Bas Dipandu Bahaya, Cuba Tol Bebas 2222 atau 5555
Pengalaman menaiki bas ekspres adakalanya sangat menakutkan lebih-lebih lagi perjalanan pada waktu malam.
Biasanya pemandu bas memandu terlalu laju seolah-olah kelajuan kapal terbang sedang berlepas dari landasannya. Sangat menakutkan apatah lagi jika melalui lebuhraya yang curam seperti di Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Keroh dan jalanraya timur-barat yang melalui Gerik ke Kelantan.
Terlalu banyak alasan yang diberikan apabila sesuatu kemalangan berlaku. Brek rosak, sikap pemandu sendiri, memandu laju, pemandu mengantuk, pemandu letih, mengejar trip, mabuk, mengambil dadah, terbabas, faktor cuaca dan sebagainya. Kebanyakkan dari alasan itu adalah faktor kecuaian manusia.
Saya nampak usaha yang dijalankan setakat ini membawa ketidakselesaan kepada penumpang. Sistem demerit dikatakan oleh Ketua Polis Negara sebagai satu sistem yang tidak diselenggarakan secara teratur.
Ketua Polis Trafik juga pernah menyarankan agar seorang anggota polis akan menaiki atau akan berada dalam bas ketika perjalanan jauh. Nampaknya dalam kemalangan bas di Bukit Gantang Perak, tidak ada pun anggota polis yang bertugas. Oleh itu sistem ini juga belum kelihatan berjalan.
Saya ingin mencadangkan agar agensi terbabit seperti Lembaga Pelesenan Kenderaan, JPJ atau Polis mewujudkan satu talian bebas tol pengaduan untuk tindakan segera bagi semua kenderaan awam. Contohnya, menggunakan nombor 5555 atau 2222 yang akan disambungkan kepada satu pusat pemantau. Peranannya sama seperti nombor 999 atau 994. Pusat pemantau ini akan menghubungi stesyen terdekat setelah menerima aduan penumpang untuk meminta pegawai bertugas di stesyen terdekat di hadapan menahan kenderaan atau bas yang dilaporkan tentang sesuatu kecuaian.
Bas ini hendaklah ditahan serta merta. Pandangan dan ketidakpuasan hati penumpangnya hendaklah diperolehi. Kemudian disaman atau diambil tindakan pada ketika itu juga kerana memandu secara melulu, membahayakan atau sebagainya.
Contoh stesyen adalah seperti berikut. Katakan penumpang ketakutan dan bimbang dengan cara pemanduan merbahaya pemandunya ketika sedang melintasi Butterworth dari Alor Star. Maka penumpang boleh mengadu kepada pusat pemantau menggunakan satu nombor tadi (yang diselaraskan). Maka bas tersebut boleh ditahan di stesyen hadapannya iaitu samada berdekatan R&R (Rehat dan Rawat) Juru, Bukit Merah atau Kuala Kangsar.
Apa yang perlu ada di setiap R&R yang ditentukan ialah sekurang-kurangnya anggota yang dapat menahan kenderaan berkenaan.
Boleh dikatakan kebanyakkan penumpang buat masa ini mempunyai hand-phone. Tiada salah mencuba kaedah ini.
2 comments:
Salam:
Ada satu taktik yang gemar digunakan oleh pemandu bas ekspress( tak tahu pulak samada syarikat tahu atau tak kejadian begini).
Sahabat dan mak saya sendiri telah terkena begini. Kalau dari Melaka bas (bila bukan peak season) bas akan masuk KL(tapi tak masuk Puduraya). Di sana pemandu akan bertukar2 penumpang. Yg dari Melaka hendak setakat di Ipoh akan di pass kepada bas yg hendak ke Ipoh. Kalau yg nak ke Taiping akan naik bas yg akan berhanti di Butterworth atau Penang. Kalau nak ke Alor setar atau Sg Petani akan di naikkan ke bas utk ke AS atau Kangar.
Kadangkala pertukaran ini di buat di Kedai makan( dekat pekan Slimriver) dan ada juga dengar kat RnR Tapah.
Saya sendiri pernah kena di tukarkan bas di luar Puduraya. Kita komplen pada driver dia buar tak tahu saja.
salam Dr
kata seorang kawan aku yg bekerja pemandu bas, selalunya taukeh tahu. kata kawan itu, pemandu minta jgnlah ada jpj ke atau mana-mana pihak yg tahan depa. tapi jika ditahan, mereka ada sediakan 'ole-ole'. ini pengakuan kawan. lepas tu, kalau Dr perasan la..mana ada driver bas yg kena perangkap laju. jarang-jarang. aku memandu 110km/j, bas ni potong relax je. jadi aku dok ras macam kereta aku yg kena dipandu 90km/j bukannya bas.
penguatkuasaan cukup teruk. macam Dr kata, depa boleh bertukar-tukar penumpang pula. ada member tumpang tui. bas kl-butterwort katakan. dia naik di kuala kangsar. tak beli tiket. pakat dgn driver bagi duit kopi kat driver. toke tau, tapi tak boleh tangkap la kot..
Post a Comment