Sunday, July 29, 2007

Hang ampunkan aku, aku terimakasih kat hang


Musa Hassan berterimakasih kepada BPR. Zulkifli pun terimakasih kepada Musa. PDRM juga tak lupa terimakasih kepada BPR. BPR pun apa lagi, terimakasih kepada PDRM. Johari Baharom gembira dan terimakasihkan BPR. Balik-balik luar negeri, Pak Lah besaq hati, terimakasih dan ucap tahniah kepada Johari, PDRM, BPR, Musa Hassan dan Zulkifli.

Katanya selesailah semuanya. Jangan sapa-sapa dok ungkit lagi.

Posa dekat dah. Tak lama lagi nak raya. Bermaaf-maafanlah. Jika ada silap dan salah, hang ampunkan aku, aku ampunkan hang. Selesailah, 0-0.

Seronok tengok depa. Lagu tu la....

Takdak apa. 0-0. Hampa yang dok baca ni, jangan lagi mengata. Nganga bagi besaq-besaq...

Sapa pula nak terimakasih kat Gani Patail ?

2 comments:

tokasid said...

Salam syeh:

Aku ni ada penyakit hang tau ka? Serius penyakit aku ni. Penyakit apa hang tanya? Penyakit aku ni setakat ni takdak ubat.

Penyakit aku ialah tak percaya yg segala siasatan yg melibatkan orang2 kenamaan terutamanya orang politik atau mempengaruhi politik akan adil dan saksama. Aku dah tahu sebelum siasatan di buat puak-puak ni akan terlepas dari sebarang pertuduhan, MELAINKAN mereka dgn terang2 telah dan dilihat akan melawan kerajaan.

Jadi, syeh hang ada ubat dak kat aku?

AFRAR YUNUS said...

salam Dr
la dunia dok tunggu rawatan cara baru yg boleh menyembuhkan beratus juta pesakit dgn kaedah stem-cell,
insyaAllah. tapi , hang sbg Dr tentu tau penyakit jenis yg hang ada tu bahaya atau dak w.pun takdak ubat. Bagi aku la, penyakit jenih tak percaya orang-orang politik di Malaysia ni adalah vitamin. lagi tak caya depa, lagi baguih. berwaspada sebelum terkena. penyakit jenih tu jika ada kat kita ka, merebak pi kat orang lain ka, dia bawa kesedaran dan kekuatan dalaman. bukan bahaya. tak gitu Dr.