Monday, August 6, 2007

KJ, Si Badut Pemuda UMNO


Apa kata 'menantu negara' Malaysia tentang Selangor.

Anak muda yang dilahirkan di Kuwait, kini berusia 31 tahun tanpa pekerjaan tetap, tetapi masih mampu menerima pinjaman berjuta ringgit dari ECM Libra untuk membeli saham kurniaan 'anak taukeh kain', Kalimullah Hassan yang satu ketika dahulu bekerja dengan bapanya di Syarikat Purnama Raya di Keroh sebagai penghantar kain dari Betong, Pengkalan Hulu (Keroh) ke Pulau Pinang.

Kedua-duanya bertuah. Menikmati kedudukan yang ada tanpa pertarungan dan di atas angin sahaja.

Pemuda penganggur yang penuh kontroversi ini yang rata-rata disifatkan masih hingusan politik menang jawatan parti sebagai Timbalan Ketua Pemuda UMNO Malaysia di atas dasar pengaruh mertuanya iaitu hampir sama seperti kedudukan yang dinikmati oleh Najib Tun Razak dan Hishamuddin Tun Hussein.

Di masa yang sama kenaikkan Si Badut, suami kepada Nori Abdullah ke hiraki tersebut adalah ekoran dari eksploitasi pemberitaan dari media perdana yang seolah-olah mengarahkan semua ahli dalam pemuda UMNO menyokong 'si badut dalam pemuda UMNO' yang pernah dikaitkan dengan aktres Maya Karin - untuk mengecapi jawatan nombor dua di dalam pemuda.

Menantu negara atau Badut Pemuda UMNO ini bebas bercakap soal politik dan memberikan pelbagai pandangan termasuk soal kewangan negara, kepimpinan, ekonomi, hiburan, sukan dan sebagainya . Adakalanya dari sudut Menteri Kewangan, ada masanya sebagai Timbalan Perdana Menteri, Perdana Menteri dan biasa juga sebagai Ketua Perdana Menteri di sebalik tabir. Lapisan pengikut dan kepimpinan dalam UMNO mengibaratkan kata-katanya sebagai 'karma' dari Ketua Perdana Menteri Malaysia.

Si Badut Pemuda yang pernah menangis ketika dikaitkan dengan Maya, pernah juga dipopular kan dengan isu berok menggoyang pokok - katanya jika tiada angin pokoknya masih boleh bergoyang kerana ada berok yang melakukannya.

Si Badut yang merampas jawatan nombor dua dalam Pemuda UMNO yang pernah diidamkan Azimi Daim itu kini menggelarkan blogger sebagai monkey pula.

Wah! Hebatnya Badut Pemuda UMNO ini. Sama hebat dengan konsep satu pencalunan dikira sebagai sepuluh undi. Akibat kehebatan konsep seperti ini yang tidak ada di mana-mana negara, maka Tun Ghaffar Baba dan Tengku Razaleigh merana dalam persaingan politik.

Dalam situasi Selangor tadi, adakah si badut pemuda UMNO ini menyampaikan pandangannya secara telus atau ada udang di sebalik batu ?

Kebanyakkan ahli pemuda menyifatkan aksi badutnya sebagai memalukan negara.

2 comments:

Anonymous said...

Salam Tn Haji
Lama menulis ke. Alhamdulillah masih memperjuangkan keadilan. Komen sedikit tentang budak berhingus KJ ni. "Adakah dia layak berada di tempat sekarang mengarah sana-sini, sehingga menteri-menteri UMNO kepingin berdampingan dengan dia, takutkan dia, jika dia bukan menantu Perdana Menteri? Budak ini memang bakal merosakkan aktiviti negara.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra
sapaan itu spt mengenali. saya masih ingat waktu remaja. saya sudah pandai berjumpa wakil rakyat. untuk team hoki kami. saya minta jersi. wakil rakyat bantu. saya bawa kawan jumpa wr minta bantuan kewangan utknya. dapat. tlg kira pelajar tercicir- dapat kr dibantu. sejak kebelakangan ini, wakil rakyat terutama sekali wr melayu, jgn harap. dia janji depan kita. di belakang dia buang dokumen kita. dlm hal ini saya puji wr cina. mereka jika menolong - bersungguh sungguh. wr melayu bermakna tdk termasuk wr pembangkang kr mereka tiada pengaruh atau kuasa. wr melayu yg saya maksudkan akan tolong jika media ada atau isu tlh didedahkan kpd media. jadi, fikirlah sebelum memilih wakil anda.
tentang Badut pemuda ini - perhatilah gelagatnya dr masa kesemasa. bayangkan, penganggur jati jutawan. habis?