Wanita Dibelasah Suami
Tapi....Masih Mahu Bersama. Kenapa ?
Kes keganasan rumah tangga di Malaysia tidak boleh dipandang ringan. Lihat perangkaan.
Bukan sahaja wanita yang menjadi mangsa malah lelaki juga. Namun ramai wanita Malaysia enggan melaporkan kes mereka dan jika perkara ini diketahui umum wanita tidak mahu kes diteruskan di atas beberapa faktor berikut:
1.Elak keluarga mendapat malu – siisteri memikirkan soal kehormatan keluarga.
2.Mahu kekalkan rumahtangga – lebih baik cuba menahan sedikit kesakitan dan menerima padah, risiko dicerca dari penceraian. Masih sayangkan suami. Mahu terus hidup bersamanya.
3. Bimbang suami kesayangan ditahan - ada pemikiran yang lebih sempit dan mengalami gangguan kronik. Isteri membiarkan suami yang juga bapa tiri merogol anak mereka. Enggan melaporkan kepada polis dan JKM kerana sayangkan suami dan bimbang akan kehilangan ketua keluarga.
4. Tidak mahu orang lain tahu. Akan menjatuhkan maruah.
5. Berkahwin tanpa persetujuan keluarga - bercinta beberapa bulan atau bertahun. Sehinggakan pilihan keluarga ditolak. Menyakinkan ibubapa bahawa pilihannya adalah yang terbaik. Berkahwin lari di negara jiran. Apabila berlaku penderaan, ahli keluarga kurang mengambil tahu hal dan tidak memberikan sokongan.
6. Bimbang anak-anak terabai – kerana terlalu bergantung kepada suami, semua aktiviti mengharapkan kepadanya. Apabila berlaku perselisihan dan hilang punca, hati terlalu bimbang apa akan terjadi kepada anak-anak. Siapa hendak menanggung perbelanjaan persekolahan, perbelanjaan dapur dan siapa akan melakukan semuanya.
7. Tidak tahu di mana mengadu – masa kecil banyak kerja-kerja bergantung kepada bantuan abang, ibu, bapa dan rakan-rakan. Sudah berkahwin, suami pula yang ambil alih tanggung jawab. Hinggakan hendak menaiki bas ke bandar pun tidak tahu. Tambahan pula kurang tahu apakah fungsi Pejabat Kebajikan, Balai Polis, Jabatan Agama , Biro Bantuan Guaman, One Stop Crisis Centre – Hospital dan sebagainya.
8. Suami ada kuasa mutlak – kebanyakkan isteri dalam masyarakat Melayu, India, Cina dan lain-lain sangat menghormati suami. Satu amalan yang cukup baik. Malangnya, ada yang sampai kena pukul teruk pun masih anggap suami berkuasa. Suami ketua keluarga. Menentang atau berbalah dengan suami bererti mengingkari perintah Tuhan.
9. Takut dipukul lagi – phobia dipukul mencengkam jiwa. Bimbang, resah dan tidak tentu arah. Gagal mengawal dan mententeramkan perasaan serta ingatan bagaimana mereka pernah didera, dipukul dan ditorture sering bermain-main dan menghantui diri.
10. Jadi isteri nombor dua – pasangan bukan Islam terutama sekali yang kahwin cara adat sebagai isteri kedua tidak berhak apa-apa dari segi perundangan negara. Akta Pembaharuan (Perkahwinan Dan Perceraian) 1982 digubal untuk menjaga kepentingan isteri pertama dan mengelakkan poligami dalam masyarakat bukan Islam. Setelah mendapat tahu bahawa tiada hak – tidak melakukan apa-apa usaha untuk menyelamatkan diri. Serah diri kepada takdir.
11. Takut Status Janda – “Janda?” . Sangat menakut dan memalukan. Terlalu mengaibkan. Suatu status janggal yang sukar diterima dan dilalui. Apabila kawan, sahabat handai dan saudara-mara mendapat tahu ? Apa alasan yang akan diberikan ?. “Ibu tunggal ?” Tidak boleh terima dalam apa situasi pun. Sanggup bergelar balu dari digelar “janda”. Sanggup suami melakukan apa sahaja terhadap dirinya termasuk didera asalkan jangan menjadi janda – satu gelaran yang “berpuaka”.
Wanita ibarat sekuntum bunga. Jangan dipijak jika sudah tidak sehaluan. Carilah jalan terbaik menyelesaikan kemelut rumahtangga sepertimana jalan awal bertemu dengannya.
No comments:
Post a Comment