Pemuda UMNO Gerun Dengan MCA
KJ tidak faham bahasa Mandarin. Itulah alasannya enggan memberikan komen terhadap kritikan tajam Pemuda MCA terhadap UMNO.
Budak kecil ini sama tabiatnya dengan ZAM. Sangat takut dengan MCA dan MIC. Tetapi apabila dengan PAS atau KEADILAN dan DAP, mereka hentam satu macam.
Hentam di belakang sahaja. Bila diminta berdepan tak berani pun.
Maka seluruh ahli MCA mentertawakan sekalian yang merasakan diri mereka sebagai pemuda dalam Pemuda UMNO kerana sikap membisu terhadap kritikan itu. Mereka menterjemahkan isi ucapan itu sebagai, MCA memperingatkan UMNO bahawa tiada yang supreme diantara UMNO dan MCA.
Atau, No 'master and slave' in BN.
Digenggam MCA bimbang ianya mati, hendak dilepaskan MCA - seperti ancaman mereka kepada parti Kanveas yang mereka anggap sebagai lemah itu- takut pula MCA terbang.
Maka berpoligamilah mereka tanpa kerelaan dan keadilan.
2 comments:
Salam afrar:
daripada lapuran ttg KJ dan Zam, kita dah tahu sapa sebenar yang 'berkuasa".
salam Dr
dahulunya segala-gala dijalankan secara telus, ikhlas dan di atas nama perjuangan agama, bangsa dan negara. termasuk bolasepak negara zaman mokhtar dahari, santokh, shukor dan kawan-kawan.
bila orang politik terutama sekali jenih sealiran KJ, pegang sukan, ngo dsb, tunggu la..ketika orang lain kencing di atas kepala mereka, masa tu lah dia ingat sdra seagama depa. ini termasuklah zam dan kabinet pak lah yg ada. mereka sanggup menjual beli hukum Allah demi politik fana.
Post a Comment