Saturday, November 7, 2009

Kedah akan ikut PAS Terengganu

Keluar mulut harimau masuk mulut syaitan. Ustaz Abdul Hadi Awang Presiden PAS dan Ustaz Azizan Menteri Besar Kedah diibarat seperti itu.

Ibarat sahaja, bukannya betul-betul ?


Harimaunya Ustaz Hadi bukan kerana keberaniannya. Begitu juga dengan Ustaz Azizan Razak.

II TERENGGANU SATU PENGGAL SAHAJA

Rakyat Terengganu pernah memberikan amanah kepada PAS untuk mentadbir negeri itu. Namun negeri itu boleh terlepas semula kepada Barisan Nasional. Itulah hebatnya PAS Terengganu.

PAS cuma dapat dan boleh memerintah Terengganu hanya untuk satu penggal sahaja.

Terengganu satu penggal sahaja. Jika Malaysia, berapa minggu agaknya.

III PAS KEDAH KEKAMPUNGAN

PAS Kedah pula masih kekampungan. Ia menganggap dirinya mewakili orang Melayu sahaja. Mentaliti kebanyakkan mereka masih belum berubah. Termasuklah wakil rakyat dan exconya. Apalagi ‘budak-budak’ yang mengelilingi Menteri Besar itu.

Jika di dalam pilihanraya yang lalu, angin perubahan sokongan rakyat dapat dirasakan oleh orang biasa termasuk seperti saya, malang pula bagi kepimpinan PAS yang terkejut dan langsung tidak menyangka bahawa mereka akan menguasai Kedah.

Ini boleh terjadi kerana perhubungan mereka ketika itu hanyalah sesama orang Melayu. Mereka terlupa bahawa di Kedah ada orang Cina, Tamil dan Siam.

Selepas pilihanraya kedua belas, sokongan rakyat kepada PAS menurun di Kedah terutama sekali daripada masyarakat Cina.

Namun isu di Perak meningkatkan kembali populariti Pakatan Rakyat di negeri itu kerana ramai pemimpin DAP Perak berperanan menyampaikan masej demokrasi kepada kaum Tionghua di negeri Kedah.

Angin perubahan di Kedah sudah mula ‘dirasakan lagi’ biarpun PAS yang masih kekampungan ini cuba menafikan dan sedang syok sendiri.

Ramai penyokong PAS yang lebih liberal dan yang tidak ada peranan dalam perjalanan aktiviti di Kedah berharap Ustaz Azizan boleh meninggalkan rentak dan gaya Ustaz Hadi.

Jika Azizan dan 'orang-orang kuat'nya teruskan membelakangi kehendak rakyat tanpa kelihatan adanya perubahan sebelum pilihanraya ketigabelas, Kedah tetap akan mengikuti negeri Terengganu kata pemerhati politik.

Melepaskan kuasa kepada Barisan Nasional di Kedah seperti mana berlaku di Terengganu bermakna akan tertutuplah peluang kedua bagi PAS dan jika adapun selepas itu pasti akan mengambil masa yang panjang.

IV KELANTAN MACAMANA ?

Bagi saya biarpun Kelantan diperintah PAS selama hampir dua puloh tahun, wang ihsan jika kekal ditangan UMNO, ianya akan digunakan oleh Barisan Nasional untuk menarik lebih ramai pengundi.

Secara jujur dinyatakan, sampai bila rakyat Kelantan mahu tinggal dalam kekotoran dan ketinggalan dari segi pembangunan. Dahulu mereka dikotor dan ditinggalkan oleh UMNO.
Kini, Manek Urai membuktikannya.

Adakah Islam cintakan kekotoran dan tidak sukakan pembangunan?

No comments: