Sunday, June 3, 2007

Alor Star Bandaraya Dalam Longkang


Mana Datuk Bandar

Apa tidaknya, setiap kali hujan lebat air parit dan longkangnya melimpah-limpah. Bukan peristiwa baru tetapi ianya berlanjutan sejak 15 tahun yang lalu. Setakat ini dikatakan Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) gagal menangani masalah banjir kilat di Alor Star.

Jalan Sultanah, Jalan Langgar, Jalan Stadium, Lebuhraya Sultan Abdul Halim, Alor Merah, Bandar Alor Star dan boleh dikatakan keseluruhan Bandaraya Alor Star yang berusia 250 tahun itu seperti berada dalam longkang.

Penduduk memberitahu, wakil rakyat kawasan berkenaan telah dimaklumkan berkali-kali . Tolak menolak diantara ADUN, Ahli Parlimen dan MBAS seringkali berlaku yang mana ini merugikan penduduk di sebelah sini.

Atau, adakah ADUN dan Ahli Parlimennya mahu terus membiarkan Alor Star dikenali dengan nama 'Alor Star Bandaraya Dalam Longkang'.


Ada Datuk Bandarkah di Alor Star ?


(Nama ADUN dan Ahli Parlimennya akan dipaparkan tidak lama lagi. Untuk makluman, jalan dan parit di sekitar kediaman persendirian YAB Menteri Besar Kedah di Taman Bayu Jalan Sultanah telah diperbaiki dan diperindahkan. Syabas MBAS)

3 comments:

Kedahlanie said...

Salam sahabat,
nice topic..saya nak ambik letak dlm blog saya kedahlanie harap memberi keizinan....

bukan apa ini cita negeri kita...jadi saya ambik lee....ok ke

AFRAR YUNUS said...

salam sdra;
t.kasih keran singgah. tujuan menulis utk memudahkan masyarakat di alor star mendapat kemudahan awam. itu pun jika pihak berkenaan melaluinya. saya tiada halangan. sdra dipersilakan. sila ziarah lagi. t.k

Anonymous said...

Woi apa nih ,,, x best laa kutuk negeri orang woi ... kok ya pon bubuh laaa tajuk yang elok skit .. apaa laa!!