alkerohi

"Buatlah Kebajikan Walau Sebesar Zarah"

widgets

Friday, August 31, 2007

Merdeka . Yang Bagaimana ?

Sambutan ke 50 tahun ala UMNO.

Posted by AFRAR YUNUS at 8/31/2007 12:05:00 AM 0 comments  

Labels: politik

Wednesday, August 29, 2007

Main aci dengan undang-undang

Main aci tangkap masa kecil-kecil dulu menyeronokkan. Masa permainan tersebut, tidak ada pun Peguam Negara atau Ketua Hakim Negara. Tetapi ianya boleh berjalan dengan telus walaupun ada sedikit kekecohan.

Main aci politik dan undang-undang di Malaysia kini sangat mencuriga, membosan dan menghilangkan kepercayaan kepada pihak-pihak tertentu.

Masih ingat lagi kes Tun Salleh Abbas. Itu dulu. Kini, kes terbaru pula melibatkan Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah BPR, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM4.6b zon bebas Pelabuhan Kelang, 37 pertuduhan terhadap Datuk Zakaria Md Deros dan berpuluh kes berprofail 'bertingkat-tingkat'.

Banyak yang tidak sampai ke mahkamah lalu sudah selesai. Baguslah. Apa yang bagus ?

Bagi orang biasa yang dikenali sebagai rakyat Malaysia lain pula halnya. Ingat lagi kes Nat Blogger . Nat hilang beberapa jam. Kemudian diketahui berada di Balai Polis. Bukan sahaja Nat. Banyak kes lain. Apakah prosidur polis mengambil atau menahan orang yang disyaki ? Setahu saya ada kaedah tertentu untuk memaklumkan bahawa orang yang diambil itu berada dalam jagaan pihak-pihak tertentu.

Jika main tangkap pakai jala sekali pun, tentu tahu di mana ditangkap, siapa yang tahan, tujuan ditahan, mana nak dibawa mereka dan sebagainya. Main harung macam yang dilakukan kepada rakyat biasa ni kata orang - kerja makhluk jahat. Kerja perompak, penyamun, penyangak, gangster, samseng dan segala macama manusia loklak.

Adakalanya di Malaysia penyamun pun jenis dikenali ramai, ada duit, ada kedudukan dan ada 'gelaran'. Tapi, bila terlibat dalam kes - tidak kena apa-apa tindakan disebabkan pelbagai alasan.

Terkenang saya kisah masa kecil-kecil dulu.

Seorang kawan yang tinggal di Pekan Keroh ditahan polis kerana membawa pistol yang diseludup dari Betong, Thailand. Saya dan beberapa rakan lain pernah melihat dan memegang pistol tersebut. Saya mati-matian ingat pistol itu adalah mainan atau jenis pemetik api.

Sehinggalah beberapa hari kemudian, class-mate saya ini ditahan polis. Sudahlah pekan Keroh itu kecil. Heboh bagai nak kiamat. Saya dan beberapa orang kawan sempat ke rumahnya untuk bertanya tentang apa yang terjadi. Maklumlah, persahabatan kami bukan setakat di kelas sahaja. Kami akrab sehinggalah ke rumah dan dia merupakan pemain hoki sepasukan.

Kami tanyakan dia, "Mana hang ambil. Macamana boleh bawa keluar dari Betong". Perjalanan dari Keroh ke Betong lebihkurang 10 km. Terkejut dengan jawapannya. Katanya, pergi dan balik dengan kenderaan toyota ke 30 kepunyaan seorang anggota polis. Kereta itu melintasi sempadan tanpa pemeriksaan samada dari Polis, Imigresen, Kastam atau UPP.

Saya tidak pasti samada dia membohongi saya. Apa yang saya yakin, dia seorang yang berterus terang. Akhirnya dia seorang sahaja yang kena. Mahkamah Juvana memerintahkan dia menjalani pemulihan di Sekolah Henry Gurney Melaka. Kesnya dikendalikan oleh seorang peguam terkenal.

Tidak sampai hati kami melihat ibunya menangis teramat sangat. Betapa hiba ahli keluarganya.

Dalam dok main aci sorok, bukan sahaja kawan kami yang usianya belasan tahun menderita mindanya, tetapi seluruh ahli keluarganya menerima malu dan tertekan. Pada ketika itu mereka tidak percaya kejadian tersebut adalah kerja seorang budak belasan tahun dan melibatkan dua negara. Saya tidak ingin mengatakan bahawa apa yang kawan saya lakukan itu adalah baik.

Namun, pada ketika itu kami disedarkan itulah undang-undang.

Itu cerita dulu-dulu ketika kami remaja. Cerita 30 tahun yang lalu.

Cuma, saya ingin meluahkan keluhan dan ketidakpuasan hati saya. Matapelajaran siviks yang saya belajar di Sekolah Menengah Tun Saban Keroh mengatakan bahawa undang-undang tidak mengenal sesiapa.

Tetapi, semakin saya dewasa, semakin banyak hari kemerdekaan yang saya lalui, semakin banyak dan semakin lebih besar dari kes yang kawan saya alami dapat pula saya lihat dalam ertikata yang sebenar. Undang-undang negara sudah terang lagi disuluh dalam membezakan warna, kedudukan, pangkat, pengaruh dan tidak lagi berpendirian adil.

Atau, adakah saya bersikap tidak adil dalam memfokaskan isu negara tercinta ini. Adakah saya tidak patriotik sempena kemerdekaan negara saya yang ke 50 ?

Bebaskah minda saya. Bebaskah saya. Bebaskah negara saya ?

Sesekali negara saya dilabelkan sebagai negara demokrasi, sesekali negara bukan teokrasi dan sesekali dilabelkan sebagai negara Islam. Kita bebas melabelkan Malaysia mengikut selera hati kita.

Entah. Tapi apa yang saya pasti ianya tidak sebebas ketika kami main 'aci tangkap' masa kecil. Dahulu, apa yang kami cari, itu yang ditangkap. Hari ini, lain yang dicari, itulah yang terlepas.

Posted by AFRAR YUNUS at 8/29/2007 12:03:00 AM 2 comments  

Labels: politik

Sunday, August 26, 2007

Common Law : Betul kah Gani Patail ?

Seperti yang diduga, mereka sudah mula bercakap berkenaan Common Law. Apa kata Koh Tsu Koon. Ini pula pandangan Lim Kit Siang.

Kita tunggu pula suara dari Majlis Peguam Malaysia.

Gani Patail pula dikatakan mencadangkan undang-undang syariah menggantikan Common Law. Terkejut dibuatnya berita ini. Betulkah ?

Posted by AFRAR YUNUS at 8/26/2007 09:02:00 PM 4 comments  

Labels: undang-undang

Wednesday, August 22, 2007

Common Law Wajar Dipinda

Cadangan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim bahawa rujukan kepada Common Law Inggeris perlu dimansuhkan daripada undang-undang sivil negara perlu diberi sokongan.

Untuk mengharapkan Majlis Peguam memberikan cadangan sebegini adalah di luar pemikiran warga Malaysia. Kata Ketua Hakim Negara lagi, "minda pengamal undang-undang tempatan masih terjajah"akibat merujuk Common Law ini.

Tambah beliau lagi, "Kegagalan memartabatkan perundangan sendiri seolah-olah memperlihatkan Malaysia sudah ketandusan kepakaran sehingga terpaksa meminjam daripada Common Law Inggeris sejak tahun 1957".

Apa yang lebih menarik ialah, beliau menyarankan bahawa sudah tiba masanya untuk memartabatkan undang-undang Islam bukan sahaja dalam perundangan negara tetapi juga perundangan antarabangsa.

Hampir 50 tahun merdeka, pada hemat saya bukanlah masanya bagi Ketua Hakim Negara berpolitik. Saya pasti kenyataan Ketua Hakim berkenaan datangnya dari kesedaran yang mendalam terhadap masa depan negara.

Tunggu dan lihat apa kata pakar undang-undang di Malaysia yang pro-barat dan sekian lama bergelumang dengan Common Law yang mereka ibaratkan sebagai undang-undang tinggi "dunia".

Perkara sebegini tidak patut dilengahkan lagi. Memang akan ada suara sumbang yang tidak bersetuju sepertimana di awal cadangan penggunaan Bahasa Melayu di mahkamah.

Namun kini semuanya berjalan lancar. Mana patut orang yang tidak bertanggungjawab mengaturkan disiplin di dalam rumah kita.

Sesungguhnya apa yang lebih menakutkan ialah kemungkinan adanya ahli di dalam rumah kita yang bertindak seperti api di dalam sekam berbanding orang yang tidak bertanggungjawab tetapi sudah dikenali.

Posted by AFRAR YUNUS at 8/22/2007 06:55:00 PM 0 comments  

Labels: undang-undang

Tuesday, August 21, 2007

Wah! Hebatnya Bekas MB Selangor

Dalam artikel terbarunya, Mike Tyson atau Mat Tyson bekas Menteri Besar Selangor diperkenalkan Raja Petra Kamaruddin (RPK) pengendali blog Malaysia Today sebagai si malaun atau Mamat a/k Muhammad.


Sebelumnya si mamat ini telah mengecap para blogger sebagai pengecut. Tindakbalas berikut membuatkan RPK menjelaskan bahawa beliau bukanlah manusia yang mempunyai telur yang kecut yang membawa makna beliau bukanlah dari kalangan blogger pengecut seperti yang dikatakan.


Diantara dakwaan terbaru RPK dalam Malaysia Today adalah:

  • RM600 juta wang kerajaan Malaysia telah diselewengkan dan diberikan kepada 119 bahagian UMNO. Setiap bahagian mendpat RM3 juta.
  • Abdullah Ahmad Perdana Menteri Malaysia sekarang semasa menjadi TPM telah terlibat dalam program tukaran minyak untuk makanan Iraq.
  • SCOMI syarikat milik Kamaluddin, anak PM Malaysia sekarang menikmati projek Petronas sejumlah RM1.5 billion.
  • PM Malaysia mengenali BSA Tahir yang terlibat dalam kes penjualan senjata haram. Tahir kini dikatakan ditahan menurut ISA.
  • Rumah di Perth tempat persinggahan PM adalah milik Patrick Lim. Patrick pula didakwa sebagai rakan kongsi perniagaan Kamaluddin anak Abdullah, PM Malaysia sekarang.
s Patrick juga dikatakan terlibat dalam skandal wang ehsan di Terengganu berjumlah RM1 billion.
Majlis Tertinggi UMNO Malaysia ada membincang dalam mesyuaratnya untuk mensabotaj Tun Dr Mahathir dari menjadi ahli G7 .
  • RM200.00 seorang telah diberi bagi tujuan pensabotajan tersebut.
  • Kisah si mamat ini menipu Tuanku Sultan Selangor berkenaan perkahwinananya dengan Ku Yah di Thailand akan didedahkan.
  • Surat mohon maaf dari si mamat dan surat akuan nikah yang akan dibuktikan nanti.
  • Kerugian kerajaan Negeri Selangor sejumlah RM800 juta dalam urusan penswastaan bekalan air.
  • Dan banyak lagi.

RPK mencabar supaya si mamat yang menggelarkan para blogger sebagai pengecut bersedia dan beliau sanggup membuat pendedahan ini di Ibu Pejabat UMNO. Iaitu membuat dakwaan tersebut di tanahairnya sendiri, Malaysia.

Kepada si mamat, bagaimana ?

Apa guna menggali perigi,

Air masin bilakan tawar;

Apa guna bernikah lari,

Nama baik jadi tercemar.

Betullah, peribahasa "naik seperti semut, turun seperti ribut" tidak boleh dipakai lagi dalam konteks politik di Malaysia.

Perlukah ditukar dengan peribahasa baru, naik seperti ribut, turun tak juga-juga.

Posted by AFRAR YUNUS at 8/21/2007 08:46:00 PM 0 comments  

Labels: politik

Sunday, August 19, 2007

Pemuda UMNO Gerun Dengan MCA

KJ tidak faham bahasa Mandarin. Itulah alasannya enggan memberikan komen terhadap kritikan tajam Pemuda MCA terhadap UMNO.

Budak kecil ini sama tabiatnya dengan ZAM. Sangat takut dengan MCA dan MIC. Tetapi apabila dengan PAS atau KEADILAN dan DAP, mereka hentam satu macam.

Hentam di belakang sahaja. Bila diminta berdepan tak berani pun.

Maka seluruh ahli MCA mentertawakan sekalian yang merasakan diri mereka sebagai pemuda dalam Pemuda UMNO kerana sikap membisu terhadap kritikan itu. Mereka menterjemahkan isi ucapan itu sebagai, MCA memperingatkan UMNO bahawa tiada yang supreme diantara UMNO dan MCA.

Atau, No 'master and slave' in BN.

Digenggam MCA bimbang ianya mati, hendak dilepaskan MCA - seperti ancaman mereka kepada parti Kanveas yang mereka anggap sebagai lemah itu- takut pula MCA terbang.

Maka berpoligamilah mereka tanpa kerelaan dan keadilan.

Posted by AFRAR YUNUS at 8/19/2007 01:15:00 PM 2 comments  

Labels: politik

Saturday, August 18, 2007

Wanita Ramai Didera Tetapi Enggan Melapor

Samada wanita atau lelaki yang menjadi mangsanya, kes keganasan rumah tangga di Malaysia tidak berkurangan.

Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 perlu kepada pindaan. Banyak kelemahan yang terdapat di dalam akta ini.

Percayakah, wanita sering menjadi golongan yang paling ramai didera. Tetapi mereka juga adalah golongan yang paling ramai enggan melapor. Kenapa ?

Sebagai pekerja sosial, hubungan terus dengan mereka memberikan jawapan berikut. Lihat alasannya di sini.

Posted by AFRAR YUNUS at 8/18/2007 12:01:00 AM 0 comments  

Labels: wanita

Friday, August 17, 2007

Ahli UMNO Sama Perangai Tentera Iraq ?

Tun Dr Mahathir Mohamed bekas Perdana Menteri Malaysia berkata, pendiriannya yang tetap menyokong Umno itu tidak semestinya bermakna beliau juga menyokong sepenuhnya kepemimpinan parti.

"Ia seperti ditelan mati emak, diluah mati bapak. Kalau kita beri sokongan dan parti menang 90% atau lebih, pemimpin akan dakwa itu kemenangan mereka"kata Dr Mahathir lagi.

Katanya, tidak seperti bangsa lain, terutama orang Cina yang sangat pandai menggunakan undi mereka ketika pilihan raya secara strategik untuk menyampaikan sesuatu mesej, orang Melayu akan membuta tuli menyokong parti mereka walaupun calon yang diketengahkan adalah “tunggul”, tanpa mengira kepentingan bangsa, agama dan negara.

"Yang penting, orang Melayu sepatutnya boleh menyampaikan mesej kepada pemimpin bahawa mereka mesti meletakkan kepentingan rakyat melebihi segalanya dan jika mereka membuat salah, mereka boleh ditarik turun," tambahnya.

Namun, sejarah politik di Malaysia membuktikan bahawa orang Melayu dari parti PAS tetap teguh dan kekal dengan pendirian mereka dan tidak pernah bertukar arah. Masalahnya ialah dengan orang Melayu dalam UMNO. Mereka yang menjadi ahli biasa boleh dibeli dengan wang RM50.00 dan sehelai kain. Perwakilan peringkat bahagian boleh dibeli dengan harga RM200.00 seperti yang didedahkan oleh Tun Dr Mahathir ketika dicalonkan untuk G7 di bahagian Kubang Pasu.

Jika kita masih ingat, bagaimana tentera Iraq yang dikatakan gagah dan besar jumlahnya tetapi dapat dikalahkan oleh Amerika hanya dalam masa sehari. Dari peringkat bawah sehinggalah peringkat tertinggi dalam pasukan tentera Iraq telah dibeli oleh Amerika dengan harga yang "berpatutan" dengan maruah keji mereka.

Akhirnya negara Iraq kini telah dilelong kedaulatannya.

Apakah silap jika dikatakan tindakan membeli maruah ahli UMNO itu sama dengan 'perangai' keji tentera Iraq ?

Posted by AFRAR YUNUS at 8/17/2007 07:01:00 AM 2 comments  

Labels: politik

Tuesday, August 14, 2007

Bas Dipandu Bahaya, Cuba Tol Bebas 2222 atau 5555


Pengalaman menaiki bas ekspres adakalanya sangat menakutkan lebih-lebih lagi perjalanan pada waktu malam.

Biasanya pemandu bas memandu terlalu laju seolah-olah kelajuan kapal terbang sedang berlepas dari landasannya. Sangat menakutkan apatah lagi jika melalui lebuhraya yang curam seperti di Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Keroh dan jalanraya timur-barat yang melalui Gerik ke Kelantan.

Terlalu banyak alasan yang diberikan apabila sesuatu kemalangan berlaku. Brek rosak, sikap pemandu sendiri, memandu laju, pemandu mengantuk, pemandu letih, mengejar trip, mabuk, mengambil dadah, terbabas, faktor cuaca dan sebagainya. Kebanyakkan dari alasan itu adalah faktor kecuaian manusia.

Saya nampak usaha yang dijalankan setakat ini membawa ketidakselesaan kepada penumpang. Sistem demerit dikatakan oleh Ketua Polis Negara sebagai satu sistem yang tidak diselenggarakan secara teratur.

Ketua Polis Trafik juga pernah menyarankan agar seorang anggota polis akan menaiki atau akan berada dalam bas ketika perjalanan jauh. Nampaknya dalam kemalangan bas di Bukit Gantang Perak, tidak ada pun anggota polis yang bertugas. Oleh itu sistem ini juga belum kelihatan berjalan.

Saya ingin mencadangkan agar agensi terbabit seperti Lembaga Pelesenan Kenderaan, JPJ atau Polis mewujudkan satu talian bebas tol pengaduan untuk tindakan segera bagi semua kenderaan awam. Contohnya, menggunakan nombor 5555 atau 2222 yang akan disambungkan kepada satu pusat pemantau. Peranannya sama seperti nombor 999 atau 994. Pusat pemantau ini akan menghubungi stesyen terdekat setelah menerima aduan penumpang untuk meminta pegawai bertugas di stesyen terdekat di hadapan menahan kenderaan atau bas yang dilaporkan tentang sesuatu kecuaian.

Bas ini hendaklah ditahan serta merta. Pandangan dan ketidakpuasan hati penumpangnya hendaklah diperolehi. Kemudian disaman atau diambil tindakan pada ketika itu juga kerana memandu secara melulu, membahayakan atau sebagainya.

Contoh stesyen adalah seperti berikut. Katakan penumpang ketakutan dan bimbang dengan cara pemanduan merbahaya pemandunya ketika sedang melintasi Butterworth dari Alor Star. Maka penumpang boleh mengadu kepada pusat pemantau menggunakan satu nombor tadi (yang diselaraskan). Maka bas tersebut boleh ditahan di stesyen hadapannya iaitu samada berdekatan R&R (Rehat dan Rawat) Juru, Bukit Merah atau Kuala Kangsar.

Apa yang perlu ada di setiap R&R yang ditentukan ialah sekurang-kurangnya anggota yang dapat menahan kenderaan berkenaan.

Boleh dikatakan kebanyakkan penumpang buat masa ini mempunyai hand-phone. Tiada salah mencuba kaedah ini.

Posted by AFRAR YUNUS at 8/14/2007 09:25:00 PM 2 comments  

Labels: sosial

Monday, August 13, 2007

Ombudsman Pentadbiran Dan Politik Di Malaysia

Kerenah birokrasi menggalakkan rasuah di kalangan kakitangan awam. Kerenah itu termasuklah prosidur berbelit-belit yang menyuasahkan orang awam.


Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah bertitah demikian dalam satu sidang antarabangsa di Kuala Lumpur. Akauntabiliti yang cemerlang lahir hasil tadbir urus yang baik dari kalangan pemegang kuasa.


Tindakan kerajaan kata baginda lagi, boleh dipersoalkan apabila sesuatu perlanggaran undang-undang negara dilakukan. Perlakuan yang berprinsip, bermoral dan beretika wujud dengan adanya integriti di pihak pentadbir.


Titah ucapan raja Nazrin dipersetujui ramai. Kata mereka, apa yang malangnya, selepas kenaikkan gaji kakitangan awam, rata-rata cara kerjanya dikatakan masih di paras yang sama.


"Datang kerja lewat, makan dan minum berkali-kali dan mengambil masa yang panjang, kerap tiada di pejabat, tiada pegawai pengganti, cakap kasar, selalu bercuti, banyak bersembang, pergerakkan fail lembab, sesuatu keputusan mengambil masa yang agak lama, kematian di hospital di atas nama perubatan tanpa badan siasatan dari orang awam, penipuan dari pengamal undang-undang, penangkapan awam tanpa hak bela diri dan pelbagai lagi" dakwa mereka.


Apabila dipersoalkan kelemahan ini, ramai daripada mereka yang tanpa segan silu melorongkan contoh terhadap politikus di Malaysia. "Ahli politik di Malaysia buat apa pun tak jadi apa-apa" kata seorang pensyarah.


Sudah sampai masanya Sistem Ombudsman dilaksanakan di Malaysia. Ombudsman hendaklah dilantik oleh parlimen dan sewajibnya bertanggungjawab kepada badan lagislatif itu.


Badan Ombudsman mewakili kepentingan masyarakat seluruhnya yang akan mengendalikan siasatan dan aduan serta ketidakpuasan hati yang dilapurkan kepadanya tanpa pengaruh atau tekanan dari mana-mana pihak.


Sistem ini dipercayai telah diguna pakai seawal tahun 1552. Ombudsman moden diperkenalkan di Sweden pada tahun 1809.


Bukan sahaja negara tersebut, berpuluh negara termasuk negara Yahudi mengamalkannya. Ini termasuklah Australia, Bulgaria, India, Russia, England, Itali, New Zealand, Hong Kong, Kesatuan Eropah, Israel, Amerika dan banyak lagi.


Malaysia terkecuali entah apa sebabnya.


Ombudsman bukan sahaja dicadangkan untuk dilaksanakan terhadap kakitangan pentadbiran awam di Malaysia, malah yang sepatutnya mendahului dan menjadi kepimpinan melalui teladan adalah ahli politik di Malaysia.


Adakah kerana ahli politik merasa diri mereka akan diadili dengan sebaiknya, maka mereka takut membentangkan Akta Ombudsman di Malaysia ?

Posted by AFRAR YUNUS at 8/13/2007 06:32:00 PM 0 comments  

Labels: undang-undang

Sunday, August 12, 2007

KPN : Apa yang tidak cukup lagi

Jika di sekolah Janji Siap bermaksud, "sudah siap, betul tak betul belakang kira. Asalkan tak dimarahi, tak disuruh berdiri, tak disuruh berlari padang, tak didenda lain atau kena rotan".

Tetapi lain pula di mahkamah. Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan Datuk Abdul Halim Aman telah membebaskan dua orang yang dituduh membunuh dalam satu kes. Kata Hakim berkenaan, pegawai penyiasat kes itu membuat siasatan sekadar 'janji siap'.

Alasan yang sering digunakan oleh Ketua Polis Negara (KPN) ketika diajukan dengan kerenah agensi berkenaan ialah, tidak cukup kakitangan, gaji kurang, rumah kakitangan tidak cukup, lokap lama dan usang, prasarana tidak lengkap dan kenderaan tidak mencukupi. Selepas semuanya diberikan masih ada jugakah kerja "cincai'.

Tetapi kali ini KPN berkata, siasatan Polis lengkap dan tidak ada cacat cela. Jadi di mana yang cacat sehingga kes orang yang dituduh kerap terlepas.

Apa yang tidak cukup lagi ? Mungkinkah hukuman atau denda bagi kerja Janji Siap tidak mencukupi ?

Posted by AFRAR YUNUS at 8/12/2007 08:55:00 PM 0 comments  

Labels: undang-undang

Thursday, August 9, 2007

Minda Kelas Pertama : Masih Jauh Lagikah

Ezam Mohd Nor, Pengerusi Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK) akan mengumumkan dalam masa terdekat ini nama menteri kanan yang didakwanya terlibat dalam rasuah.

Beliau memilih kawasan mengundi Kepala Batas Pulau Pinang sebagai tempat pengumuman. Kawasan ini diwakili oleh YAB Perdana Menteri Malaysia sekarang.

Apa yang memuskyilkan ialah pendedahan demi pendedahan dilakukan, pengumuman demi pengumuman dibuat dan laporan demi leporan dituliskan, ianya masih belum mendatangkan apa-apa hasil.

Kita mempunyai kuasa Yang Di Pertuan Agong, kita mempunyai kuasa eksekutif, kuasa badan perundangan, kuasa badan kehakiman dan kuasa rakyat. Siapakah yang akan mendatangkan hasil terhadap perjuangan rakyat dalam menuntut keadilan dan kesaksamaan ?

Malaysia negara unik. Tahap pendidikan dan pemikiran rakyatnya bercampur aduk. Untuk mencapai tahap minda kelas pertama, apakah masih jauh perjalanannya.

Jawapannya - ditangan anda.

Posted by AFRAR YUNUS at 8/09/2007 09:45:00 PM 14 comments  

Labels: politik

Monday, August 6, 2007

KJ, Si Badut Pemuda UMNO


Apa kata 'menantu negara' Malaysia tentang Selangor.

Anak muda yang dilahirkan di Kuwait, kini berusia 31 tahun tanpa pekerjaan tetap, tetapi masih mampu menerima pinjaman berjuta ringgit dari ECM Libra untuk membeli saham kurniaan 'anak taukeh kain', Kalimullah Hassan yang satu ketika dahulu bekerja dengan bapanya di Syarikat Purnama Raya di Keroh sebagai penghantar kain dari Betong, Pengkalan Hulu (Keroh) ke Pulau Pinang.

Kedua-duanya bertuah. Menikmati kedudukan yang ada tanpa pertarungan dan di atas angin sahaja.

Pemuda penganggur yang penuh kontroversi ini yang rata-rata disifatkan masih hingusan politik menang jawatan parti sebagai Timbalan Ketua Pemuda UMNO Malaysia di atas dasar pengaruh mertuanya iaitu hampir sama seperti kedudukan yang dinikmati oleh Najib Tun Razak dan Hishamuddin Tun Hussein.

Di masa yang sama kenaikkan Si Badut, suami kepada Nori Abdullah ke hiraki tersebut adalah ekoran dari eksploitasi pemberitaan dari media perdana yang seolah-olah mengarahkan semua ahli dalam pemuda UMNO menyokong 'si badut dalam pemuda UMNO' yang pernah dikaitkan dengan aktres Maya Karin - untuk mengecapi jawatan nombor dua di dalam pemuda.

Menantu negara atau Badut Pemuda UMNO ini bebas bercakap soal politik dan memberikan pelbagai pandangan termasuk soal kewangan negara, kepimpinan, ekonomi, hiburan, sukan dan sebagainya . Adakalanya dari sudut Menteri Kewangan, ada masanya sebagai Timbalan Perdana Menteri, Perdana Menteri dan biasa juga sebagai Ketua Perdana Menteri di sebalik tabir. Lapisan pengikut dan kepimpinan dalam UMNO mengibaratkan kata-katanya sebagai 'karma' dari Ketua Perdana Menteri Malaysia.

Si Badut Pemuda yang pernah menangis ketika dikaitkan dengan Maya, pernah juga dipopular kan dengan isu berok menggoyang pokok - katanya jika tiada angin pokoknya masih boleh bergoyang kerana ada berok yang melakukannya.

Si Badut yang merampas jawatan nombor dua dalam Pemuda UMNO yang pernah diidamkan Azimi Daim itu kini menggelarkan blogger sebagai monkey pula.

Wah! Hebatnya Badut Pemuda UMNO ini. Sama hebat dengan konsep satu pencalunan dikira sebagai sepuluh undi. Akibat kehebatan konsep seperti ini yang tidak ada di mana-mana negara, maka Tun Ghaffar Baba dan Tengku Razaleigh merana dalam persaingan politik.

Dalam situasi Selangor tadi, adakah si badut pemuda UMNO ini menyampaikan pandangannya secara telus atau ada udang di sebalik batu ?

Kebanyakkan ahli pemuda menyifatkan aksi badutnya sebagai memalukan negara.

Posted by AFRAR YUNUS at 8/06/2007 08:26:00 PM 2 comments  

Labels: politik

Sunday, August 5, 2007

Guru Mendera Kebal : AKK 2001 Karut

Akta Kanak-Kanak 2001 tidak terpakai kepada guru yang mendera pelajarnya. Semakin banyak kes seperti ini dilaporkan kepada media. Di mana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam kes-kes seperti ini. Tidak ada satu kes pun yang dikendalikan oleh JKM yang melibatkan guru.

Kenapa ?

Adakah guru mempunyai kekebalan atau Akta Kanak-Kanak 2001 tidak dapat dikuatkuasakan kepada guru ?

Banyak pihak yang mempersoalkan bidangkuasa JKM dan peranan AKK 2001. Mereka menyifatkan akta tersebut sebagai karut dan 'double-standard'. Atau, pegawai di JKM tidak tahu apa yang boleh mereka lakukan.

Posted by AFRAR YUNUS at 8/05/2007 08:46:00 PM 0 comments  

Labels: undang-undang

Musharraf Disokong

Tulisan saya di sini, isinya tidak dipersetujui. Beberapa wargatua berketurunan Hindustani menyokong tindakkan Musharraf dalam peristiwa Lal Masjid dengan alasan orang di Pakistan agak kasar sedikit. Kata mereka, Musharraf yang berasal dari India sudah tentu lebih mengetahui hati budi bangsanya.
Saya kurang menerimanya. Apakah kerana 'kasarnya Pakistani', Musharraf perlu bekerjasama dengan Amerika dan Bush menghancurkan bangsanya. Menghancurkan Afghanistan ? Tiada cara lainkah?
Atau, perang dingin India-Pakistan pada tahun 1965 masih segar dalam ingatan. Dan lukanya masih berdarah ?

Posted by AFRAR YUNUS at 8/05/2007 06:13:00 AM 2 comments  

Labels: antarabangsa

Saturday, August 4, 2007

Kenapa tidak Quraan - Veteran UMNO

Tadi saya sempat berbual dengan dua tokoh veteran UMNO. Seorang lelaki dan seorang lagi wanita. Jika disebut nama, keduanya memang dikenali bukan sahaja oleh ahli politk tetapi juga oleh pihak istana.


Perbualan kami berkisarkan masalah remaja. Kata seorang Datin yang duduk semeja dengan kami, “tak tahulah apa nak jadi dengan remaja kita. Baru minggu sudah I jumpa budak 14 tahun sedang mengandung”.


Menyampuk pula ustaz, “Malaysia sekarang dipenuhi dengan bermacam-macam kes. Kes bunuh, kes rogol, kes remaja mengandung, anak luar nikah, rasuah dan…”.


Semakin hangat sembang di dewan makan sebelum acara berikut bermula. “Apa tidaknya, undang undang sekarang buatan manusia. Allah kata kena rotan puak yang melakukan zina. Tak mau seratus rotan, bagi sikit-sikit dulu (pandangan peribadinya). Cuba 50 kali rotan ka..” kata seorang lagi peserta seminar yang saya tidak kenal.


Tanya veteran UMNO megalih ke arah saya, “apa sebabnya pemerintah tak mahu laksanakan undang-undang Allah ?”.


Hai, macam nak perangkap saja soalan itu. Veteran berdua tu kan orang lama politik. Sama-sama pernah mewujudkan cawangan, bahagian dan sebagainya sehingga dikenali ramai. MB pun kenal, Tuanku Sultan pun kenal. Umur pun boleh tahan. Sepekat santan dari kelapa tua. Sudah tentu jawapan ada pada mereka.


Sedang saya fikir adakah perlu saya respon kepada pertanyaannya, sekali lagi mengalih ke arah saya dan mahukan jawapan, “You dah lama sebagai pekerja sosial. Macamana pengalaman tentang kes seperti ini. Apa sebab undang-undang kita tak berkesan ?”


"Depa tak mau buat undang-undang besak Datin. Depa takut depa pun kena sekali Ustaz” menyampuk saya selamba. Saya hendak melihat maklum balas mereka pula.


Sambil ketawa terbahak-bahak mereka mengiakan apa yang saya kata. “Betul apa yang you cakap. Dunia kita macam tu lah. Dia orang takut sangat anak bini, keluarga dan adik beradik dia orang kena. Itu yang tak mahu dibuatnya undang-undang Quraan. Kalau undang-undang tuhan, gejala macam ni tak banyak” kata Datin.


Rupa-rupanya kesedaran itu ada. Mereka faham. Mereka tahu. Tetapi mereka tidak berani menyuarakan kepada golongan atasan di dalam parti yang mereka ceburi dan aktif selama hampir 60 tahun.



Buah salak di rumah Tok Imam
Sirih sekapur pergi menjala
Anjing menyalak harimau demam
Kucing di dapur pening kepala


Kini, agaknya mereka mahu anak muda dan pewaris parti memperjuangkan perkara ini. Sudah keletihan mungkin.


Kerat kerat kayu diladang
Hendak dibuat hulu cangkul
Berapa berat mata memandang
Berat lagi bahu memikul.


Selamat berjuang wahai anak muda.

Posted by AFRAR YUNUS at 8/04/2007 01:59:00 PM 4 comments  

Labels: sosial

Pemimpin Bertanggungjawab Tentang Kepimpinannya

"Tiap-tiap seorang dari kamu adalah pemimpin. Justeru itu kamu adalah bertanggungjawab terhadap mereka yang di bawah kepimpinan kamu.

Ketua Negara adalah bertanggungjawab terhadap rakyatnya.
Ketua keluarga adalah pemimpin kepada ahli keluarganya dan akan ditanya tentang kepimpinannya.
Wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya tentang segala perkara yang terletak di bawah jagaannya.
Khadam adalah pemimpin atau pengawal. Ia bertanggngjawab tentang harta tuannya dan akan ditanya tentang hal di bawah jagaannya.
Tiap-tiap seorang dari kamu adalah pemimpin. Oleh itu kamu bertanggungjawab tentang kepimpinanmu".
-Hadis.


Ketua Negara adalah khalifah. Tanggungjawab dan kepimpinan khalifah sangatlah berat. Segala aktiviti indidvidu, keluarga, masyarakat dan negara terletak di bahunya.

Arah tuju aktiviti negara dirancangkannya walaupun penentuan adalah dari yang maha esa.

Huru-hara dan rosaknya negara adalah berpunca dari sikap tidak ketentuan ketua negaranya.

Posted by AFRAR YUNUS at 8/04/2007 09:28:00 AM 2 comments  

Labels: pentadbiran

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Powered By Blogger
ZAMBRY KADIR BUKAN MENTERI BESAR PERAK

Cari Dalam Blog Ini

Hapuskan ISA

Followers

Fikir

Bersatu (120207)

Bersatu (120207)

Pesanan Ayah dan Ibu....

Jadilah insan yang berguna bukan sahaja kepada dirimu tetapi juga kepada saudaramu, masyarakat, negara dan agamamu.

Contributors

  • AFRAR YUNUS
  • alkerohi

Islamic Calendar

Pautan

  • Aftaab Pendekar Blogger
  • Ahli Fikir
  • Anak Muallaf
  • Beritahairan
  • cikgupj
  • Debat Rakyat
  • Di Sebalik Realiti
  • Empangan Air Mata
  • Forum Rakyat
  • Harakahdaily
  • Hari Hari Rakyat Susah
  • Justice For All
  • Kedah Sejahtera
  • Love Perak
  • Luna
  • Malaysiakini
  • Malaysiakita
  • Malaysiakita (BM)
  • Malaysian Insider
  • Malaysiandigest
  • Muslim Echo
  • NEWSKini
  • Nur Aflah
  • Orang Kasai
  • Otai Blues
  • PR vs BN
  • Selatan Online
  • Sheikh Telukintan
  • SOPO Sentral
  • Sosialis Hijau
  • Suara Blog
  • Suara Keadilan
  • Talk Only
  • Tinta Muallimah
  • Tokasid
  • Tuan Guru Nik Abd Aziz
  • Warta 365
  • Zakri Ali

Dan

  • Al Jazeera
  • Bernama
  • CNN News
  • Google News
  • MStar
  • Star Online
  • Suara Peduli Palestin

Dan

  • Ustaz Khairul Azizi

Direktori Blog Politik


Blog List

  • kerabubersuara
    Dari Derita ke Kaya Raya: Inilah PKR
    5 weeks ago
  • Lim Kit Siang
    Muhyiddin has no answer to whether he would lead a “Malaysian first” campaign
    5 weeks ago
  • Another Brick in the Wall
    Beyond the constraint of Donald Trump's tariff
    1 month ago
  • Zabidi Morad(Berani Kerana Benar)
    Ketagihan video lucah buat hati jadi gelap, runtuhkan akhlak
    1 year ago
  • ~penarik beca
    Genset 20 KVA: Sumber Daya Listrik Tangguh untuk Berbagai Kebutuhan
    1 year ago
  • Anwar Ibrahim
    Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
    1 year ago
  • ADA OTAK FIKIR..FIKIR..FIKIR..
    TIADA GAJI PM DAN JUGA MENERI KEWANGAN..
    2 years ago
  • musafirlalu
    Salam Pertemuan : Yang Tersurat Dan Yang Tersirat
    2 years ago
  • SEDAKA SEJAHTERA
    PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK SEKITAR PARLIMEN JERAI
    3 years ago
  • AdukaTaruna
    Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.
    5 years ago
  • Batu vs Kayu
    Perutusan Dari Tun Mahathir
    5 years ago
  • Biaqpila
    LIVE AJL 34
    5 years ago
  • AL JAZEERA ENGLISH (AJE)
    Dozens killed in violence in Sudan's West Darfur state
    5 years ago
  • Malaysian Bar Council
    In Memoriam | Dato' Arunan Selvaraj
    5 years ago
  • Minda Lutfi
    Pembangkang Umno-Pas sengaja bermain api atau PH berdepan jalan mati?
    5 years ago
  • Warta Utara
    Jawi, Cina dan DAP
    5 years ago
  • Hasbullah Pit
    Download Terjemahan Al - Quran Bahasa Cina dalam PDF
    6 years ago
  • Blog-list Malaysia
    Menteri DAP Rasis S. Kulasegaran Sila Letak Jawatan
    6 years ago
  • MOUNTDWELLER
    We are not Germany, say lawyers over Anti-Fake News Bill
    7 years ago
  • SIASAH
    Geopolitik kepimpinan dunia Sunni
    8 years ago
  • Tempayan Retak
    Kelantan umum 11 Sept cuti peristiwa
    8 years ago
  • Kerajaan Rakyat
    Zakat Fitrah dan ‪‎kemiskinan‬ kota
    8 years ago
  • ULAMA PEWARIS NABI
    ADMIN PAS CAWANGAN BUKIT SENTOSA 2 MELETAKKAN PENANYA
    9 years ago
  • Telok Bakong Online
    Muhyiddin gugur, Zahid Hamidi jadi TPM
    9 years ago
  • Era Pasca
    PERDA Oh PERDA.. SPRM, Bila nak siasat?
    9 years ago
  • Laman Web Rasmi Warta Kedah
    Laporan Polis Penerangan PAS Kedah
    9 years ago
  • Syed Imran- Kuda Ranggi
    Jawaban di Parlimen tanggungjawab Menteri bukan pegawai
    10 years ago
  • MIMPI SENJA
    Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan
    10 years ago
  • Ketua Perusuh
    Rosak Dari Dalam
    10 years ago
  • PAS Parit Buntar (PASPB)
    PEMILIHAN PAS : KEDUDUKAN TERKINI PENCALONAN PRESIDEN PAS
    10 years ago
  • Kulatlapok
    BEGAIM ALI NAK JADI CALON DI DUN CEMPAKA?
    10 years ago
  • SOKONG PAKATAN RAKYAT
    AHLI PAS BERKASTA
    10 years ago
  • Utusan Online
    ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
    10 years ago
  • SANGGAHTOKSAGO.COM
    Kerajaan Umno-BN halau Melayu bertopengkan Akta Tanah
    11 years ago
  • Perisik Rakyat®
    Royalti: Surat Terbuka Kepada Kerajaan Negeri Kelantan
    11 years ago
  • The Kelantan Insider
    TEKS UCAPAN YM TENGKU IBRAHIM FARIHADDIN BIN TENGKU FEISSAL PADA MAJLIS RAMAH MESRA KDYMM SULTAN MUHAMMAD V DENGAN RAKYAT DI JAJAHAN GUA MUSANG DI DEWAN SIVIK GUA MUSANG PADA 2 MEI 2013
    12 years ago
  • KetuaPolis Online
    Anak Sungai Derhaka: 30,000 masyarakat Cina sambut Najib di Seremban?.....
    12 years ago
  • Cakap Biar Terang
    Najib, Sayfool sama suwey
    12 years ago
  • bila dibongkar sauh
    Fitnah Sentiasa Berjaga, Sementara Ahli Politik Kerap Tertidur
    12 years ago
  • warta@maya
    Antara madet dan setan
    12 years ago
  • Tranungkite Online v11
    Team Pemikir Muhyiddin Segaja Untuk Singkirkan Najib
    12 years ago
  • Dato' Hj Mahfuz Omar
    TIDAK MENYOROK TETAPI BERDEPAN : PEKUNG TERBUKA
    14 years ago
  • Afrar Yunus
    Kedah : Najib pdrm sudah tawarkan
    14 years ago
  • Detikdaily
  • Che Det
  • Malaysiakini
  • Kecek-kecek Tok Mudin
  • Minda rakyat
  • ureka.asia
  • Bicara Nobisha
  • Malaysia Today
IP

Blog Archive

  • ►  2011 (21)
    • ►  January (21)
  • ►  2010 (277)
    • ►  December (22)
    • ►  November (18)
    • ►  October (15)
    • ►  September (14)
    • ►  August (17)
    • ►  July (32)
    • ►  June (14)
    • ►  May (22)
    • ►  April (32)
    • ►  March (23)
    • ►  February (41)
    • ►  January (27)
  • ►  2009 (269)
    • ►  December (15)
    • ►  November (20)
    • ►  October (42)
    • ►  September (17)
    • ►  August (23)
    • ►  July (26)
    • ►  June (14)
    • ►  May (18)
    • ►  April (19)
    • ►  March (20)
    • ►  February (30)
    • ►  January (25)
  • ►  2008 (188)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (20)
    • ►  September (5)
    • ►  August (13)
    • ►  July (12)
    • ►  June (13)
    • ►  May (22)
    • ►  April (19)
    • ►  March (29)
    • ►  February (17)
    • ►  January (11)
  • ▼  2007 (160)
    • ►  December (8)
    • ►  November (14)
    • ►  October (10)
    • ►  September (14)
    • ▼  August (17)
      • Merdeka . Yang Bagaimana ?
      • Main aci dengan undang-undang
      • Common Law : Betul kah Gani Patail ?
      • Common Law Wajar Dipinda
      • Wah! Hebatnya Bekas MB Selangor
      • Pemuda UMNO Gerun Dengan MCA
      • Wanita Ramai Didera Tetapi Enggan Melapor
      • Ahli UMNO Sama Perangai Tentera Iraq ?
      • Bas Dipandu Bahaya, Cuba Tol Bebas 2222 atau 5555
      • Ombudsman Pentadbiran Dan Politik Di Malaysia
      • KPN : Apa yang tidak cukup lagi
      • Minda Kelas Pertama : Masih Jauh Lagikah
      • KJ, Si Badut Pemuda UMNO
      • Guru Mendera Kebal : AKK 2001 Karut
      • Musharraf Disokong
      • Kenapa tidak Quraan - Veteran UMNO
      • Pemimpin Bertanggungjawab Tentang Kepimpinannya
    • ►  July (19)
    • ►  June (20)
    • ►  May (20)
    • ►  April (18)
    • ►  March (14)
    • ►  February (6)

Labels

  • antarabangsa
  • ekonomi
  • kesihatan
  • lawak
  • pendidikan
  • pengguna
  • pentadbiran
  • peristiwa
  • politik
  • sosial
  • ucapan
  • undang-undang
  • wanita

Tarikh

Date Conversion
Gregorian to Hijri Hijri to Gregorian
Day: Month: Year