Tuesday, July 21, 2009

Doktor Amerika lari, doktor Malaysia tunggu

Terlalu banyak diperkatakan tentang kecuaian pegawai perubatan di Malaysia. Baik di hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia, Hospital Universiti dan hospital swasta.

Dalam kes Michael Jackson, doktor yang merawatnya telah melarikan diri kerana ketakutan selepas sesi soal jawab.

Sumber berita dari Amerika menyatakan bahawa dua doktor MJ akan didakwa di mahkamah negara tersebut.

Di Malaysia :

  • Doktor dan kakitangan hospital sentiasa terlepas
  • Doktor sama doktor enggan melawan kes di mahkamah. Masing-masing tahu kelemahan sendiri.
  • Persatuan-persatuan Pengguna dan NGO di Malaysia masih ketinggalan dalam hal bantuan/ pembelaan ini
  • Forensik di Malaysia masih ketinggalan
  • Peguam-peguam di Malaysia belum cukup mahir menentang doktor di mahkamah
  • Pesakit dan keluarga lebih-lebih lagi dari kalangan orang Melayu lebih mudah serahkan kepada takdir (qada dan qadar)
Kita tunggu dan lihat, siapakah yang akan menjadikan kesnya sebagai pemula perubahan secara besar-besaran dalam industri kesihatan di Malaysia.

(Foto: Dr Conrad Murray/Mstar)

No comments: