Monday, October 12, 2009

Siapa lantik Speaker Perak

R Ganeson itu Speaker Dewan Undangan Negeri Perak. Siapa kata ?

Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Perak menyatakan, Speaker dilantik oleh ahli Dewan dan tidak ada sesiapa yang lain diberi kuasa berbuat demikian.

Siapa yang melantik Ganeson ?

Bukankah ini bermakna V.Sivakumar masih dikira sah sebagai Speaker.

Perkara seperti inipun memaksa mahkamah mengambil masa yang agak panjang untuk diselesaikannya. Berbelit-belitkah undang-undang tersebut untuk ditafsirkan oleh mahkamah.

Sunday, October 11, 2009

Bagan Pinang : BN menang

BN menang di Bagan Pinang.

BN mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di Negeri Sembilan setelah calonnya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mengalahkan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti 5,435 undi dalam satu pilihan raya kecil hari Ahad.

Mohd Isa memperolehi 8,013 undi manakala Zulkefly mendapat 2,578 undi.

-- BERNAMA

Tuntu la Samy

Palanivel bertanya, "siapa sakti sebenar?".

Aiyo Palani...tuntu (tentu) la Samy the big father of Yem Ai See !!!

Next time please don't ask the same question la..

[ Palanivel : Orang nombor dua dalam am i see ]

Saturday, October 10, 2009

Bagan Pinang : Tanam padi atau lalang ?

Sebelas Oktober [ 11 oktober 2009 ] hari mengundi di pilihanraya kecil Bagan Pinang.

Hampir 53 tahun negara diperintah parti Melayu terbesar namun masyarakatnya masih ketinggalan dalam banyak segi.

Dasar Ekonomi Baru dan kekayaan negara dieksploitasi oleh pemimpin-pemimpin negara, kaum keluarga, kroni dan kenalan. Tidak sampai beberapa bulan sahaja menjadi wakil kepada rakyat, rumah berjuta ringgit dapat dibina, beberapa buah kenderaan mewah dapat dibeli, tanah dan perniagaan dikaut untuk tembolok sendiri.

Rakyat masih ditakok lama. Menggigit jari, menghirup kuah, melintasi titi gantung, menaiki raket, mengayuh 'gerek' [basikal] dan menderita hasil pesta kenaikkan harga barang makanan.

Sistem pendidikan negara diniagakan. Keperluan asas dikenakan pelbagai cukai. Kebebasan rakyat dibelenggu dengan segala akta.

Pengundi di Bagan Pinang - tanamlah pada hari ini atau esok bukan sahaja untuk kegunaan sendiri, tetapi apa yang dapat dituai dan dinikmati oleh anak cucu di masa ketiadaan kita.

53 tahun jika di negara lain, kehidupannya sudah pasti menyentuh sanubari baik dari segi material atau rohaninya. Hasil yang diperolehi adalah padi dan bukannya rata-rata lalang seperti kita sekarang.

Oleh itu, pilihlah tanaman terbaik untuk dituai ! Lebih-lebih lagi, usah sekali-kali ditanam lalang untuk mengharapkan hasil padi.
(Gambar:Malaysian Insider)

Mustakizah dan Megat : Kasihan polis bukan baghal

Di Bagan Pinang, diberitakan bahawa Megat Firdaus Tan Sri Megat Junid, salah seorang AJK Pemuda UMNO Malaysia memberi amaran kepada polis samada menyiasat dan bertindak segera ke atas aduan yang mereka lakukan atau tunggu tindakan dari pemuda (UMNO) sendiri.

Hebat Firdaus ni.

Teringat kehebatan bapanya apabila anak gadis seorang guru dari Muar, Mustakizah Jaafar yang dibunuh beberapa tahun lalu dan dikaitkan dengan Pasir Salak. Dikatakan sehingga sekarang polis Malaysia belum dapat mencari siapa pembunuhnya.

Rata-rata penduduk Pasir Salak menuding jaring ke arah 'orang itu'.

Rupa-rupanya kecekapan polis Malaysia ada kekangannya. Kekangan seperti itu membuatkan polis kelihatan dan disamakan seolah-olah 'baghal'.

Kasihan polis-polis yang makan gaji secara halal.

Jururawat enggan bantu, wanita bersalin dalam kereta

Seorang wanita berusia 29 tahun di Terengganu terpaksa bersalin di dalam kereta di tempat letak kereta berhadapan klinik yang ia cuba mendapatkan bantuan bagi tujuan tersebut.

Jururawat klinik tersebut enggan membantu kerana wanita berkenaan dikatakan 'cuba bersalin' tanpa mengikut prosedur.

Apa kata Persatuan Perubatan Malaysia.

Betulkah tidak ada apa-apa tindakan yang akan diambil terhadap pemilik klinik ini ?

Kambing dan lembu lagi dibantu untuk beranak, inikan pula manusia. Jururawat tersebut wanitakah atau lelaki...

Friday, October 9, 2009

Politik wang, politik khairat dan politik wakaf


Mereka yang berkempen di Bagan Pinang mengatakan bahawa politik wang bukanlah rasuah. Sudah tentu yang mengatakan sedemikian adalah yang terpalit atau pernah terpalit dengan politik wang.

Mungkin pada pandangan dan amalan pelaku politik wang ianya bermakna 'sedekah'.

Kamus dewan mendefinisikan sedekah sebagai kenduri, sumbangan, derma, bantuan, fitrah, hadiah atau kebajikan.

More, tolak bala dan berpesta juga sama ertinya dengan sedekah atau baksis.

Minta sedekah pula disamakan dengan mengemis. Memberi sedekah pula disinonim dengan memberi khairat.

Bolehkah dikatakan politik wang itu sebagai politik khairat atau politik wakaf ?

Supaya khairat dan wakaf ini nanti boleh dikecualikan sebagai rasuah oleh SPRM.

Thursday, October 8, 2009

Wednesday, October 7, 2009

Nasib baik Azeez tidak dakwa diliwat

Azeez Rahim orang Kuala Ketil Baling Kedah, merangkap Ketua Sayap Putera UMNO Malaysia mendakwa dibelasah lapan hingga sembilan pemuda yang pada pandangannya adalah kumpulan dari parti politik PAS.

Muskyilnya, dalam perja
lanannya menuju ke tempat penamaan calon di Bagan Pinang itu yang dihadiri beribu orang, belum ada yang tampil menjadi saksi atau dapat membuktikan rakaman gambar seperti apa yang didakwanya.

Penyokongnya berpandangan, bukan sahaja ia cuba membangkitkan apa yang mungkin tidak ada, malah ia mengganggu kerja-kerja Polis dan membuat satu tohmahan jika tiada bahan bukti untuk menyokong kenyataannya.

Mungkin pada hematanya, biar si polis yang tidak ada kerja itu buat sedikit home-work dan menjustifikasikan dakwaannya.

Seorang ahli pemuda UMNO Bahagian Baling penyokong Cik Gu Ismail yang ditemui memberitahu, nasib baiklah Si Azeez tu tak dakwa dia diliwat dalam majlis seperti itu.

Jika tidak, lagi pening pihak-pihak yang terlibat.

Apapun Azeez telah kembali ke rumahnya dari hospital.

Pemerhati politik lebih-lebih lagi dari Baling mengharap dan mendoakan minda Azeez akan kembali normal dan tidak stress lagi supaya ia dapat mengingat betul-betul peristiwa yang berlaku terhadap dirinya secara tepat bagi memudahkan siasatan dijalankan.

Terbaru : Dr M tidak mahu Isa Samad


Nampaknya Dr Mahathir betul-betul kesal dengan pendirian Najib Razak dan Majlis Tertinggi yang membuat keputusan memilih Tan Sri Isa Samad sebagai calon mewakili UMNO di Bagan Pinang.

Terdahulu, ramai yang tertanya-tanya adakah Dr Mahathir menjilat kembali apa yang telah diludahkan.


Mahathir jilat ludah siapa - alkerohi

Baru beberapa hari yang lalu, mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamed berkeras mengatakan bahawa UMNO dan Barisan Nasional tidak seharusnya memilih kaki rasuah mewakili parti itu dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang.

Isa Samad dikatakan oleh Mahathir sebagai perasuah.

Tiba-tiba hari ini Mahathir dikatakan menjilat balik ludahnya dengan kenyataan bahawa beliau akur dengan keputusan parti.

Bermakna Mahathir tidak ada pendirian dan sudah boleh menerima perasuah mewakili UMNO.

Ramai yang tertanya-tanya, betulkah Dr Mahathir berkata sedemikian dan sudah menerima Isa Samad seperti yang tertulis di mStar itu.


"Saya tidak boleh berkempen dan berkata benda yang saya kata berlainan dahulu, jadi orang akan kata apa orang ini, sekejap kata macam ini, sekejap kata macam tu, bagilah orang lain kempen," katanya.

Bermakna Dr M tetap dengan pendirian awalnya tidak mahukan Isa.
(Foto:Jinggo)