Saturday, August 4, 2007

Pemimpin Bertanggungjawab Tentang Kepimpinannya

"Tiap-tiap seorang dari kamu adalah pemimpin. Justeru itu kamu adalah bertanggungjawab terhadap mereka yang di bawah kepimpinan kamu.

Ketua Negara adalah bertanggungjawab terhadap rakyatnya.
Ketua keluarga adalah pemimpin kepada ahli keluarganya dan akan ditanya tentang kepimpinannya.
Wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya tentang segala perkara yang terletak di bawah jagaannya.
Khadam adalah pemimpin atau pengawal. Ia bertanggngjawab tentang harta tuannya dan akan ditanya tentang hal di bawah jagaannya.
Tiap-tiap seorang dari kamu adalah pemimpin. Oleh itu kamu bertanggungjawab tentang kepimpinanmu".
-Hadis.


Ketua Negara adalah khalifah. Tanggungjawab dan kepimpinan khalifah sangatlah berat. Segala aktiviti indidvidu, keluarga, masyarakat dan negara terletak di bahunya.

Arah tuju aktiviti negara dirancangkannya walaupun penentuan adalah dari yang maha esa.

Huru-hara dan rosaknya negara adalah berpunca dari sikap tidak ketentuan ketua negaranya.

2 comments:

tokasid said...

Salam syeh:

Jawatan khalifah adalah satu amanah yg besar yg ramai tidak sedar atau buat tak tau akan implikasinya jika tidak di jalankan dgn adil dan saksama. Adil pulak bukan atas definasi insan tetapi adil dari segi definasi ALLAH dan Rasulullah s.a.w.

Kalau macam tu, kita dapati ramai yang kantoi. Macamana depa nak adil jika lebih pentingkan puak masing-masing? Macamana nak adil jika lebihkan saudara mara handai taulan. Macamana nak adil jika dahulukan penyokong atau ahli sendiri?

Jika khalifah boleh berlaku adil sebaik mungkin, sudah memadai.

Sebab yu aku tak boleh jadi khalifah selain dari khalifah rumahtangga saja. Aku tiada kemampuan menjalankan amanah yg berat ini.Aku takut aku pun hanyut macam puak-puak yang dok ada la ni.

Tapi aku akan menjalankan hak aku utk memilih khalifah sebagaimana acuan yang ALLAH dan Nabi s.a.w. mahukan. Itu aku boleh buat.

AFRAR YUNUS said...

salam Dr
bukit bukau, gunung ganang dan segalanya menolak utk menjadi khalifah dimukabumi. sehinggakan malaikat bertanya kpd Allah swt, adakah manusia ini boleh diberikan amanah tersebut.
Surah Al-Maaidah-Ayat 8
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a katanya: Umar telah ditanya: Mengapa anda tidak memohon jawatan Khalifah? Ayahku menjawab: Sekiranya aku meminta untuk menjadi khalifah nescaya orang yang lebih baik dari aku iaitu Abu Bakar telah melakukannya. Tapi jika aku membiarkan urusan pemerintahan ini kepada mu nescaya orang yang lebih baik dari aku iaitu Rasulullah s.a.w telah meninggalkan urusan pemerintahannya kepadamu. Menurut Abdullah lagi: Aku telah mengetahui bahawa Umar tidak meminta untuk menjadi khalifah ketika beliau menyebut nama Rasulullah s.a.w

Tapi hari ini Dr, mereka berlumba-lumba menjadi ketua utk memenuhi tembolok sendiri, keluarga dan kroni-biar rakyat merana, menderita, menangis air mata darah sekalipun.