Friday, July 10, 2009

Abdullah kata dasar PPSMI Mahathir gagal

Nasib Abdullah Ahmad Perdana Menteri Malaysia kelima dikira baik dari segi hubungannya dengan media.

Tidak seperti Mahathir. Sehinggalah beberapa bulan selepas meninggalkan persada Perdana Menterinya, ia mendakwa tidak diberikan ruang oleh media arus perdana yang dikawal oleh ‘spin-doctor’ yang masih berhingusan.

Diawal pemerintahannya Abdullah mengambil
sikap bisu dan pekak dalam kebanyakkan isu yang melibatkan negara.

Namun setelah bersara ia cuba menonjolkan kembali imejnya. Mungkin ia dapat merasakan bahawa sikap dan tindakannya dahulu bukan sahaja telah merugikan dirinya tetapi bakal mambawa bencana terhadap masa hadapan politik manantunya Khairy Jamaludin – setidak-tidaknya selagi Mahathir masih ada.

Kenyataan terbaru Abdullah bersetuju agar PPSMI dimansuhkan. Katanya, hasil kajian selama enam tahun Kementerian Pelajaran membuktikan bahawa dasar yang dibuat Mahathir pada tahun 2003 itu gagal.

Abdullah yang sama-sama terlibat membuat dasar itu ketika dalam kabinet Mahathir kelihatan menempelak Mahathir yang dilihat sebagai masih mahu menegakkan benang yang basah.

Pemerhati politik menjangkakan inilah masanya bagi Abdullah menggunakan sebutir peluru untuk menembak dua sasaran.

Mahathir tidak senang dengan keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI yang diumumkan Muhyiddin Yassin kelmarin.

Nampaknya keputusan Najib Tun Razak di dalam hal ini sama cita rasanya dengan Abdullah.

Apapun, rakyat meraskan senario kehidupan dan dunia sentiasa berubah. Dasar apapun yang dibuat oleh manusia sewajibnya berubah mengikut perubahan semasa ini.

Pada hemat saya, selagi dasar itu membawa kebaikkan, keuntungan dan kebahgiaan kepada manusia – dasar itu wajib berubah tidak kira siapa penggubalnya.

1 comment:

Anonymous said...

Tuan...
aku sependapat dengan Pak Lah. Ku Li pun sokong keputusan Kabinet tu.
Che Det dan pemuja dia jer yg cuba tegak benang basah...

Tahniah TPM dan GMP kerana pemansuhan PPSMI.
Terima kasih kerana menambah waktu belajar Bahasa Inggeris di Sekolah.

ater/komer