Saturday, September 4, 2010

Jabatan Agama paling corot dlm perkhidmatan awam

Ada orang kata Majlis Agama Islam (MAI) dan Jabatan Agama Islam (JAI) di negeri-negeri sekadar wujud sahaja.

Juga dikisahkan jabatan yang paling corot dari segi peranan, fungsi dan memberikan khidmat kepada masyarakat dalam perkhidmatan awam ialah MAI dan JAI.

Hatta dituduh kakitangan MAI dan JAI - tuntutan perjalanan mereka diantara yang paling tinggi. Ada kalangan sheih-sheih yang beristeri lebih dari satu berebut-rebut mencari sumber pendapatan.

Tuduhan juga dilemparkan bahawa ada pegawai agama dan kadhi bersikap seperti "Sir".

Bila dipersoalkan mereka akan berkata, "kami kerja ikut titah tuanku".

Dakwa mereka lagi, jabatan yang hidup segan mati tak mahu ini boleh digabungkan dengan jabatan yang lebih 'berperanan'.

Entah betul entah tidak dakwaan-dakwaan ini. Kot-kot tak betoi, sheih-sheih bolehlah pebetoikan !

9 comments:

ALI MAIDIN said...

Sheikh, kenapa buat tuduhan yang benar ni...

Jalil said...

Salam Tuan
Ada kadi kena tumbuk dengan suami Minah di Kedah. Minah ada masalah dengan suami. Minah mengadu pada kadi. Kadi main-main. Minah baik dgn suami mengadu pula pada suami. Suami ke pejabat Kadi dan tumbuk kadi.

Ha..ha

Anonymous said...

Orang Asli dan muallaf lain dibiarkan. Kes mahkamah terlalu lambat. Mahkamah syariah kurang dihormati. Kakitangan ramai, kerja lambat. Bila nak ubah mentaliti pak sheih.

Anonymous said...

Dulu saya pernah pergi ke Majlis Agama Islam salah sebuah negeri di Utara Semennjung hendak bayar zakat. Mereka layan saya macam saya hendak mintak zakat. Itu lah kali pertama dan akhir saya bayar zakat kepada mereka.Sekarang saya bayar zakat kepada asnaf yang saya cari sendiri.
Walaupun tak boleh claim potogan 'income tax' tapi saya puas hati.

Orang Lama.

Anonymous said...

Klu dh UMNO keje tu utk duit la bkn untuk agama...phm2 jela ekk

semut api said...

Umum mengetahui di Malaysia, masjid sebagai institusi Islam dalam Perlembagaan Malaysia diletakkan di bawah kuasa kerajaan negeri. Peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia itu memberi dan memperakui autonomi kerajaan negeri dalam hal ehwal Islam dan adat Melayu. Dalam hal ini jelaslah bahawa urusan masjid dikawal oleh kerajaan negeri. Ia diurus tadbir melalui institusi Majlis Agama atau jabatan agama negeri masing-masing.

Contohnya di Negeri Selangor , Jabatan Agama Islam (JAIS) telah melantik tiga orang Imam bagi sesebuah masjid yang terdiri daripada Imam satu, Imam dua dan Imam tiga. Ketiga-tiga Imam ini dibayar elaun secara bulanan oleh JAIS.

Apa yang mendukacitakan imam-imam ini adalah elaun yang sepatutnya dibayar pada setiap bulan tetapi malangnya telah tidak dibayar dan tertunggak sejak dari tahun lepas lagi hingga ke hari ini. Saya tidak pasti sama ada kesemua imam belum menerima elaun atau mungkin hanya sebahagian imam-imam di negeri Selangor yang belum menerima tetapi sememangnya ada antara imam-imam di sesetengah daerah terutamanya imam tiga belum menerima elaun masing-masing sejak setahun yang lepas.
Saya melihat peruntukan sebanyak RM10.08 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi membiayai elaun guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), imam serta guru takmir di negeri ini telah disampaikan oleh Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor (MTPNS) kepada baginda Sultan Selangor dalam satu majlis di Istana Bukit Kayangan sambil disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 20 April 2010 yang lalu sebagai amanah yang perlu dilaksanakan dan ia pastinya juga untuk menampung tunggakan elaun imam-imam ini.
Harus di ingat bahawasanya lantikan imam-imam ini adalah setelah menerima watikah lantikan dari Sultan Selangor sendiri sebagai Ketua Agama Islam negeri. Apabila elaun mereka tidak di bayar samalah juga keadaannya seperti kita mengingkari perintah Sultan dan apa yang lebih malang lagi mengingkari amanah Allah.

Anak Tok Imam,
Selangor Darul Ehsan.

SUMBER; UTUSAN MALAYSIA-20/8/2010

agaknya benar dakwaan itu..
~SELAMAT HARI RAYA~

AFRAR YUNUS said...

Salam Sheikh Ali
tuduhan yang benar tidak mengapa kot, jangan kebenaran yang palsu.

II salam sdra jalil
kedah pula tu. kadhi kena tumbuk ? jika ada maklumat lengkap tolong e melkan - nak tau juga kadhi daerah mana.

III sdra ano - salam
saya setuju sangat dengan pandangan itu. banyak berlaku dan menjadi rungutan orang yang berurusan dengan jabatan agama yang mandom itu.

IV salam sdra anoII
molek juga cari asnaf sendiri. tak semestinya dgn jabatan atau majlis. mungkin ramai sangat pekerja yang dok goyang kaki di sana, sampai tak kenal pelanggan.

V.salam sdra ano III
kita doakan ada perubahan supaya masyarakat dapat menikmati erti kemerdekaan sebanar.

VI salam sdra deanz
diharap kerajaan negeri dapat membantu tok-tok imam berkenaan. ialah bukan tugas kerajaan negeri. sudah pasti di bawah jabatan dan majlis yang dimaksudkan sedangkan jabatan dan majlis ii melawan arus dengan kerajaan negeri. MB tidak boleh disalahkan kerana ada pegawai yang akan berkata, "saya kerja ikut titah tuanku".

tk

selamat hari raya eidul fitri untuk semua.

Anonymous said...

JABATAN AGAMA ISLAM DAN MAJLIS AGAMA ISLAM.. memang lembab..

salahnya berpunca daripada UMNO sendiri, kerana mereka melantik pegawai-pegawai yang lembab dan tiada kualiti.

Kebanyakan pegawai dan staf majlis agama dan jabatan agama hampir kesemuanya kaki ampu dan pak turut.

Kerja tak jalan.. sbb budaya memang macam itu. Satu reformasi harus dijalankan, lantik pegawai2 yang benar2 layak utk memimpin. Bukannya serah kepada mereka2 yang hanya tahu berbicara dan berceramah sana sini je... kerja tak buat!!

AFRAR YUNUS said...

salam sdra ano 13 sept 12.28pm

rata-rata masyarakat sebagai pengguna mengadu perkhidmatan MAI dan JAI negeri-negeri cukup teruk. kerajaan negeri-negeri dan cuepacs kena tengok secara serios dan intensif. setuju dengan pandangan sdra reformasi dalaman agensi ini wajib dilakukan. jangan esok masyarakat mengatakan, makan gaji haram atau makan gaji buta.
tk sdra