Wednesday, January 28, 2009

Rithauddeen : Mansuh sayap atau kebumikan UMNO

Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail Pengerusi Lembaga Disiplin Umno yang baru-baru ini dituduh pelbagai pihak termasuk mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed sebagai menyimpan beratus aduan akar umbi dalam UMNO tanpa bertindak, kini bersuara pula.

Kata beliau, "perlukah ada Putera dan Puteri ni. Mereka lagi banyak main duit. Pemuda dan Wanita juga perlu dipertimbang untuk dimansuh".tengku ahmad rithauddeen

Bermakna Azeez, Noraini, Rafidah dan Hishamuddin tidak perlu ada pun tak apa. Itu yang dibayangkan oleh Riathauddeen.

Katanya lagi, jika UMNO benar-benar serious hendak menghapuskan gejala politik wang, maka sayap-sayap dalam UMNO itu perlu dihapuskan.

Pada hemat saya, bukan sahaja budak-budak Putera dan Puteri itu perlu menumpukan perhatian terhadap pelajaran, mereka perlu belajar beribadah, perlu belajar berdiri sendiri, belajar menjaga keluarga sendiri, jangan pentingkan wang dan projek, belajar menghormati masyarakat, jangan memberikan muka kepada mat-mat rempit dan sebagainya.

Rithauddeen berkata lagi, bahawa sistem kuota dalam UMNO pun perlu dimansuhkan.

Selepas kekalahan demi kekalahan, selepas rakyat naik meluat dengan UMNO, selepas rakyat nampak pengisian tembolok oleh pemimpin-pemimpin UMNO, selepas kelihatan anak-anak pemimpin dihantar belajar di luar negara, selepas rasuah berleluasa, selepas sistem negara diperkosa, selepas jenayah semakin menjadi-jadi, selepas kroni bermaharajalela dan selepas kelihatan anai-anai sedang memakan tiang-tiang negara - maka lahirkah rasa penyesalan dan taubat di dalam diri mereka ?

Masih belum. Ini baru cubaan membelit rakyat semula dengan menanam tebu dibibir. Memfantasiakan rakyat dengan akademi UMNO yang sudah usang.

Cadangan Tengku Ahmad Rithauddeen itu dikira beberapa pihak dalam UMNO sebagai terbaik. Iaitu memansuhkan semua cabang-cabang Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri.

Namun yang lebih terbaik ialah - bukan sahaja Azeez, Noraini, Rafidah dan Hishamuddin tidak perlu wujud tetapi mansuhkan sahaja UMNO itu. Semua akan menjadi aman dan sejahtera dengan pengkembumian parti tanpa roh itu.

Apa kata kita mencuba parti baru? Beri satu peluang kepada mereka.
(Foto:Malaysiakini)

2 comments:

Anonymous said...

Salam.
Singgah di blog tuan yang bertemakan "buatlah kebaikan ...." merasakan seolah-olah tidak ada kebaikan langsung di negara ini atau tuan tidak pernah menerima apa-apa kebaikan. Kalau saya tersalah saya minta maaf. Sekadar ingatan: Jangan sampai kita dikatakan kufur nikmat.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra

tema saya, buatlah kebajikan....

terimakasih diatas ingatan saudara.

sesungguhnya ingatan untuk kejalan allah tidak akan membawa kekufuran insyaallah.

sama-samalah kita berdoa.