Thursday, June 14, 2007

Pecahkan Monopoli Khairy Jamaluddin

Segera masuk minang adik tiri Nori untuk memecahkan monopoli kuasa KJ.
Baca apa yang dikatakan oleh Saudara Ahmad Lutfi.

...Apa pun, saya lebih tertarik dengan dua putri Jeanne, Nadiah dan Nadene, yakni anak tiri Abdullah. Rasanya ramai Pemuda Umno yang mengintai peluang untuk menjadi menantu (tiri) Abdullah, bagi menafikan hak mutlak Khairy Jamaluddin yang kini berperanan hebat sebagai menantu lelaki tunggal PM.

Abdullah dikenali sebagai orang yang mudah dipengaruhi kaum keluarga terdekatnya. Oleh itu, peluang terbuka untuk calon-calon yang bercita-cita tinggi sebagai penasihat tidak rasmi PM melalui kedudukan mereka sebagai suami kepada Nadiah dan Nadene!...

Peluang terbuka. Bukan sahaja Pemuda UMNO, Pemuda PAS dan KEADILAN pun boleh kot? Bila lagi hendak berdakwah ?

Wednesday, June 13, 2007

PLKN Dan Jom Heboh: Samakah TS Lee Lam Thye ?


PLKN lahir pada tahun 2004.

"Modulnya dari barat. Masih tidak tersusun. Bas terlepas. Pemeriksaan perubatan tidak diperlukan. Pelatih meninggal dunia. Jurulatih merogol pelatih. Tiada kebenaran balik ke rumah apabila ahli keluarga sakit. Latihan kesukanan banyak. Program kerohanian kurang sangat. Asyik-asyik melawat sekolah, jabatan kerajaan dan NGO. Dulu cabut rumput dan bersih parit. Sekarang tidak dibenarkan kata penyelia. Dapat uniform percuma dan elaun bulanan. Balik ke rumah, tiada skill apa-apa. Tiga bulan di kem latihan - impaknya tersangatlah kurang. Berlaku tolak menolak apabila ditanya keberkesanannya.
Ibubapa merungut peserta lelaki dan perempuan dicampurkan. Banyak masalah".

Tetapi kenapa TS Lee Lam Thye masih ingin agar khidmat negara ini diteruskan. Apakah kerana idea PLKN adalah cetusannya ?

PLKN bukan pentas politik. Anak bangsa kita memerlukan jalan dan masa hadapan yang lebih bermutu dan bertanggungjawab. Dedahkan kaji selidik yang telah dilakukan. Jangan sampai ada yang menyamakan PLKN dengan 'jom heboh'.

Monday, June 11, 2007

CUEPACS, "PTK"kan semua wakil rakyat di Malaysia


Presiden CUEPACS Hj Omar Osman pada hemat saya bermati-matian menjelaskan kepada pegawai di Jabatan Perkhidmatan Awam tentang kelemahan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang dijadikan syarat kenaikkan pangkat dan anjakkan gaji kakitangan perkhidmatan awam sejak tahun 2003.


Penjelasannya seperti mencurahkan air didaun keladi.


Ekoran dari itu saya mengesyorkan kepada Saudara Omar agar mencadangkan kesemua Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan wakil rakyat diwajibkan menduduki PTK. CUEPACS boleh meminta supaya Ketua Setiausaha Negara dapat merangka format peperiksaan untuk golongan ini.


Setiap hujung tahun, pengundi dan juga penduduk kawasan pilihanraya berkenaan diberikan borang untuk menilai prestasi wakil rakyat masing-masing. Jika markah mereka melebihi 90% bermakna perkhidmatan wakil rakyat berkenaan boleh dilanjutkan.


Jika markah yang diperolehi ialah 80%-90%, maka pelbagai elaun bulanannya hendaklah dipotong 30%. Kalau markahnya 70%-80%, bermakna tahap kerja atau prestasinya kurang atau tidak memuaskan. Gajinya hendaklah dipotong 20%. Jika di bawah 70%, pilihanraya lain perlu diadakan di kawasan berkenaan.


Cadangan ini sepatutnya mendapat sokongan ramai.


Namun begitu, ketika berada di Putrajaya baru-baru ini, saya sempat bertanya pandangan beberapa orang kawan yang sedang bekerja di pelbagai jabatan kerajaan. Ada yang kurang bersetuju berlandaskan beberapa faktor. Diantaranya mereka bersimpati dengan wakil rakyat di Malaysia yang dikatakan langsung tidak suka membaca. Kerja-kerja mereka juga ditunjuk ajar oleh pegawai di kementerian masing-masing. Jawapan kepada soalan di Parlimen, kepada media, teks ucapan, susunan aktiviti harian dan sebagainya disediakan oleh penjawat awam.


Ada juga yang berpendapat Samy Vellu, Zainuddin Maidin, Rafidah Aziz, Nazri Aziz, Abdullah Zin, Lim Keng Yaik, Ong Ka Ting, Hishamuddin, Shazmin Mansor, Masitah, Sazmi Miah, Noh Omar, Veerasingam, Shahrizat, Shafie Apdal, Chua Soi Lek, Teuku Adnan, Johari Baharom, 2 Badut di Parlimen dan yang lain-lain ini sudah pasti bakal merupakan kumpulan pertama yang akan gagal. Mereka tidak rela perkara ini berlaku.


Atas dasar apa? Kasihan, sayang, benci atau apa?


Ramai juga yang berpendirian, kebanyakkan daripada wakil rakyat dikhuatiri mendapat markah di bawah 20% terutama sekali di kawasan parti pemerintah yang kelihatan mempunyai trend menunaikan janji pilihanraya sewaktu berlakunya kematian wakil terdahulu. Sudah tentu memalukan negara kita. Ada juga yang mengatakan wakil rakyat di Malaysia kurang berkualiti dalam membela nasib rakyatnya.


Ramai yang meminta Hj Omar Osman berfikir semula. Kata mereka, majoriti kakitangan awam bersetuju kabinet dan wakil rakyat di "PTK"kan. Apa masalahnya pula dengan CUEPACS. Lepas di "PTK"kan wakil rakyat nanti, mereka bolehlah melihat kebaikkan PTK apabila golongan yang jatuh menjunam macam buah nangka busuk bergelimpangan di hadapan pintu utama Jabatan Perkhidmatan Awam.


Golongan mana yang lebih ramai. Penjawat Awam atau ahli politik ?


Sudah tentu Samy dan camca-camcanya kelihatan tertiarap di atas keputusan PTK mereka.

Sunday, June 10, 2007

Siapa Wakil Rakyat Kawasan Alor Star Bandaraya..


SEPERTI YANG DIJANJIKAN

Rupa-rupanya kesemua wakil rakyat kawasan Alor Star Bandaraya Dalam Longkang adalah dari parti Barisan Nasional. Bukannya pembangkang. Cuba lihat :


Kawasan DUN Derga YB Cheung Khai Yan, kawasan Bakar Bata YB Dato' Paduka Ahmad Bashah b Md Hanipah, kawasan Kota Darul Aman YB Dato' Chong Itt Chew dan kawasan Alor Mengkudu YB Tn Hj Fadzil Hanafi .


Manakala kawasan parlimennya ialah Dato' Chor Chee Heung (bekas Timbalan Menteri) dan kawasan parlimen Pokok Sena ialah Dato' Abd Rahman b Ibrahim (Setiausaha Parlimen Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri).


Sudah berapa penggal ? Masih warm-up politik agaknya.


(Anda sudah mendaftar sebagai pemilih untuk pilihanraya akan datang. Sila semak di sini.)


Saturday, June 9, 2007

Kad Touch'n Go Hilang : Biarkan Sahaja


Boleh dikatakan penduduk di Malaysia yang sering menggunakan lebuhraya kenal dan tahu tentang kad touch'n go. Ianya merupakan sistem bayaran elektronik (EPS) yang diperkenalkan di Malaysia sejak 1997.

Pernahkah kad touch'n go anda hilang ?
Jika tidak, berhati-hatilah. Sekiranya ianya hilang, adalah sukar untuk meminta pihak pengurusan syarikat berkenaan menghalang orang lain dari menggunakannya kecuali anda ingat nombor siri di kad berkenaan. Rupanya selepas 10 tahun penggunaannya, sistem ini masih ketinggalan zaman berbanding dengan kad ATM atau lain-lain kad yang dikeluarkan oleh pihak bank.
Kad bank yang hilang apabila dilaporkan kepada pihak pengurusan bank berkenaan akan serta-merta ditahan dari digunakan oleh pihak yang tidak bertanggunjawab. Malah penggantian kad baru dapat dilakukan pada hari berkenaan juga.

"Pengaduan tentang kehilangan kad touch'n go telah dibuat dua bulan yang lalu. Pihak PLUS memberitahu tidak boleh mengesan dan membuat apa-apa walaupun nama dan nombor kad pengenalan diberikan. Kata pegawai berkenaan, pengguna perlu mengingati nombor siri di kad untuk membolehkan apa-apa tindakan diambil" mengadu seorang pengguna lebuhraya.

"Bermakna sesiapa yang jumpa kad touch'n go boleh gunakan sampai habis. Pihak pengurusan cuci tangan. Apa yang menyedihkan, kakitangan yang menerima laporan saya memberitahu akan telefon saya esok setelah confirm dengan ibupejabat mereka di Kuala Lumpur. Bagi saya sudah dua bulan. Entahlah, bagi kakitangan PLUS esok masih belum tiba.. saya tidak menerima apa-apa panggilan dari pegawai wanita berkenaan" katanya lagi.

Jika ditanya kepada Samy Vellu sudah tentu beliau akan berkata, "ini summa (semua) kuasa tuhan. Saya apa bole (boleh) buat. Hilang kalu hilang la.. buat lain la..Dalam tanahair kita ada banyak kompeni lebo raya yang canggih. Cepat bole buat..."

Pihak pengurusan kad touch'n go, betulkah dakwaan pengguna kad berkenaan ?

Wednesday, June 6, 2007

Tahniah Pak Lah: Dok Nafi, Jadi Juga

Jadi juga berkahwin. Dinafi, kemudian dikatakan khabar angin, kini jadi, dan jadi .
Pak Lah 68 tahun (TL 26.11.1939) dan Jeanne Abdullah 54 tahun.
( 29.07.1953)

Blog apa ni asyik mengadu

“Kenapa blog hang selalunya memaparkan kisah-kisah pengguna, politik, wanita, sosial dan sebagainya yang lebih kepada bentuk masalah, pengaduan, yang memerlukan perhatian dan tindakan ?” tanya seorang kawan dari Kedah kepada saya.


Seperti sudah tahu apa yang nak ditanya oleh kawan tadi. Saya pun habak kat dia, “cuba hang lihat dan peghati betui-betui. Media cetak dan elektronik pada hari ni memberikan ruang yang cukup besak kepada berita-berita yang harus dipuji, berita-berita yang cantik belaka, pendapat dan pandangan yang menyebelahi pemerintah, perkara–perkara yang melonjakkan orang-orang tertentu tapi isunya, adakah tercapai matlamat siaran macam tu”.


“Hang tengok masalah sosial tak kurang-kurang. Tak sebut lagi bab nak habeh. Hang perhati kemudahan asas seperti jalanraya, elektrik, air, telefon, kemudahan di hospital, kenaikkan harga barang, tuntutan kenaikkan gaji, kemudahan pengangkutan awam dan seribu masalah masyarakat kita. Ada saja wakil rakyat mati, depa kalut pi buat jalanraya, dewan, pasang paip ayak, elektrik dan macam-macam. Tu tanda dia, depa buat kerja tak habeh. Tak lama lagi kita nak sambut merdeka untuk tahun ke 50 pula. Ialah aku faham, jangka hayat kehidupan manusia di Malaysia semakin panjang. Tetapi persediaan yang selari dengan masalah berbangkit sangat kurang” jelas saya lagi.


“Aku tak mau esok anak cucu kita bertanya. Malaysia kaya dengan hasil hutannya, balaknya, minyak, lombong, kelapa sawit, getah, perkilangan dan pelbagai lagi. Hanya kerana miskin dengan tamadun, agama, akhlak dan hilang pertimbangan, semuanya menjadi serba tak kena” tambah saya lagi.


Apa yang hang maksudkan dengan miskin tamadun? “Mana pergi hasil kekayaan bumi bertuah ini. Dulu, bila aku melalui fakta sejarah, aku dapat merasakan roh perjuangan untuk agama, bangsa dan negara. Hari ini, kita melantik wakil kita untuk menjadi pekerja yang baik di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Hang tengok sajalah apa yang depa pi bincang dalam dewan tu. Depa dah mula menjadi “tuan” kita. Depa mula kona kita. Depa isi perut depa, perut bini dan anak-anak depa, perut mak bapa depa dan kroni depa. Kita yang di bawah ni sapa nampak” saya menjawab.


“Api naik, ayak naik, minyak naik, harga makanan naik, pi pasar semuanya naik, tambang bas naik, roti canai mengecut, tangki kereta semakin membesak, buku sekolah pun kena beli, harga ubat naik, masuk universiti pun kena bayak beribu, harga anak dagha pun naik – semua naik” tambah kawan tadi.


“Sasaran kerajaan semakin mengecut”. Sasaran apa tanya saya. “Dulu masa mula merdeka, Tunku dok pikiak pasai rakyat Malaysia. Lepas tu depa mula naik kelam. Depa pikiak pasai rakyat yang sokong Barisan Nasional dan sekutunya. Lepas tu depa pakat-pakat bagi kat “orang kita dalam BN saja”. Lepaih tu dia bagi kat orang UMNO. Dia pekecik saiz pula. Bagi kat ‘oghang kita’. Lepaih tu bagi kat kroni. Lapaih tu hang ambik satu, aku ambik dua. Lepaih tu aku ambik dua hang ambik satu. Lepaih ni nanti hang tengoklah . Aku ambik tiga-tiga. Padan muka hang” marah kawan saya.


“Itulah sebabnya sebelum padan muka aku, lebih baik aku tulong depa yang perlu perhatian dan tindakan. Jangan dok jadi sighu. Kata Rasulullah, kalau tak boleh tolong dengan tangan, hang tolong dengan kata-kata, tak boleh juga- hang tulong dengan hati hang” sambil memberhentikan keretanya, kawan tadi pun menambah, ‘gaji kakitangan naik, harga saham naik, indeks komposit pun naik, harap-harap calun wakil rakyat nanti nama aku pun naik. Bila lagi nak mentakedarah macam YB BN”.

Sunday, June 3, 2007

Alor Star Bandaraya Dalam Longkang


Mana Datuk Bandar

Apa tidaknya, setiap kali hujan lebat air parit dan longkangnya melimpah-limpah. Bukan peristiwa baru tetapi ianya berlanjutan sejak 15 tahun yang lalu. Setakat ini dikatakan Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) gagal menangani masalah banjir kilat di Alor Star.

Jalan Sultanah, Jalan Langgar, Jalan Stadium, Lebuhraya Sultan Abdul Halim, Alor Merah, Bandar Alor Star dan boleh dikatakan keseluruhan Bandaraya Alor Star yang berusia 250 tahun itu seperti berada dalam longkang.

Penduduk memberitahu, wakil rakyat kawasan berkenaan telah dimaklumkan berkali-kali . Tolak menolak diantara ADUN, Ahli Parlimen dan MBAS seringkali berlaku yang mana ini merugikan penduduk di sebelah sini.

Atau, adakah ADUN dan Ahli Parlimennya mahu terus membiarkan Alor Star dikenali dengan nama 'Alor Star Bandaraya Dalam Longkang'.


Ada Datuk Bandarkah di Alor Star ?


(Nama ADUN dan Ahli Parlimennya akan dipaparkan tidak lama lagi. Untuk makluman, jalan dan parit di sekitar kediaman persendirian YAB Menteri Besar Kedah di Taman Bayu Jalan Sultanah telah diperbaiki dan diperindahkan. Syabas MBAS)

Saturday, June 2, 2007

Pilihanraya Semula - IPCMC Temberangan Pak Lah

Pak Lah temberang ketika berkempen pada pilihanraya ke 11 yang lalu ?


Beliau telah menjanjikan untuk mengadakan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). Ekoran ketidakpuasan hati masyarakat berbilang kaum dengan tindak tanduk pihak Polis (PDRM), cadangan yang datangnya dari Pak Lah sendiri sebelum pilihanraya lalu mendapat sokongan ramai. Ini adalah salah satu faktor kenapa pengundi telah memberikan mandat dengan majoriti yang besar kepada Barisan Nasional.


Namun ketika perbincangan diadakan di Parlimen baru-baru ini beberapa ahli parlimen termasuk Datuk Mohd Said Yusof (BN Jasin), Datuk Ismail Sabri Yaacob (BN Bera), Datuk Muhammad Aziz (BN Seri Gading) dan Datuk Razali Ismail (BN Kuala Terengganu) membantah cadangan penubuhannya. Agak pelik bukan ?


Kenapa susah dan takut sangat untuk mengadakan Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) jika tidak ada apa-apa udang di sebalik batu ?

Apa yang lebih mengejutkan warga Malaysia ialah tindakan PDRM melalui Ketua Polisnya yang dikatakan seolah-olah 'menggertak' kerajaan bahawa mereka akan menyokong pembangkang dalam pilihanraya ke 12 jika cadangan IPCMC dilaksanakan juga.


Lantaran itu banyak pihak meminta supaya Ketua Polis Negara meletakkan jawatan.
Kini, kedengaran semula seruan dari pelbagai pihak supaya kewujudan IPCMC disegerakan. Ini termasuklah dari pihak parti pembangkang, NGO, ramai dari penyokong kerajaan dan masyarakat secara khususnya.
Jika IPCMC berjaya diwujudkan, ianya akan bertanggungjawab kepada Parlimen.


Banyak janji pilihanraya ke 11 tidak ditunaikan lagi. Salah satunya IPCMC. Pilihanraya ke 12 sudah menanti di hujung sana. Bagaimana Pak Lah ?

Friday, June 1, 2007

Lina Joy - Jahannamnya Erti Kebebasan Human Rights


Anda berkahwin tetapi tidak memberikan nafkah kepada isteri anda. Kemudian anda menderanya. Jika ada yang mempersoalkannya, anda beritahu satu dunia - 'ini demokrasi. Ini hak saya. Ini hak kebebasan manusia"

Anak anda mencuri dan merogol. Bila dia ditangkap polis, anda jerit dan beritahu, "ini kebebasan yang sepatutnya dimiliki anak saya. Tidak ada sesiapa yang sepatutnya melarang anak saya dari berbuat sedemikian".

Anak anda bersetubuh dengan anda setiap hari. Anda gembira dan maklumkan kepada satu dunia, " ini hak kebebasan yang anda dan anak anda sepatutnya nikmati di bawah teriakkan human rights".

Biarkan anak gadis anda dirogol oleh setiap kawan lelaki mereka di sekolah dan di universiti. Perogol adalah dari kalangan yang mengamalkan demokrasi, kebebasan dan memiliki human rights sejagat. Biarkan anak anda dimengandungkan oleh pejuang human rights. Biarkan anak anda melahirkan anak-anak (haram) pejuang human rights.

Kenapa kita mahu sekolah menguatkuasakan peraturan dan disiplin. Biarkan sekolah-sekolah , universiti dan tempat kerja ini menjalankan human rights penghuninya.

Tawaran untuk mendapatkan pembantu rumah dari negara Cina. Anda bimbang suami anda digoda kaum sejenis anda dari negara Cina. Anda melaungkan hak anda kepada kerajaan Malaysia bahawa pembantu rumah jenis ini tidak sesuai. Bagaimana pula hak kebebasan suami anda dalam hal ini ? Apakah hak pembantu rumah dari negara Cina ? Di mana human rights mereka ?

Anda disepak dan diterajang oleh anak anda lalu dihumban ke rumah orang tua. Anda sepatutnya mendiamkan diri kerana itulah hak human rights anak anda. Biarkan dia menjalankan nilai demokrasi dan haknya sebagai manusia.

Negara anda diserang. Anda berpeluk tubuh. Biarkan penjenayah mencerobohi kedaulatan negara anda. Itu hak human rights penceroboh ?

Biarkan isteri anda disetubuhi lelaki pelbagai jenama. Biarkan di atas nama human rights. Lelaki lain juga berkeinginan dan bernafsu melihat isteri anda? Sanggupkah di atas nama kebebasan ?

Ini baru sekadar pencapaian akal manusia. Belum lagi bidang, hak dan kuasa tuhan yang tidak tercapai oleh kebijaksanaan pemikiran manusia.

Wahai pecinta demokrasi dan pejuang humanrights, bezakan tanggungjawab dan kebebasan human rights.
Bezakan hak ibu untuk disetubuhi anak yang memperjuangkan kebebasan, bezakan tanggungjawab isteri yang ingin disetubuhi ramai lelaki di atas nama human rights, bezakan hak human rights melahirkan anak-anak haram (sudah ada hak homoseks di negara barat, sudah ada hak lelaki berkahwin lelaki) dan bezakan peraturan dan disiplin yang bernama tanggungjawab.

Oleh itu setiap agama mempunyai peraturan dan disiplinnya.
Biarkan orang Islam menjaga peraturan dan disiplin penganutnya. Adakah anda bersetuju anda sepatutnya dibiarkan bermaharajalela di sekolah dan universiti tanpa peraturan, adakah anda bersetuju membiarkan isteri anda dikongsi secara bersama, adakah? Adakah di atas nama human rights ?
Atau, biarkan Bush memusnahkan Afghanistan dan Iraq, biarkan Peranchis menyekat kebebasan berpurdah, biarkan negara Cina menyekat globalisasi internet, biarkan Singapura menyekat kebebasan bersuara rakyatnya, biarkan pembantu rumah wanita Cina di negara mereka sahaja, biarkan Switzerland menghancurkan menara masjid di sana, biarkan imigresen Amerika menelanjangkan warga asing yang memasuki negara mereka dan biarkan semuanya tanpa peraturan ?

Seksyen 375 Kanun Keseksaan menyatakan bentuk hukuman perogol, seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya ada menyatakan hukuman untuk pemilik dan pembawa dadah, pelanggar mati pengguna jalanraya ada hukuman di bawah Akta Pengangkutan Jalan, masuk secara haram ke negara orang ada hukuman di bawah Akta Imigresen, melacurkan diri ada hukumannya, membunuh ada seksyen 302 dan murtad juga ada hukumannya.
Penganut Hindu, Kristian, Buddha dan lain-lainnya tidak murtad. Yang murtad adalah orang Islam. Kenapa takut dan kecoh sangat?

Adakah pesalah dalam kes ini akan bertaubat dan kembali kepada agama asalnya ?

Kerajaan Malaysia di bawah lima Perdana Menteri telah melakukan kesilapan besar kerana tidak memaklumkan kuasa Mahkamah Syariah dan bentuk hukuman untuk orang murtad kepada warganegaranya.

Undang-undang buatan manusia termasuk perlembagaan boleh dipertikai dan diubah tetapi Zabur, Taurat, Injil dan Quraan adalah wahyu.

Kepada pejuang human rights, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu....
Usah dirosak dan dijahannamkan erti dan nilai perjuangan yang ada.