (Foto:MalaysianInsider)
Ketika Abdullah Ahmad masih menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed kerap menyifatkan Abdullah sebagai kaki tidur.
Ramai yang menyangka Abdullah 'bisu politik'. Sebenarnya tidak.
Ini diketahui selepas persaraan Abdullah apabila beliau didapati banyak memberikan pandangan-pandangan dalam isu-isu yang diajukan media kepadanya.
Mungkin semasa adanya Abdullah di Jabatan Perdana Menteri, beliau yang dikatakan kerap tertidur, terlupa untuk membuat keputusan tentang satu isu yang besar bagi negara iaitu berkaitan Suruhanjaya Bebas Pengaduan Salah Laku Polis (Independent Police Complaints and Misconduct Commission), IPCMC.
Rakyat Malaysia gembira dengan situasi terkini Abdullah. Mereka mahukan penjelasan apakah terjadi dengan IPCMC yang diuar-uarkan bekas PM pada tahun 2006 itu ?
( Orang Kampung Pesan :" Musa Hassan, tolong jangan sambung lagi perkhidmatan hang. Orang naik meluat dah...")
Sewaktu saya menjadi pelajar di ITM, gerakan mahasiswanya walaupun tidaklah sehebat zaman Anwar, tetapi masih boleh dikira berbisa juga di peringkat dalaman.
Saya tidaklah bercadang untuk masuk bakul dan angkat sendiri.
Alhamdulillah, kumpulan kami yang boleh dikatakan sederhana dalam semua bidang - akademik, sukan, persatuan pelajar, kerja amal siswa, pergaulan (dengan batas) dan sebagainya, mudah memasuki alam pekerjaan.
Ada pula satu golongan sahabat-sahabat kami yang menjadi ulat buku. Kerja dia belajar siang malam. Setiap semester keputusan peperiksaan cemerlang - CGPA 3.6 ke atas malah ada yang termasuk senarai cemerlang dekan.
Selepas tamat pengajian, segelintir dari puak ini payah mendapat kerja tetap sehingga ada yang berniaga insuran, menjual produk secara piramid, jualan langsung yang lain dan sebagainya. Bukan minat mereka ke arah itu, tetapi kata mereka, 'terpaksa'.
Sehinggalah berlanjutan tujuh lapan tahun - mereka berjaya dalam temuduga dan bekerja dengan BPR (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).
Ada dari mereka yang pernah terlibat secara langsung dengan kes Pairin Kitingan di Sabah dan melahirkan rasa meluat akan 'ending' kes tersebut.
Ketika di kampus, mereka ini tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti persatuan, sukan, kurang bergaul dan hanya tahu 'study' sahaja. Mereka sendiri bersetuju telah menjadi 'bengap' kerana kurang berkomunikasi.
Apabila 'join' dengan BPR, hubungan mereka dengan dunia luar semakin sempit. Sudahlah tidak pandai berkomunikasi, tak erti macamana nak membawa diri. Bukan semua. Ini segelintir yang saya maksudkan.
Cuba bayangkan, apabila 'the real case' berada dihadapan mereka, apakah cara atau pendekatan yang mereka gunakan. Harimau yang lapar? Kucing kejar tikus ? Saya tidak nafikan mereka dihantar berkursus.
Namun bagi saya dunia teori sangat berbeza dengan dunia amali.
Saya bersyukur - ramai dari sahabat-sahabat ini setelah beberapa tahun di BPR sudah meninggalkan agensi berkenaan dengan pelbagai alasan - meluat, double-standard, hipokrit, takda gigi, terima arahan orang atasan, susah buat kerja dan pelbagai lagi.
Kawan-kawan atau sahabat yang masih di SPRM, diharap minda anda akan menjadi lebih terbuka, pandangan lebih meluas dan akan menjadi manusia sejati.
Empatilah dengan kes. Bayangkan kes dihadapan anda adalah ibu, ayah, kakak, abang, adik dan mertua anda. Jangan ghairah dan bongkak dengan akta SPRM.
Di zaman Musa Hitam, ada kawan-kawan anda juga terlibat dengan kes rasuah. Masih anda ingat. Beberap bulan yang lalu, saya pernah menasihatkan seorang daripada rakan anda yang terlibat memijak perut isterinya yang sedang mengandung. Anda bukanlah maksum. Anda juga bukan malaikat.
Jika betullah apa yang dihebohkan tentang SPRM, kami kira ketua anda lebih lebih layak digelar bengap dan bangang. Makan gaji buta.
Anda ada dua pilihan. Jadilah macam sahabat-sahabat saya. Tinggalkan agensi itu jika kekuatan dalaman anda tidak berkeupayaan.
Sebut sahaja wakil rakyat maka terbayang kepada kita tentang tugas murni yang sepatutnya dimainkan oleh wakil penduduk di sesuatu kawasan yang dipilih dalam sesuatu pilihanraya.
Suara mereka dikira sinonim dengan suara rakyat. Wakil rakyat ini mewakili kerusi Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat.
Dasar Negara akan ditentukan melalui penggubalan undang-undang yang merupakan satu dari tugas rasmi mereka.
Mereka sepatutnya dihormati oleh kerajaan, pihak polis dan agensi-agensi kerajaan yang lain. Lebih-lebih lagi di dalam negara seperti Malaysia yang meuar-uar mengamalkan demokrasi.
Adakalanya mereka terpaksa menyuarakan hasrat dan cita-cita rakyat dijalanan dengan cara aman. Wakil rakyat ini tidak seharusnya dilihat seperti musuh atau pengganas.
Saya berasa kesal yang amat sangat apabila melihat tindakan polis Malaysia mengambil undang-undang negara di dalam tangan sendiri dengan bertindak memprovokasi dan bertindak ganas dalam pelbagai bentuk - menangkap, memukul, mencedera, mengheret dan menghumban wakil rakyat ke dalam lokap.
Banyak sudah kejadian sebegitu. Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, Tian Chua, Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar, Hatta Ramli, Gopala Krishnan dan ramai lagi diperlakukan sedemikian.
Terbaru apabila ADUN Perak dihina . Senjata dibawa masuk ke DUN tersebut. Speakernya diangkut seperti guni beras.
Paling terbaru berlaku di Selangor. ADUN Rawang Gan Pei Nei mendakwa dipukul oleh Polis. Bukan sahaja beliau malah Elizabeth Wong , Dr Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Kapar, Manikavasagam dikasari.
Apakah makna atau definisi wakil rakyat dalam kamus UMNO dan Barisan Nasional ?
Najib Razak perlu menyelami perkara ini. Jika wakil yang berkhidmat ini dijadikan seperti budak-budak, diangkut seperti guni cempedak busuk, tidak menghormati mereka, memaki hamun , memukul dan menendang suara rakyat ini, dimana kewibawaan Malaysia dan Parlimennya ?
Apa akan berlaku jika konflik yang sama dilalui oleh wakil rakyat UMNO dan BN ?
Najib perlu membuat satu keputusan segera agar apa-apa suara rakyat yang berkumandang di mana-mana pentas selagi ianya secara aman, polis hendaklah diharamkan menyentuh wakil yang berkhidmat ini apatah lagi menggunakan kekerasan terhadap mereka.
Evolusi politik ini hendaklah kelihatan dilaksanakan dengan seadil-adilnya.
Pemerintahan secara tekanan atau paksaan tidak pernah bertahan lama di dalam mana-mana negara pun.
Berikan ruang kepada Yang Berkhidmat untuk berperanan secara liberal.
Wah! Sebenarnya Abdullah tidaklah bisu dan pekak. Semoga pandangannya tentang isu-isu semasa akan memeriahkan lagi iklim politik Malaysia biarpun keputusan untuk memberikan pandangannya dibuat selepas persaraannya.
Harap-harap tu, tidak ada budak-budak yang meminta Abdullah bersaing dengan mana-mana individu demi survival politik KJ. (Foto:Malaysiakini)
Teoh Beng Hock Setiausaha Politik Exco Selangor mati selepas dia didapati jatuh dari bangunan yang terletaknya pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Selangor.
Kejadian berlaku selepas beberapa jam beliau disoal siasat oleh budak-budak SPRM sehingga jam 3.30 pagi.
Kini ada desakan agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kematiannya.
Beliau dijangka mendaftarkan perkahwinan dalam sehari dua lagi. Masih bujang.
Kita tunggu apa cerita SPRM. Kertas siasatan kes Kugan yang mati dalam tahanan Polis dihantar untuk keputusan dari Pendakwaraya atau Peguam Negara 'dari dunia mana' pun tak tau.
Saya ingat yang mati itu adalah Pengerusi atau kakitangan SPRM kerana merekalah yang mungkin terjatuh dari premis sendiri. Rupa-rupanya orang lain.
Tula.. bila depa kata Polis Malaysia cerdik, ramai yang tak percaya. Terlalu banyak kes Polis tergantung. Takdak keputusan. Mustakizah pernahmati. Sampai la tak tau macamana.
Hak ni kita kena wujudkan jawatankkuasa peringkat daerah yang terdiri dari orang awam. Jawatankuasa ni kena siasat tengok semua Balai Polis, berapa 'ratus kah atau ribu kah' kes di daerah masing-masing yang dah selesai atau masih dok tergantung. Harap PDRM punya statistik, jahanam.
Musa Hassan berterimakasih kepada BPR. Zulkifli pun terimakasih kepada Musa. PDRM juga tak lupa terimakasih kepada BPR. BPR pun apa lagi, terimakasih kepada PDRM. Johari Baharom gembira dan terimakasihkan BPR. Balik-balik luar negeri, Pak Lah besaq hati, terimakasih dan ucap tahniah kepada Johari, PDRM, BPR, Musa Hassan dan Zulkifli.
Katanya selesailah semuanya. Jangan sapa-sapa dok ungkit lagi.
Posa dekat dah. Tak lama lagi nak raya. Bermaaf-maafanlah. Jika ada silap dan salah, hang ampunkan aku, aku ampunkan hang. Selesailah, 0-0.
Seronok tengok depa. Lagu tu la....
Takdak apa. 0-0. Hampa yang dok baca ni, jangan lagi mengata. Nganga bagi besaq-besaq...
Dia akan jadi macam statistik sepupu Najib tentang PPSMI. Hisham yang bangang tu selama ni dok tipu rakyat. Maklumlah, dia naik pun bukan kerana kreadibiliti sendiri. Ihsan bapanya.
Bab PPSMI ni bukan saya yang kata. Muhyiddin yang dedahkan kelemahan enam tahun PPSMI baru-baru ni. Rakyat ditipu kering oleh sepupu Najib. Boleh percaya lagikah si bangang tu ?
Pegawai SPRM perlu disiasat. Jika tidak, jahanam Malaysia.
Cuepacs syor kadar faedah pinjaman perumahan dikurang
KUALA LUMPUR: Majlis Kongres Cuepacs meluluskan cadangan menuntut kerajaan membayar bonus tetap setiap tahun dengan menggabungkan elemen imbuhan itu dalam skim perkhidmatan kakitangan awam.
Ini adalah antara beberapa tuntutan baru yang akan dikemukakan kepada kerajaan sebagai sebahagian daripada kajian semula syarat perkhidmatan penjawat awam.
Pada masa ini, bonus diberi mengikut budi bicara kerajaanberdasarkan kemampuannya, tidak seperti sektor swasta yang menjadikannya sebagai amalan tahunan. Pada waktu yang baik, 1.2 juta penjawat awam menikmati bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000.
Dalam mesyuarat di Ipoh, baru-baru ini, Cuepacs juga mencadangkan supaya kadar faedah pinjaman perumahan dikurangkan daripada empat peratus sekarang kepada satu peratus setiap tahun.
Sumber Cuepacs memberitahu, dalam memorandum yang akan dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak lama lagi, kongres itu turut menuntut perubahan bagi bayaran gantian cuti rehat daripada maksimum 150 hari pada masa ini kepada jumlah sebenar cuti tahun yang tidak digunakan yang dikumpul seseorang pegawai.
Gantian cuti rehat adalah bayaran tunai bagi cuti tahun yang tidak digunakan yang dikumpul oleh seseorang pegawai sepanjang perkhidmatannya dengan kerajaan.
Satu lagi perubahan besar yang dituntut Cuepacs ialah berhubung pengiraan pencen.
Cuepacs mencadangkan supaya formula pencen sekarang yang dibuat berdasarkan gaji pokok terakhir, ditukar dengan memasukkan semua elaun.
Ini bermakna apabila pengiraan pencen dibuat, semua elaun perumahan, kos hidup, makanan, perjalanan, pemandu, kesusahan dan keraian juga perlu dimasukkan kepada gaji pokok terakhir.
Tuntutan lain ialah:
Cuti tahun bagi menjaga anak yang sakit dengan tempohnya bergantung kepada tempoh keuzuran itu.
Bayaran balik bagi implan gigi dan rawatan mata.
Sistem kenaikan matriks digantikan dengan sistem linear dengan tambahan lima kenaikan, dan
Mewujudkan skim sub-profesional bagi pemegang diploma.
Sumber itu berkata, pemimpin Cuepacs begitu optimis bahawa kerajaan akan mempertimbangkan cadangan mereka dengan fikiran terbuka. - Bernama
Hampir dua puloh tahun Parti Islam Malaysia (PAS) memerintah Kelantan – negeri Serambi Makkah. Tiba-tiba Manik Urai membawa perubahan yang 'bermakna'.
Saya sebenarnya terkejut dengan keputusan pilihanraya Manek Urai apabila calonnya Mohd Fauzi Abdullah hanya menang majoriti 65 undi. Tuan Aziz Tuan Mat dari UMNO mendapat 5,283 undi.
Jika PPSMI yang telah dilaksanakan selama enam tahun itu boleh dikira sebagai gagal, maka apa yang boleh kita anggapkan dengan keputusan Manek Urai ini ?
Ternyata pemikiran penduduknya juga gagalkah dalam menerima realiti kehidupan seperti yang dikehendaki dan adakah siasah Islam terpelanting sebagai daya tarikan. Begitukah ?
Husam Musa tanpa segan silu membayangkan bahawa Manek Urai seperti yang mereka jangka bakal menatijahkan kekalahan kepada PAS.
Apakah wang dan kebendaan masih menjadi idaman majoriti pengundinya dan ianya merupakan faktor utama kenapa rakyat menolak parti Islam ?
Pemerhati politik berkata pengundi Manek Urai tidak boleh disalahkan seratus peratus ekoran keputusan yang 'mengecewakan' ini.
Agaknya istilah “zuhud” sahaja tidak menarik perhatian. Berbanding pembangunan di negeri-negeri lain seperti yang dituntut juga oleh Islam masih berkurangan di sana agaknya.
Ada pandangan yang mengatakan percakaran dalaman pemimpin parti dan sesama pemimpin parti PR telah mengguriskan perasaan rakyat. Ada juga yang mengatakan calon tidak bertepatan dengan kehendak masyarakat.
Itukah sebabnya penduduk lebih-lebih lagi 42% pengundinya mahukan perubahan.
UMNO tentu gembira kali ini. Belum lagi dengan turunnya Najib, parti itu boleh meraih peratusan pengundi yang tinggi.
PAS dan PR menurunkan hampir kesemua pemimpin-pemimpin besar mereka . Apa sudah jadi?
Apapun, masej telah disampaikan oleh pengundi. Terpulang kepada pemimpin-pemimpin PAS dan PR untuk bermuhasabah.
Keputusan di hujung tanduk ini yang mahu tak mahu perlu ditelan.