Saturday, September 18, 2010

Perkasa diminta wujudkan banyak cabang

Ramai ahli UMNO di kawasan Gerik Perak mencadangkan agar Ibrahim Ali, Presiden Perkasa mewujudkan cabang bagi NGO itu.

Mereka mahu agar Pemuda Perkasa, Wanita Perkasa, Puteri dan Putera Perkasa diwujudkan bagi menarik lebih ramai ahli UMNO menyertai pertubuhan itu.

UMNO sudah tidak boleh diharapkan untuk membela kaum Melayu kata mereka. Najib Tun Razak dikenal pasti menghidap penyakit Abdullah Badawi iaitu membisu dalam banyak hal.

Mereka juga mahu agar Tun Dr Mahathir Mohamed terus menjadi penasihat Perkasa.

Orang luar pula diminta agar tidak campurtangan dalam pertembungan dua puak Melayu ini - UMNO dan Perkasa.

Biarkan mereka berlawan - menang jadi arang, kalah jadi abu.

No comments: