Kedah pasti hanyut
Penyokong tegar PAS di Kedah mengatakan bahwa DAP cuma mempunyai satu kerusi sahaja di DUN Kedah. Jika tidak berpuas hati, DAP boleh cari jalan lain.
Saya bukanlah penyokong 'membela babi' . Malah bagi saya, masalah babi tidak dapat diselesaikan oleh Osman Aroff, Sanusi Junid, Syed Razak dan Mahdzir Khalid - kesemua bekas Menteri Besar UMNO di Kedah itu gagal menanganinya lalu menurunkan masalah kepada kerajaan PR.
Sukar diramalkan, samada UMNO dan BN takut kepada pengundi Cina atau samada mereka suka dan biarkankan isu tersebut menjadi senjata pada masa pemerintahan mereka.
Ada penyokong PAS mahu DAP disisih atau diperhambat keluar dari Pakatan Rakyat. Mereka menyanyikan lagu yang sama seperti yang didendangkan oleh UMNO. UMNO dan BN mahu Pakatan Rakyat di Kedah berpecah belah.
Apa yang penyokong tegar PAS mahu ?
Satu kerusi kawasan pilihanraya DAP bukan bermakna bilangan pengundinya terhad setakat itu sahaja. Banyak kawasan lain yang dihuni pengundi Cina.
Di dalam pilihanraya yang lalu, undi mereka telah dberikan kepada PR. Baik oleh pengundi Cina MCA, Gerakan atau DAP. Ini adalah kenyataan dan wajib disedari oleh pemimpin dan penyokong PAS Kedah.
Apakah nawaitu pengundi Cina beralih arah menyokong PR ? Seperti yang saya kata, mereka bijak mengundi dan tidak seperti orang Melayu dalam UMNO.
Beberapa bulan yang lalu, semasa saya berbual-bual dengan pengundi Cina di Alor Setar dan Sungai Petani, ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan negeri sedia ada. Pelbagai isu yang dibangkitkan.
Namun isu rampasan kuasa di Perak telah melonjakkan kembali sokongan pengundi Cina kepada kerajaan PR di Kedah.
Saya tidak mahu menyokong DAP kerana babi. Tetapi saya berharap PAS di Kedah jangan perasan sendiri sepertimana kerajaan Perak yang lalu.
Bukan sahaja exco-exco dan JKKKKnya tetapi para blogger di Perak satu masa dahulu syok sendiri. Akhirnya membawa kepada rebahnya Kerajaan Perak.
Itulah yang saya nampak di Kedah. Ramai yang mula syok sendiri dan bercakap besar.
Nasihat saya, jika nak buat kerajaan Pakatan, pakatlah secara elok-elok.
Sikap Azizan yang 'perongos' dan suka membuat keputusan seorang diri perlu diubah.
Exco-exco Kedah yang penakut perlu memberanikan diri berhadapan dengan rakyat. Jika tidak, seperti kata Mahdzir Khalid, tidak mustahil Kedah mengikuti Perak.
Terus-terang saya katakan - selamatnya Kedah pada hari ini banyak dibantu pemerintah negeri. Jika tidak sudah lama kerajaan negerinya hanyut lantaran sikap 'syok pemimpin-pemimpinya'.
Budak-budak muda yang berpolitik di Wisma Darul Aman perlu mengambil iktibar perkara ini. Jangan biarkan pilihanraya ketiga belas mengubah keadaan.
No comments:
Post a Comment