Monday, September 13, 2010

Sosilawati : Polis tidak upaya kerana politik?


Kes kehilangan dan pembunuhan Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain menarik perhatian ramai sejak seminggu dua yang lalu.

Dikatakan peguam bergelar Datuk yang disyaki dalam pembunuhan ini mempunyai hubungan dengan ahli-ahli politik dan seringkali terlepas dari pendakwaan sedangkan sebelum ini pernah melakukan perkara yang sama.

Adakah polis Malaysia tidak cekap atau adakah campurtangan pihak ketiga juga dalam ketidakupayaan polis mendakwa 'peguam' berkenaan.

Cara pembunuhan hampir-hampir sama dengan Altantunya wanita Mongolia. Seorang dibunuh, dibakar dan dibuang ke dalam air dan seorang dibunuh, diletup dan ditinggalkan di atas bukit.

8 comments:

SiamangBukit said...

Hello samdol, mana ada sama kes ALtantunya. Bagaikan bukit dan tanah datar. Bagaikan bandar dan kampong

sepatkolam said...

nnti Datuk dibebaskan balaci kantoi....

Anonymous said...

siamangbukit oii!! samalah tu yang samanya ialah nyawa yang hilang,keluarga mangsa dirundung kesedihan,pembunuh tak dapat dikesan.kes altantuya,adakah benar kedua dua anggota polis tu adalah pembunoh sebenarnya?bagaimana pula bahan kawalan ketat askar c4 boleh digunakan oleh orang bukan askar iaitu polis?.adakah benar teoh beng hock cekik dirinya sampai mati?kejadian yang berlaku janganlah pulak kita melatah tanpa prihatin pada fakta atau membuat andaian.saya ucapkan takziah pada anggota keluarga yang kehilangan orang yang tersayang.

Saddam said...

Jangan apabila dibicarakan esok, peguam terlepas seperti Razak Baginda dan gurkha saja yang kena.

UMNOAPCO said...

Wei !! SiamDol !!! Bukit ka tanah datar kaa bandar kaa kampung kaa .. kena bunuh tu tetap mati.

Cuma tak pasti rekod sipembunuh tu ada dalam JPN ker tak .. mana tau terpadam macam Altantuya ...lol

SiamangBukit said...

kalau ikut ulasan anonymous, takde beza lah, mereka yang mati accident dengan kes altantunya. Nyawa hilang keluarga di rundung sedih.
Janganlah kita mentaliti sempit, sikit2 nak disamakan, dan diperlekehkan kes Altantunya. Walhal, motif kita tak tahu. Yang simati pulak tak tahu pegangan politik. Hormatlah sikit jenazah orang2 Islam saudara kita.

Anonymous said...

memang tak sama!

Dalam kes Sosilawati yang dihighlightkan berita ialah mastermind nya iaitu dua orang peguam adik-beradik yang mempunyai kenalan orang kenamaan itu.

Dalam kes Altantuya yang dihighlightkan pula ialah orang2 suruhan yang tukang tembak dan letup altantuya, mastermindnya terlepas bebas, memerintah dengan aman dan damainya! LOL...

Anonymous said...

Aku rasa siamang bukit ni macam lah dalam gambar blog dia. Tentu dia orang UMNO yang cukup bengap.