Ombudsman Pentadbiran Dan Politik Di Malaysia
Kerenah birokrasi menggalakkan rasuah di kalangan kakitangan awam. Kerenah itu termasuklah prosidur berbelit-belit yang menyuasahkan orang awam.
Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah bertitah demikian dalam satu sidang antarabangsa di Kuala Lumpur. Akauntabiliti yang cemerlang lahir hasil tadbir urus yang baik dari kalangan pemegang kuasa.
Tindakan kerajaan kata baginda lagi, boleh dipersoalkan apabila sesuatu perlanggaran undang-undang negara dilakukan. Perlakuan yang berprinsip, bermoral dan beretika wujud dengan adanya integriti di pihak pentadbir.
Titah ucapan raja Nazrin dipersetujui ramai. Kata mereka, apa yang malangnya, selepas kenaikkan gaji kakitangan awam, rata-rata cara kerjanya dikatakan masih di paras yang sama.
"Datang kerja lewat, makan dan minum berkali-kali dan mengambil masa yang panjang, kerap tiada di pejabat, tiada pegawai pengganti, cakap kasar, selalu bercuti, banyak bersembang, pergerakkan fail lembab, sesuatu keputusan mengambil masa yang agak lama, kematian di hospital di atas nama perubatan tanpa badan siasatan dari orang awam, penipuan dari pengamal undang-undang, penangkapan awam tanpa hak bela diri dan pelbagai lagi" dakwa mereka.
Apabila dipersoalkan kelemahan ini, ramai daripada mereka yang tanpa segan silu melorongkan contoh terhadap politikus di Malaysia. "Ahli politik di Malaysia buat apa pun tak jadi apa-apa" kata seorang pensyarah.
Sudah sampai masanya Sistem Ombudsman dilaksanakan di Malaysia. Ombudsman hendaklah dilantik oleh parlimen dan sewajibnya bertanggungjawab kepada badan lagislatif itu.
Badan Ombudsman mewakili kepentingan masyarakat seluruhnya yang akan mengendalikan siasatan dan aduan serta ketidakpuasan hati yang dilapurkan kepadanya tanpa pengaruh atau tekanan dari mana-mana pihak.
Sistem ini dipercayai telah diguna pakai seawal tahun 1552. Ombudsman moden diperkenalkan di Sweden pada tahun 1809.
Bukan sahaja negara tersebut, berpuluh negara termasuk negara Yahudi mengamalkannya. Ini termasuklah Australia, Bulgaria, India, Russia, England, Itali, New Zealand, Hong Kong, Kesatuan Eropah, Israel, Amerika dan banyak lagi.
Malaysia terkecuali entah apa sebabnya.
Ombudsman bukan sahaja dicadangkan untuk dilaksanakan terhadap kakitangan pentadbiran awam di Malaysia, malah yang sepatutnya mendahului dan menjadi kepimpinan melalui teladan adalah ahli politik di Malaysia.
Adakah kerana ahli politik merasa diri mereka akan diadili dengan sebaiknya, maka mereka takut membentangkan Akta Ombudsman di Malaysia ?
No comments:
Post a Comment