Friday, September 17, 2010

Reman polis Kuala Langat

Apa habaq polis Kuala Langat ?

Datuk Peguam sudah direman selepas satu persatu mangsanya dibunuh. Senang pun ada, susah pun ada dibuatnya.

Dulu Kuala Langat terkenal dengan Pantai Moribnya. Keluasan Kuala Langat melebihi 87,700 hektar. Penduduknya mencecah 200,000 orang. Majoritinya Melayu.

Kini terkenal pula dengan pembunuh bersiri belaan entah siapa.

Kuala Langat juga terkenal dengan cebisan manusia yang ditemui di dasar sungai-sungainya. Kuala Langat menaikan nama polis kerana banyak laporan yang dibuat tidak habis disiasat.

Ramai sangat menuding jari. Pelbagai soalan yang ditanya. Ada yang tanyakan Ismail Omar, kenapa banyak kes orang hilang tidak disiasat polis ? Ismail berpendapat, itu yang memuskyilkannya.

Blog alkerohi juga ditanya. Bolehkah kakitangan Balai Polis Kuala Langat direman untuk disoal siasat ?

Ini memuskyilkan saya.

Ramai juga mahu agar Ketua Polis Selangor ditempatkan di bahagian statistik Bukit Aman. Dia dikatakan orang bijak. Bijak bercakap.

Ada juga yang bertanya, bagaimana cara memecat Hishamuddin Tun Hussein Onn sebagai Menteri Dalam Negeri ?

Referendum rakyat !

Nak harap dia letak jawatan atau dipecat oleh Najib Bangsawan yang juga merupakan sepupunya, kena tunggu matahari bersalji.

Khabarnya - ikan selangat pun sudah tidak berminat tinggal di Kuala Langat akibat kerenah manusia.

No comments: