BIJAKNYA PENGUNDI CINA
SEMBANG KEDAI KOPI
“Letak binatang pun boleh menang” marah Najib. “Aku tak fahamlah perangai orang kita ni. Kalau dah mula sembang, ini tak kena itu tak kena. Harga barang naik, tambang naik, rasuah sana-sini, masalah sosiallah, itulah dan macam-macam lagi”.
“Tengok pengundi Cina tang tu. Depa tau pemimpin dulu tak buat kerja. Depa tolak. Depa undi pembangkang. Oghang kita bagi batik sehelai luruh habeh iman dan maruah” menyampok Dolah.
Kata Gopala, “itu Melayu Kelantan pandai. Orang
Tambah Dolah lagi, “macam ni nak jaga kedaulatan negara. Jadi macam askar
“Hampa tak dengak PM suruh parti Cina di bawahnya kaji sebab orang Cina tak undi depa” tanya Najib.
“Tanya apa. Orang Cina dia tak mau kain batik, dia tak mau gula, dia tak mau duit RM50.00, buat apa jalanraya dalam pilihanraya, buat apa elektrik, ayak, buat apa tengok muka wakil depa masa tu. Semua dalam pilihanraya. Awat sebelum tu tak bolehkah?” tegas Dolah dengan suara tinggi.
“Macam ni kalu, biak mampoih semua wakil rakyat satu-satu. Senang orang Melayu. Dapat duit RM50.00 seorang, dapat batik sehelai, gula sekilo, sadin satu tin….. Orang lain dapat akal dan pembangunan” perli Najib.
"Senang ja orang kita ni...nak bagi sedap hati.. serah saja pada qada dan qadar. Puaih.." menyampok tuan punya gerai.
Saya sempat mendengar lebihkurang beginilah perbualan empat orang di sebuah gerai minuman di Permatang Tinggi Pulau
2 comments:
Lagi baik depa suruh member berempat kat kopitiam tu jadi MP kat parlimen, diaorang lagi paham keperitan rakyat-jelata, kekekek.
sdra,
kasihan orang kampung. banyak idea mereka. mereka mahu perubahan tetapi bila pemimpin yang mereka lantik, berpatah arah, orang kampung terus kehilangan arah lalu ada yang membantah. ada dari mereka yang tidak tahu apa perlu dibuat.
tk sdra kerana singgah.
Post a Comment