Saturday, August 4, 2007

Kenapa tidak Quraan - Veteran UMNO

Tadi saya sempat berbual dengan dua tokoh veteran UMNO. Seorang lelaki dan seorang lagi wanita. Jika disebut nama, keduanya memang dikenali bukan sahaja oleh ahli politk tetapi juga oleh pihak istana.


Perbualan kami berkisarkan masalah remaja. Kata seorang Datin yang duduk semeja dengan kami, “tak tahulah apa nak jadi dengan remaja kita. Baru minggu sudah I jumpa budak 14 tahun sedang mengandung”.


Menyampuk pula ustaz, “Malaysia sekarang dipenuhi dengan bermacam-macam kes. Kes bunuh, kes rogol, kes remaja mengandung, anak luar nikah, rasuah dan…”.


Semakin hangat sembang di dewan makan sebelum acara berikut bermula. “Apa tidaknya, undang undang sekarang buatan manusia. Allah kata kena rotan puak yang melakukan zina. Tak mau seratus rotan, bagi sikit-sikit dulu (pandangan peribadinya). Cuba 50 kali rotan ka..” kata seorang lagi peserta seminar yang saya tidak kenal.


Tanya veteran UMNO megalih ke arah saya, “apa sebabnya pemerintah tak mahu laksanakan undang-undang Allah ?”.


Hai, macam nak perangkap saja soalan itu. Veteran berdua tu kan orang lama politik. Sama-sama pernah mewujudkan cawangan, bahagian dan sebagainya sehingga dikenali ramai. MB pun kenal, Tuanku Sultan pun kenal. Umur pun boleh tahan. Sepekat santan dari kelapa tua. Sudah tentu jawapan ada pada mereka.


Sedang saya fikir adakah perlu saya respon kepada pertanyaannya, sekali lagi mengalih ke arah saya dan mahukan jawapan, “You dah lama sebagai pekerja sosial. Macamana pengalaman tentang kes seperti ini. Apa sebab undang-undang kita tak berkesan ?”


"Depa tak mau buat undang-undang besak Datin. Depa takut depa pun kena sekali Ustaz” menyampuk saya selamba. Saya hendak melihat maklum balas mereka pula.


Sambil ketawa terbahak-bahak mereka mengiakan apa yang saya kata. “Betul apa yang you cakap. Dunia kita macam tu lah. Dia orang takut sangat anak bini, keluarga dan adik beradik dia orang kena. Itu yang tak mahu dibuatnya undang-undang Quraan. Kalau undang-undang tuhan, gejala macam ni tak banyak” kata Datin.


Rupa-rupanya kesedaran itu ada. Mereka faham. Mereka tahu. Tetapi mereka tidak berani menyuarakan kepada golongan atasan di dalam parti yang mereka ceburi dan aktif selama hampir 60 tahun.



Buah salak di rumah Tok Imam
Sirih sekapur pergi menjala
Anjing menyalak harimau demam
Kucing di dapur pening kepala


Kini, agaknya mereka mahu anak muda dan pewaris parti memperjuangkan perkara ini. Sudah keletihan mungkin.


Kerat kerat kayu diladang
Hendak dibuat hulu cangkul
Berapa berat mata memandang
Berat lagi bahu memikul.


Selamat berjuang wahai anak muda.

4 comments:

tokasid said...

Salam syeh:

Depa boleh bagi apa saja alasan tak mahu laksanakan hukum ALLAH. bagilah sejuta alasan sekali pun. Bottom line: kalau kita ngaku kita ni hamba ALLAH, kita ni umat Nabi s.a.w. dan kita berpegang kepada syahadah, kita kenalah laksanakan. Sekurang-kurang melakukan usaha ke arah pelaksanaan suruhan ALLAH.

Saya ingat ada maksud hadith: Nabi s.a.w. pernah mengatakan hukuman potong tangan akan baginda lakukan walaupun jika yg bersalah utk Fatimah r.a. Nabi s.a.w. dalam melaksanakan hudud ALLAh tidak ada favouritism.

Tanyalah semua org Melayu Muslim, hangpa mau syurga dak? Semua akan kata MAHU. Tanya depa hangpa mau neraka ka? Mesti semua jawab TAK MAHU.

Tapi kita sebut hanya di lidah saja. Perbuatan kita hari ini adalah sebaliknya. Kita gemar perkara yg mendekatkan kita ke neraka. Kita tak peduli perkara yg mendekatkan kita ke Syurga.
Kita mahu Nabi s.a.w. memberikan syafaat di akhirat nanti, tapi sunnah Nabi s.a.w. kita tolak. Kita lebih gemar amalkan perkara yg bukan2 dgn tokok tambah sana sini, seolah-olah apa yg Nabi s.a.w. tunjukkan tak lengkap. Sedangkan al-Maidah ayat 3 ,wahyu terakhir menjelaskan Islam telah lengkap.

Orang Melayu skrg cacamarba. Orang Islam ramai yg macam gulai dal.

Aku pun sama jugak. Cuma aku sentiasa tanpa putus asa agar ALLAH berikan hidayah setiap masa pada aku supaya aku tidak mati kafir. Supaya aku diberi kudrat utk buat Sunnah sebaik mungkin.Semoga keluarga aku dan rakan teman aku jugak ALLAH beri hidayah sehingga akhir hayat. Ameen Ya Rabb.

Salam.

AFRAR YUNUS said...

salam Dr
Surah An-Nisaa'-Ayat 58
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

Sesungguhnya Dr Tokasid,
menjadi bebanan kpd kita jika hukum yg sepatutnya dijalankan tetapi tidak dilaksanakan.
jika dapat diubah dgn tangan adalah lebih baik. jika tidak dengan perkataan dan selemah-lemah pun kita hendaklah dgn memohon kepadaNya - Hadis. Wallahu'alam.

Anonymous said...

Tuan
Merdeka sudah 50 tahun. Macam-macam alasan yang kerajaan Malaysia berikan untuk tidak melaksanakan hukum Allah. Jangan sampai kita menjadi macam Bosnia. Itu doa saya untuk kita semua.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra
itulah harapan dan doa kita semua semoga bumi malaysia tercinta tdk digelumangi dgn najis dan peristiwa malang seperti sdra seagama kita di Bosnia. Allah swt mengingatkan kita bahawa balasanNya jika ditimpakan - tidak akan kira golongan mana. alasan kerajaan adalah alasan poltik sempit yg cuba mempertahankan kedudukan rapuh mereka.