Saturday, May 31, 2008

Wanita JIM : Jadikan pakaian rasmi

Kenyataan Prof Madya Dr.Harlina Halizah Hj Siraj, Ketua Wanita JIM Pusat berkaitan cadangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) supaya Kementerian Pelajaran Malaysia mempertimbangkan pertukaran warna pakaian seragam pelajar-pelajar perempuan, terutama sekali baju putih mereka seolah-olah menempelak satu cadangan murni yang melibatkan masa depan anak-anak kita.

Sebagai pekerja sosial, saya dan beberapa rakan lain saban hari bertemu dengan kes-kes mencabul kehormatan, kes-kes rogol dan sumbang mahram .

Diantaranya adalah kes pelajar-pelajar sekolah menengah. Banyak sebab atau punca berlakunya kes-kes seperti ini dan diantara adalah kerana cara berpakaian.

Baju putih yang dipakai pelajar perempuan didapati tidak bersesuaian dengan kehidupan sosial sekarang. Ianya jarang dan menampakkan badan bukan sahaja ketika waktu hujan malah pada hari-hari biasanya.

Saya tidak menafikan kenyataan Harlina bahawa krisis nilai dan moral serta didikan dengan nilai agama adalah faktor penting dalam pembinaan saksiah pelajar. Apakah pakaian jarang ini bukan merupakan salah satu daripada faktor penyumbangnya ?

Jika bukan, ramai yang berpendapat elok benar wanita JIM menjadikan pakaian seperti ini pakaian rasmi mereka untuk membuktikan kata-kata dan jadikan ia sebagai kepimpinan melalui teladan.



No comments: