Sunday, March 30, 2008

Undang-undang hutan UMNO


Kata Shahrir Samad, "baguslah Tun Dr Mahathir telah sedar bahawa beliau telah melakukan kesilapan dua puloh tahun yang lalu . Sekarang dia hendak mengadakan sistem satu ahli satu undi dalam pemilihan UMNO dan merasakan keputusannya dulu adalah silap dan tidak perlu".

Undang-undang yang digubal selepas pemilihan UMNO 1987 itu bolehlah dikira sebagai undang-undang hutan yang tidak pernah diamalkan oleh manusia bertamadun.

Cuma UMNO sahaja yang seronok dengan undang-undang seperti itu untuk melahirkan pemimpin-pemimpin ala-rimba.

Sudah sedar, baguslah.

2 comments:

Unknown said...

walau pun sedar agak lewat tapi ada baiknya sebelum mati dan mohon ampun dan maaf dan bertaubat nasuha, semoga Allah ampunkan. yang menarik bantuan sekolah agama rakyat tu ingat lagi tak....?
tapi saya hairan dan pelik ada seorang lagi orang yang belum sedar-sedar al-maklum-lah kerana masih tidor lagi. bila seseorang itu dalam kaedaan 'tidor' maka hukum terlepas kepada dia, walau pun wajib dilaksanakan. tetapi ingat!, bila ia sudah sedar nanti kena laksanakan dengan segera, kalau tak nanti berdosa.
orang macam ni faham ke apa yang orang lain tegur untuk dia.....?
sedarlah wahai pm malaysia, awak tu banyak tanggungjawab yang wajib dilaksanakan.
jangan asyik tidorrrrrr aje.
kata cucu kepada ulama tersohor tapi perangai dan ucapan.........tersasar jauh..... kena match lah dengan title sebagai cucu kepada ulama tersohor tersebut, baru orang lain boleh ikut kata, ini tak, 'kita pantang dicabar'....apa maksud tersirat.....?tolong beri penjelasan.....!biar semua orang tahu, jangan nak bangangkan orang lain.....!

AFRAR YUNUS said...

salam saudara
dia ada semacam kecenderungan dalih membela diri atau tidak mengaku apa yang telah dibuatnya. terlalu banyak institusi di malaysia telah dijahanamkannya. rasuah berleluasa ketika dia, kakitangan awam mula bertukar cara berfikir, parti politik mengamalkan wang, ramai yg ditangkap tanpa bicara dsb. hari ini para penulis juga enggan komen tentangnya kerana sekali-sekala dia memberikan pandangan menyebelahi pembangkang. ini adalah sesuatu yg tidak sepatutnya berlaku.