Main aci dengan undang-undang
Main aci tangkap masa kecil-kecil dulu menyeronokkan. Masa permainan tersebut, tidak ada pun Peguam Negara atau Ketua Hakim Negara. Tetapi ianya boleh berjalan dengan telus walaupun ada sedikit kekecohan.
Main aci politik dan undang-undang di
Masih ingat lagi kes Tun Salleh Abbas. Itu dulu. Kini, kes terbaru pula melibatkan Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah BPR, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM4.6b zon bebas Pelabuhan Kelang, 37 pertuduhan terhadap Datuk Zakaria Md Deros dan berpuluh kes berprofail 'bertingkat-tingkat'.
Banyak yang tidak sampai ke mahkamah lalu sudah selesai. Baguslah. Apa yang bagus ?
Bagi orang biasa yang dikenali sebagai rakyat
Jika main tangkap pakai jala sekali pun, tentu tahu di mana ditangkap, siapa yang tahan, tujuan ditahan, mana nak dibawa mereka dan sebagainya. Main harung macam yang dilakukan kepada rakyat biasa ni kata orang - kerja makhluk jahat. Kerja perompak, penyamun, penyangak, gangster, samseng dan segala macama manusia loklak.
Adakalanya di Malaysia penyamun pun jenis dikenali ramai, ada duit, ada kedudukan dan ada 'gelaran'. Tapi, bila terlibat dalam kes - tidak kena apa-apa tindakan disebabkan pelbagai alasan.
Terkenang saya kisah masa kecil-kecil dulu.
Seorang kawan yang tinggal di Pekan Keroh ditahan polis kerana membawa pistol yang diseludup dari
Sehinggalah beberapa hari kemudian, class-mate saya ini ditahan polis. Sudahlah pekan Keroh itu kecil. Heboh bagai nak kiamat. Saya dan beberapa orang kawan sempat ke rumahnya untuk bertanya tentang apa yang terjadi. Maklumlah, persahabatan kami bukan setakat di kelas sahaja. Kami akrab sehinggalah ke rumah dan dia merupakan pemain hoki sepasukan.
Kami tanyakan dia, "Mana hang ambil. Macamana boleh bawa keluar dari Betong". Perjalanan dari Keroh ke Betong lebihkurang 10 km. Terkejut dengan jawapannya. Katanya, pergi dan balik dengan kenderaan
Saya tidak pasti samada dia membohongi saya. Apa yang saya yakin, dia seorang yang berterus terang. Akhirnya dia seorang sahaja yang kena. Mahkamah Juvana memerintahkan dia menjalani pemulihan di Sekolah Henry Gurney Melaka. Kesnya dikendalikan oleh seorang peguam terkenal.
Dalam dok main aci sorok, bukan sahaja kawan kami yang usianya belasan tahun menderita mindanya, tetapi seluruh ahli keluarganya menerima malu dan tertekan. Pada ketika itu mereka tidak percaya kejadian tersebut adalah kerja seorang budak belasan tahun dan melibatkan dua negara. Saya tidak ingin mengatakan bahawa apa yang kawan saya lakukan itu adalah baik.
Namun, pada ketika itu kami disedarkan itulah undang-undang.
Itu cerita dulu-dulu ketika kami remaja. Cerita 30 tahun yang lalu.
Cuma, saya ingin meluahkan keluhan dan ketidakpuasan hati saya. Matapelajaran siviks yang saya belajar di Sekolah Menengah Tun Saban Keroh mengatakan bahawa undang-undang tidak mengenal sesiapa.
Tetapi, semakin saya dewasa, semakin banyak hari kemerdekaan yang saya lalui, semakin banyak dan semakin lebih besar dari kes yang kawan saya alami dapat pula saya lihat dalam ertikata yang sebenar. Undang-undang negara sudah terang lagi disuluh dalam membezakan warna, kedudukan, pangkat, pengaruh dan tidak lagi berpendirian adil.
Atau, adakah saya bersikap tidak adil dalam memfokaskan isu negara tercinta ini. Adakah saya tidak patriotik sempena kemerdekaan negara saya yang ke 50 ?
2 comments:
Salam afrar;
Mula-mula, aku simpati dgn apa yg jadi ngan kawan hang. Memang dari dulu sampai lah 2-3 tahun ni, anggota pihak berkuasa kita yg kerja di sempadan senang keluar masuk ke pekan-pekan Siam, tanpa pasport. Pasalnya: yg dok kawal pos samada sebelah kita atau sebelah Siam dah jadi kamceng. Kadang2 anggota ni bawak pi kawan atau saudara mara masuk siam tanpa dokumen sah.Tu yg jadi masaalah. Bila balik kadang2 tidak di periksa kenderaan depa, jadi terlepas lah apa yg sepatutnya tak boleh masuk ke malaysia.
Kalau baca ttg crime di negara kita sejak 2-3 tahun ni,amat menggerunkan. banyak betoi. Nak percaya ,susah. Tak percaya lagi susah.
Tapi,itulah....bila tindakan seolah-olah memilih bulu(nampak macam tu lah), bagaimana kita rakyat tak skeptikal.
Betoi hang kata, main polis sentri masa kecik dulu lagi best dan tak sakit hati.
salam Dr
kadang-kadang aku termenung memikirkan perjalanan aktiviti negara kita. sudahlah orang ramai mengadu hal tentang kejelekkan pemimpin, istana pun tahu dan tidak puas hati- namun apabila terhebah, macam-macam tindakan nak diambil. sampai masanya, habuk pun tarak (kata orang utara). sudahnya, yg curi sabun dan seluar atau perfume yg kena penjara 28 bulan. yg kebas wang negara dan rakyat, kelihatan lebih 'hadharah' (tamadun) dari yg tertindas. bagai kata Dr, jenayah semakin meningkat, penjenayah yg sepatutnya dicari. inikan tidak, yg bersuara utk kebebasan dan kemerdekaan pula ditangkap. bagi aku, bukan dadah musuh no 1 negara, tetapi 'rasuah'. macam-macam bentuk rasuah dok ada.
Dr - "main polis sentri masa kecik dulu lagi best dan tak sakit hati"
Post a Comment