Sunday, May 11, 2008

Tajol Rosli bersandiwara cari simpati ahli UMNO

Tajol Rosli main wayang lagi. Kononnya bersedia untuk meletakkan jawatan sebagai ADUN Pengkalan Hulu (Keroh).

Beberapa bulan yang lalu, Tajol menghebohkan bahawa tidak lagi akan bertanding dalam pilihanraya kedua belas. Tiba-tiba Tajol mendapat ilham dan petunjuk supaya bertanding semula kerana jika membiarkan muka baru menggantikan beliau, lebih-lebih lagi kejawatan Menteri Besar, sudah tentu banyak masalah baru yang akan timbul.

Cuma Tajol malu hendak memberitahu, ketua-ketua UMNO di Perak sudah memukul gendang untuk berperang sesama sendiri merebut jawatan Menteri Besar.

Sekarang, Tajol hendak menguji pasaran ahli-ahli UMNO samada beliau masih laku atau tidak. Jadi dipukul pula gong bahawa ia sanggup meletakkan jawatan sebagai ADUN Keroh.

Aduhai Tajol ! Letak sahaja jawatan. Biar ada pertandingan semula. Semoga dengan pilihanraya kecil ini akan membawa sedikit kemajuan pada penduduk Keroh. Tidak kira siapa yang menang.

Semoga dengan pilihanraya kecil ini, nampaklah pembangunan. Lima puluh tahun BN memegang Keroh, cuma yang nampak adalah pembinaan kem Pasukan Gerak Am dan MRSM . Itupun sedang dalam pembinaan.

Keroh satu legasi UMNO dan BN yang masih ketinggalan jauh dalam segala segi.

Banyak sangat rungutan tentang sikap lalang dan lembam Tajol. Tiada banyak yang dilakukannya samada sebagai ADUN, Ahli Parlimen dan Menteri Besar. Cuma lima penduduk Keroh telah di'jutawan'kannya. Merekalah segala-galanya bagi Tajol. Bukan sahaja di Keroh tetapi di seluruh Perak.

Sepatutnya Tajol melepaskan jawatan Pengerusi UMNO dan BN di Perak terlebih dahulu. Itu baru nampak kejantanannya. Kemudian, serahkan nasib untuk pengundi menentukan kedudukannya sebagai ADUN.

Sekadar cakap sanggup meletakkan jawatan ADUN, Tajol cuba memperbodohkan ahli-ahli UMNO di Perak yang sudah mula bersuara supaya dia di'nyah'kan dari politik negeri Darul Ridzuan itu.

Tajol sedang mencari simpati dan belas kasihan dengan memperlekehkan ahli-ahli UMNO di Keroh dan di Perak.

Apalagi Tajol ? Takkanlah nak hidup selama-lamanya di atas undi pos dan undi 'penduduk asli' di Keroh.

No comments: